Monday 30 May 2011

A lil touch of drama

Karut Supernova

Kalau dulu 6:45 am aku dah keluar rumah dan sampai di office lebih kurang 7:19 am, tapi sekarang average 7:00 am baru keluar dan sampai around 7:38 – 7:45am.

Kalau dulu bangkit, bersemangat, bersiap-siap ke kerja tapi kini cukuplah liat nak mandi pagi dan bersiap ke kerja.

Adakah aku kena sindrom generasi Y? Aku tergolong dalam Gen Y dan diaorang kata Gen Ys ni suka switch jobs, cepat bosan dan suka melompat-lompat untuk kenaikkan gaji yang cepat. Yela Gen Gadgets ni bukannya boleh duduk diam tengok gadget-gadget terbaru. Go ask ‘LiNa’ Jobstreet..my guess, majority of JS account holders are Gen Ys..

Tapi this ‘Malas’ feeling is not the same as the time when I was with Modenas dulu. Lagi terasa during my rounds of morning kiss routine. Sungguh berat nak tinggalkan diaorang ni. Dan idea ni selalu bermain dalam otak aku:

Kan best kalau aku boleh duduk rumah je tapi gaji and benefits aku dapat setiap bulan? Haha dream on! Masa nilah aku terfikir benda-benda ‘kalau’ dalam otak ni;’kalaulah’ aku ni kerabat di raja, goyang kaki dapat elaun dari kerajaan..,’kalaulah’ aku ni berbinkan orang macam Warren Buffet, setiap hari duduk rumah, nak apa tunjuk je..bila bosan, jet set dengan anak-anak tengok Shrek 4D dekat universal Studio, lepas tu buat sand castles dekat Hanauma Bay, petang, kutip batu sungai dekat colombia untuk water feature depan rumah, balik dinner pula dekat padang jawa. Ish..takpun “kalaulah” aku ada time machine, intercept idea mark zuckerberg, lepas tu duduk rumah, main angry bird sambil berbantalkan kepulan-kepulan USD100s dan minum ice lemon tea beraiskan ketulan emas dan permata..

Back to the real world,. Macam mana pula kalau aku jadi house-dad? Maknanya aku duduk rumah jaga anak dan kemas-kemas apa yang patut while izza busts her butt to make ends meet? Hahah just like the penguins in Happy Feet. Husbands jaga telur, para isteri cari ikan. Haha distracted by the phrase “husbands jaga telur..”! ok ok.. bunyi macam senang je duduk rumah ni.. ramai orang kata duduk rumah pun susah juga..
Kebaikkan duduk rumah ni, less politics, less mengumpat dan kutuk boss serta complain mamat ni or minah tu tak tahu buat kerja. In-fact bukan less pun, takde langsung!

Anyway, rumusannya di sini,( lama jugak aku fikir nak rumuskan apa ni)..uhmmm ntahlah. Maybe I should find ways of bringing work back to the house so I can be around my family more. Berhenti kerja and ikut sunnah nabi, business! Actually I’ve put lot of thinking on this and even do business simulations using Diner Dash. I hope confidence aku akan meninggi setelah aku dapat melepasi level 9 nanti! Insya Allah..

Saturday 28 May 2011

100th day Anas




Anas hit 100! Woohooo! Cepat sungguh.. Little bits of Anas 100 days old:

  • Anas is always hungry. Nenen je kerja dia. He is also on Soy milk. (i wonder why kids those days takde masalah allergic susu and diapers ??mesti opt for yang mahaaaaal je...)
  • Anas sungguh “bum-bum”! As per yesterday, he weighs 6.75kg!
  • Banyak baju Hand Me Downs (HMD) dah tak muat
  • Toys Anas tak sebanyak Umayr. Kebanyakannya brand HMD
  • Anas ni macam extra-manja. Selalu nak kena orang dukung, selalu nak kena orang duduk sebelah.
  • Anas cries A-LOT! Lapar, mengantuk, nak dukung, even during his sleep.
  • Anas has a more masculine feature.
  • Rasanya Anas ni akan cepat bercakap
  • Anas rambut sedikit. Maybe we need to skinhead-kan dia..
  • Anas dah mula dapat tangkap lawak bodoh daddy dia.

Rumusannya, my second child ni sungguh berlainan dengan the first one. Well, some knowledge and technical experience can still apply but unlike Umayr, Anas ni mahukan extra-care. So tak semestinya first senang, second pun lebih kurang macam tu juga.. Nilah the spice of life.. taklah “boring”..hehe

Happy 100th days Anas! “ Daddy loves you! Daddy loves you!”

More of Anas at 365 of Anas!

Saturday 21 May 2011

Thursday 19 May 2011

Glee



Umayr and Anas, during my time, the 'L' maksudnya 'L for Love'..





Glee is one of my guilty pleasures (ranked 5th below Bierber, Teen Beats, Boyzone and Sani,Eizlan Yusof and Norman Hakim of Impression). Why love Glee? Apart from sexy chickas twirling in cheerleader outfit, i always have a soft spot for music and musical tv series jarang-jarang ada. On the technical part of producing the series (expert lah ni kononnya), bukan senang nak combine acting and singing..for acting they need to have scripts, storyline and whatsoever, then the singing part, they need to have the scores, lyrics, the sound editing, record, musicians yada yada..how bout dancing? talents, choreographing, training.. they need to rojak all that into a storyline..storyline pulak need to be edited supaya tak overcooked, cukup garing, cukup perisa within the length of 47+ minutes running time. Respect lah.



But, Yes ada butt. Aku rasa fan base Glee ni majoritinya dari lingkungan remaja dan apa yang dipertontonkan kepada golongan ini adalah sangat tidak sesuai dengan budaya kita. Iyolah..pakcik nak jadi orang tua yang tak cool sekejap. Apa yang tak cool about Glee yang tak sesuai for our kids to swallow?








  • Glee promotes ‘Gay is ok’, ‘Gay is cool’ and menghalalkan the culture. (latest Santana lesbo? Daym!..) this is definitely against the law of nature.. unless you’re a seahorse




  • Promoting sexual intercourse among school goers. Aren’t they a little bit too young to be doing that kind of stuff? Well, call me whatever you want, definitely a no no! for my kids to jump in such wagon.




  • Giving new ideas to bullies. Actually the slushee attack is kinda cool! Mesti ada budak-budak kita sanggup habiskan Rm1.70 at 7eleven to imitate that. Mwahahaha! (Darth vader’s evil laugh)



Cakaplah apa pun, nothing we can do to prevent glee from ‘raping’ our kids. Lagi dilarang, lagi disuka! So be it.. just like “boycott American/jew products” campaign.. apa sudah jadi? In this era, how to avoid Microsoft? Boleh ke tahan the temptation from McD’s tv ads? And etc etc..



By the way, don’t you think the counsellor, Emma Pillsbury has the biggest set of eyes in the whole wide world?


p/s: damn i've aged...

Saturday 14 May 2011

Pengajaran hidup


(Gambar sekadar hiasan sahaja: http://ujie.com/blog/wp-content/uploads/2009/09/buffet.jpg)

Khamis lepas aku mendapat satu pengajaran yang aku harap ia akan melekat dengan ku sampai bila-bila.

Memandangkan pekerja di kilang ni ramai, kami mempunyai 3 waktu rehat dan akan buat rotation setiap bulan. Selalunya rehat sesi akhir iaiatu pukul satu yang paling tragis. Di atas ketidakcekapan pihak kantin, mereka yang berehat di waktu itu akan disajikan dengan makanan tengah hari ala sisa-sisa peninggalan dua sesi awalannya.

Di sini masuknya keangkuhan aku. Rasional aku mudah je, Kalau kita ada guest, sanggup tak kita nak sajikan mereka dengan makanan seperti itu? And my ramblings went on and on ala ahli politik pembangkang yang sentiasa membangkang polisi kerajaan.

Semalam punya insiden yang paling tragis. Yang tinggal hanya nasi putih, 3-4 bekas tray aluminum lauk kuah sahaja, ayam sebesar ibu jari dan telur masak gulai kot. Aku pun hot lah! Dan aku bermasam muka jelah dari ambil makan “leftovers” tu sehinggalah ke saat menyuap ia ke mulut.

Member aku yang happy-go-lucky ni pulak duduk sebelah. “Hai, macam tak happy je?”. FYI aku complaint fasal kantin ni everyday dengan dia. Aku pun jawablah,” Kau tengok lah makanan apa yang diaorang ni saji kita?” Yada yada yada.. Dan dia membalas.

“Sharel (bukan nama sebenar), kau tau tak, nasi kau tu, memang dah tertulis sebagai rezeki kau di Luh Mahfuz.”

Tersentak aku beb! Astaghfirullahalazim. Masa tu aku terfikir, Ya Allah bukan main tak bersyukurnya aku. Ada lagi manusia yang lagi malang dari aku, nak dapat sesuap nasi pun susah! Nak dapat setelan air pun susah! Sungguh tak bersyukur aku dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Nya.

Moral of the story:
Belajarlah untuk lebih bersyukur ya. Kalau pergi mana-mana, makanan tak sedap tu, beringatlah bahawa makanan itu sudah tertulis sebagai rezeki kita. Instead of complaining, bersyukurlah kerana ramai lagi manusia di luar sana tak seuntung kita yang boleh duduk atas kerusi, makan berpinggan di atas meja dan air bergelas lengkap dengan straw.

Jangan jadi macam Sharel (bukan nama sebenar).