Friday 23 January 2009

Tips untuk menjadi seorang Teman Lelaki yang Terbaik

Adakah anda seorang Boyfriend hebat? Jika anda rasa tidak, ini 5 tips untuk menjadikan anda seorang Boyfriend yang terbaik!

(Based on a recent event happened to a friend)

1. “Ibubapa mu, Ibubapa ku jua”
Dalam satu relationship, mendapat kepercayaan daripada ibu bapa GF adalah sungguh penting. Jangan silap! Memperkenalkan diri anda kepada Ibubapa GF tidak semestinya bermakna ia akan membawa sehingga ke jinjang pelamin (jika jadi bagus jugaklah). Mendapat KEPERCAYAAN dari mereka tu yang penting. Tindakan ini menunjukkan anda seorang yang bertanggungjawab, seorang yang menghormati orang tua serta boleh dipercayai. Jangan terkejut jikalau taktik ini berjaya, silap hari bulan kelurga GF anda akan lebih menyayangi anda daripada si GF ni. Masa tu, Green Light all the way lah!! Diingatkan, perjumpaan yang pertama itu adalah yang paling penting sekali. Buang sebentar baju Iron Maiden dengan jeans lusuh tu. Bermurahlah dengan senyuman. Jikalau perjumpaan kali pertama di rumah, pujilah sehabis-habisnya rumah itu. “Wah cantiklah kipas gergasi tu..”ataupun “Waaaaah!! Banyaknya piala kejohanan di rumah Pak cik ni!!”..

2. Create Alliance dengan Best Friend GF anda
Best Friend GF (BFGF) boleh jadi teman ataupun musuh paling ketat anda. Anda tidak akan percaya betapa kuatnya pengaruh BFGF dalam relationship. Segala cerita baik, buruk, topik bergaduh, apa yang anda buat semasa dating, 98% akan diceritakan kepada BFGF ini. Dan yang membahayakan, mereka ini mempunyai kuasa untuk menjatuhkan reputasi dan credibility anda and to the extend of breaking your relationship pun! Oleh itu, ambillah hati si BFGF itu juga. Buatlah satu alliance dengannya. Kawan mu, kawan ku juaaaa..Anyway bila keluar beramai-ramai pun takkan nak duduk senyap berkepit dengan GF anda. Serlahkan sifat lawak jenaka serta sifat gentleman anda di depan kawan-kawannya sehingga mereka jealous terhadap GF anda kerana mempunyai anda sebagai BF.

3. Jadikan diri anda Mobile Calender/Reminder
Perempuan (yang normal) mempunyai daya ingatan kepada tarikh yang sungguh kuat! Mungkin kerana mereka kerap menanda-nanda di kalender kecil di dalam purse mereka tu yang membuatkan mereka ini alert dengan tarikh dan hari. Daripada tarikh first time berjumpa, first time menonton wayang sehinggalah semasa first time menikmati makan malam bersama, semuanya akan di “Anniversary”- kan..tak kisahlah 6 months ke, 1st year ke or even 3 months ke…Walaupun susah bagi kita untuk menjadi sensitive sehingga tahap tu, tetapi cubalah. Kalau anda ingat satu tarikh “keramat” yang dia tak ingat, fuuuuuuh..andalah Raja!

4. Telinga adalah deria terpenting
Perempuan (yang normal juga) mempunyai pelbagai masalah hidup. Segala-galanya adalah masalah yang besar dalam hidup mereka! Termasuklah perubahan waktu rancangan Melodi dari pukul 2 ke 12 tengahari lah, Si Kiah tu beli kain tudung lagi murah dekat si Jah lah ataupun kucing orang sebelah, Si Comot suka curi ikan goreng lah..itu semua adalah masalah besar dan anda sebagai BF yang terbaik wajib mendengar dan memberi sedikit komen mengenainya. Walaupun macam mana remeh pun isu itu, ia adalah penting baginya. Oleh itu, Dengarlah rintihannya..dan bagilah sepatah dua kata untuk menyokong ceritanya seperti “ oh! Iyeke?”, “Laa tak patutlaaah macam tu!” dan “bunuh je kucing tu…”

5.“Gaji ku, Gaji mu juaaaaa”
Hmmmm…Wang bukan segala-galanya. Buat apa wang yang banyak tapi hati tidak gembira? Lebih bermakna melihat wang anda “dilaburkan” untuk “membahagiakan” orang lain….Senyuman ke telinga GF anda upon mendapat seutas batu permata dari anda adalah “priceless”..

uhuk! Terbatuk pulak…

Wednesday 21 January 2009

Welcomes Mr. President Barack H. Obama .



Great speech Mr. President! Wishing you all the best and may the "Change" that you've promised comes true..

It's 1:38 am in Malaysia and now i can go to sleep...

Medan-Berastagi-Medan

Last Saturday, the 246 of us chartered 2 Kartika Airline's Boeing 747 to Medan, Indonesia. It was a 3 days and 2 nights trip. First night in Berastagi, and second in Medan. This is some of what i gained from the trip..

1. "Bersyukur dengan apa yang kita ada.."

Perjalanan ke Berastagi sungguh menginsafkan. Walau macam mana susah pun hidup anda, bersyukurlah dengan dinding batu dan atap yang kukuh melindungi diri anda sekeluarga. Sesungguhnya ketahuilah yang masih ramai manusia yang hidup dalam keadaan yang daif..sungguh daif serta seribu kali lebih complicated daripada masalah anda itu..

2. "Trafik yang gila! tapi accident rate yang rendah"

Dengan bunyi hon yang bingit dan sungguh irritating, gaya panduan motor dan mobil yang membuatkan jantung anda berdegup kencang seperti mahu tercabut..walaupun dalam keadaan chaos di jalan raya seperti itu, mereka masih mampu bersabar dan bertoleransi semasa memandu serta jumlah accident sungguh sungguh rendah..Malunya kita..

3. "Medan-Boleh membuat pengunjung wanita gila"
Jika anda penggemar kain, tudung, batik, telekung dan yang sewaktu dengannya, Medan adalah lokasi yang sesuai untuk mendapatkannya (di Bandung mungkin ada..tapi belum pernah sampai lagi..) Tapi ingat, seeloknya tidak perlulah beli Batik Indonesia. Sokonglah batik tempatan kita!! plus kalau dijumpai, imigression akan rampas..(Akta perlindungan Batik tempatan kot)






Saturday 17 January 2009

6 Januari 2009

Murung? Tidak lagi! Alhamdulillah 2009 ni nampak gayanya menjadi (InsyaAllah) satu tahun yang gemilang dan terbilang dalam hidup ku! Semuanya bermula dengan tanggal 6 Januari 2009..

6 Januari 2009

Malam sebelumnnya Izza dapat panggilan kena report for duty di Shah Alam keesokkan harinya.. segala usaha membuat "muka kesian" dan "menagih simpati" di Kedah nampak gayanya macam tak menjadi..Lalu daku mengambil emergency leave, sesudah Subuh, balik KL. Ideanya adalah untuk teman dan bawakkan kereta Izza balik dan petang tu berseorangan naik la Mara Liner pulang ke S.P..Kebetulan on the way tu, Bos dia call kata ada meeting at noon..nasib baiklah buat decision tergempar balik KL haritu gak..
That time, the wife kena kerja di Shah Alam for at least 1 semester. Ada ura-ura mengatakan, 2nd semester kena transfer to Melaka pulak..because they are opening another IDE there..

the only way to get Izza back to Kedah is by a "Transfer ticket"..dimana Izza kena identify dan membuat satu mutual agreement dengan orang di Kedah untuk switch dengan dia ke KL..which is surprisingly susah nak cari...

Tiba di Shah Alam lebih kurang pukul 11. Gemuruh dia rasa macam ada presentation pukul 8 pagi, malam tu pulun siapkan kerja, tertidur pukul 6, bangun mengejut pukul 7:30 pagi, rush mandi, berlari masukkan presentation materials dalam kereta, kepala pening-pening drive ala Karamjit ke school, tension pulak jam kat roundabout nak masuk Uni.. dahla perut kosong dan lapar gila, ada pulak bas yang lembab mendaki bukit belakang hotel tu..sampai school, takde parking pulak!..Hehe the feeling was something like that la..sementara Izza masuk meeting pukul 12 tu, i joined the lecturers gossiping dekat studio. Habis meeting tu, we had lunch dekat gerai seksyen 6 tu...huhu lama tak makan nasi murah dengan air honeydew RM 1 kat situ..

Pukul 2, Izza ada meeting dengan big boss pulak..So i dropped Izza at school and took a drive to A&W Pj to meet Apak. Before that singgahlah sek 17 untuk mencari bus to SP..tapi takde yang petang..daripada naik bus yang ntah apa-apa, baik naik bus yang dah biasa kita naik..Tak jumpa Mara Liner di Sek 17, so the plan was to buy at Duta. 3:34 pm - sms dari wife " Ni otw nak g jumpa dr.b".. Selepas mengadu domba masalah kehidupan dengan apak, about 3-ish bertolaklah ke Jalan Duta untuk membeli ticket pulang. Kemudian, semuanya bermula pukul 3:50 petang..

Tengah meredah trafik KL yang gila di jalan Bangsar, aku hantar sms ke orang rumah, "aku pi beli tiket dulu la ye"..selang berapa minute, lagu Wannadies berkumandang dari telephone bimbit..aku perlahankan kereta..jantung ku dah berdegup berkencang. 4:00 pm - aku sms pula ke wife "aku ondaway 2 s.alam..xbeli tiket"

Tak tahulah berapa banyak kali aku cakap thank you dekat Kak Ram, thank you dekat Dr. Hariri dan Dr. Bahar..Dr.B professionally said, "..not because of you..there is a vacancy and i want her to be there.." it seems that tiba-tiba ada this new lecturer kat kedah kena kembali bekerja di tempat lama..secara miracle-nya tiba-tiba ada kekosongaan di Kedah!..Alhamdulillah..

Setelah singgah dinner di mentuaz , ke rumah newly weds, kak Dina and husband untuk pass gambar kahwin depa, pukul 11pm singgah rumah di VSP membawa khabar berita baik ni, at midnight bertolaklah kami kembali ke Kedah.

Akhirnya, dapat juga aku merasa suasana hidup beristeri dengan normalnya..Alhamdulillah...

Rumah di Sungai Petani pun dah siap. Dapat CF nanti berpindahlah kami ke rumah baru..tak sabarnya!!! but as expected, my financial will be down low..takpelah. bersusah-suasah dahulu, InsyaAllah bersenang-senang kemudian...

Thursday 1 January 2009

2009 yang murung

Kemanisan 2008 berakhir dengan khabar berita yang sungguh tak menyenangkan. Harapan menikmati kebahagian rumah tangga yang normal bermula tahun 2009 lumpuh sama sekali. Sang Isteri yang sepatutnya melaporkan diri di Merbok Januari ini terpaksa pulang dan menetap di Kuala Lumpur, atas arahan baru- semester pertama di Shah Alam, dan besar kemungkinan ke Melaka untuk semester-semester seterusnya.

2009 sepatutnya tahun yang gemilang dalam hidup aku. Ia sepatutnya tahun pertama aku hidup full-time bersama sang Isteri dan merupakan tahun di mana aku akan pindah masuk ke rumah AKU sendiri! (Sabtu ni dah boleh ambil kunci from developer)

Habis. Sungguh senang mereka menghancurkan hidup aku. Kalau sebelum ni, 2009 merupakan tahun yang ditunggu-tunggu, kini tahun 2009 adalah tahun yang aku nak ia cepat-cepat berlalu.