Tak tahu lah.. kemungkinan anak-anak dia sibuk kot..Aku nak bagi komen pun tak boleh juga..kita tak tau cerita dia macam mana. Tapi aku dapat rasakan macam Ah So tu macam agak sedih bila aku tanyakan anaknya..Macam nilah..cuba letak diri di dalam kasutnya. Kalau aku dah tua esok, anak yang ku tatang dengan minyak yang penuh, tidak dapat pulang beraya dengan aku, mesti aku sedih..Peristiwa kecil ini asyik bermain difikiran sepanjang perjalanan pulang dari Tesco tadi. Lepas ni aku berharap dapat lebih menunjukkan affections terhadap parents ku.
2. Kejadian tragis hari ini. Sedang Izza berunding harga barang di sebuah kedai menjual barangan hantaran di Sungai Petani tadi, anak Tauke (i assume) umur lebih kurang 4-5 tahun, telah berak di depan laluan pejalan kaki, betul-betul di hadapan kedai tersebut! Nak kata budak tu ‘something wrong’, tak juga.. tahu jugak mintak wet wipes kat aunty tu untuk berinstinjak. Yang bestnya, none of the grown ups yang aku rasa related dengan budak tu, marah, rotan apatah lagi! Macam mana budak tu (consider umur dah boleh berfikir), boleh selamba berak di tengah-tengah jalan tu tanpa rasa malu ataupun bersalah? Hipotesis aku mengatakan sebelum ni dia dah pernah buat. Siapa yang mengajar? Haha tuan puan fikirlah sendiri. Ke mana kuah tumpah kalau tidak ke nasi? Ajar lagi budak-budak buat tak senonoh..

3. Lebih tragis hari ini, apabila aku mencuba shirt Rip Curl dan Tommy HIlfiger size M (sebab tiada L) tadi. Aku terus insaf..Macam pregnant 4 bulan!!? Cipan betul..terus layu nafsu untuk membeli baju raya cina tadi..Anyway aku sekarang tengah desperate untuk menguruskan badan. Seminggu dah aku skip nasi. Dah start kayuh naik gunung Jerai balik..seminggu 2 kali, sit up 50 bila berkesempatan. Adush..ni lah salah satu dilema lelaki. Perut...oh perut..
4. Oh sedang aku melepak di Tesco tadi, aku terperasan satu benda. Di dalam bangunan yang penghawa dinginnya full-blast, terlihatlah aweks-aweks menggigil kesejukan, mengenakan jacket ala eskimo. Di sebalik itu, amoi-amoi pula boleh mengenakan shorts yang sungguh pendek, relax je membeli belah. Tak sejuk ke? Dulu masa aku berulang naik bas KL-SP, 5-6 jam dalam bas membeku, ada jugak amois yang memakai shorts! Memang hebat..dan sexy..hik hik..ehm. berbalik kepada soalan...tak sejuk ke??pelik-pelik..
5. Satu lagi aku perasan, bila berjalan dukung baby ni, kita boleh kenal orang-orang yang suka baby dengan yang tidak. Secara ringkas, aku dapat kenal pasti 3 golongan (walaupun lelaki kadang-kadang pun ada, mostly kaum hawa..):
- Golongan Ekstremis
- Golongan Dekat tapi Jauh
- Golongan Tak Endah
- Golongan Ekstremis
- Golongan Dekat tapi Jauh
- Golongan Tak Endah
Di Hat Yai ramai golongan Ekstremis. Patutlah si Atuk asyik nak dukung Umayr je..heheh
6. Hati dan otak telah berada di KL..namun badannya hanya akan tiba pada hari Jumaat. Have yet to decide whether to go back on Thursday night or early Friday morning. It all depends on how busy I am at the office tomorrow. We will be in KL until Wednesday morning (found out today that I have to clear up 8 days before end of March). Yam Cha? Anyone?
7. Kong Hei fatt Choy! Happy holidays people. From us and Umayr.








