Khamis lepas aku mendapat satu pengajaran yang aku harap ia akan melekat dengan ku sampai bila-bila.
Memandangkan pekerja di kilang ni ramai, kami mempunyai 3 waktu rehat dan akan buat rotation setiap bulan. Selalunya rehat sesi akhir iaiatu pukul satu yang paling tragis. Di atas ketidakcekapan pihak kantin, mereka yang berehat di waktu itu akan disajikan dengan makanan tengah hari ala sisa-sisa peninggalan dua sesi awalannya.
Di sini masuknya keangkuhan aku. Rasional aku mudah je, Kalau kita ada guest, sanggup tak kita nak sajikan mereka dengan makanan seperti itu? And my ramblings went on and on ala ahli politik pembangkang yang sentiasa membangkang polisi kerajaan.
Semalam punya insiden yang paling tragis. Yang tinggal hanya nasi putih, 3-4 bekas tray aluminum lauk kuah sahaja, ayam sebesar ibu jari dan telur masak gulai kot. Aku pun hot lah! Dan aku bermasam muka jelah dari ambil makan “leftovers” tu sehinggalah ke saat menyuap ia ke mulut.
Member aku yang happy-go-lucky ni pulak duduk sebelah. “Hai, macam tak happy je?”. FYI aku complaint fasal kantin ni everyday dengan dia. Aku pun jawablah,” Kau tengok lah makanan apa yang diaorang ni saji kita?” Yada yada yada.. Dan dia membalas.
“Sharel (bukan nama sebenar), kau tau tak, nasi kau tu, memang dah tertulis sebagai rezeki kau di Luh Mahfuz.”
Tersentak aku beb! Astaghfirullahalazim. Masa tu aku terfikir, Ya Allah bukan main tak bersyukurnya aku. Ada lagi manusia yang lagi malang dari aku, nak dapat sesuap nasi pun susah! Nak dapat setelan air pun susah! Sungguh tak bersyukur aku dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Nya.
Moral of the story:
Belajarlah untuk lebih bersyukur ya. Kalau pergi mana-mana, makanan tak sedap tu, beringatlah bahawa makanan itu sudah tertulis sebagai rezeki kita. Instead of complaining, bersyukurlah kerana ramai lagi manusia di luar sana tak seuntung kita yang boleh duduk atas kerusi, makan berpinggan di atas meja dan air bergelas lengkap dengan straw.
Jangan jadi macam Sharel (bukan nama sebenar).
2 comments:
Sharel (bukan nama sebenar). bwahaha!
hehehe siapa la tu
Post a Comment