Wednesday 29 December 2010

Ihm - 31 weeks



Izza kata hidung Ihm macam hidung dia..
7-8 weeks to go!!Rock steady Ihm!

p/s: I think we've found Ihm's name..Izza wanted that name so much and to be fair, since i came up with 'Umayr', i'll leave the executive decision to her. Personally it's a nice name, simple yet meaningful. It'll suit him..InsyaAllah..

Sunday 26 December 2010

Musim Lori Hantu

Seperti yang kita tahu, kes-kes jenayah di Malaysia ni bermusim. Bila musim rompak ATM, semua nak rompak ATM.. bila musim kes rogol bunuh, semua nak rogol bunuh..apa kejadahlah semua ni?! Sama pula ceritanya dengan kes kemalangan. Musim putus jari main mercun, ramai yang nak join mamat tu putus jari pasal mercun..musim kemalangan maut kereta dengan motor, ramai pemandu kereta tak nak ketinggalan, berlumba nak hantam motosikal.

kemalangan paling dasyat di Malaysia
Source: Harian Metro

Dua minggu ni sahaja, tidak termasuk kes kemalangan paling dasyat di Malaysia, sudah tiga kemalangan maut yang dilaporkan akbar mengenai kemalangan yang melibatkan 'Lori Hantu'. 'Lori Hantu' atau 'Lori Pasir' tergolong di dalam keluarga lori jenis 'lori berat' (6 gandar=7.5 tonnage - 50 tonnage).

1. 13 Disember 2010, KUALA LUMPUR: Niat murni seorang anak gadis untuk membelikan kereta kepada ibunya tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat digilis sebuah lori hingga separuh tubuhnya hancur.
utusan Sarawak

2. 18 Disember 2010, JITRA: “Saya terdengar jeritan remaja itu memanggil ‘mak’ sebaik terhumban daripada motosikalnya sebelum meninggal dunia digilis lori membawa muatan batu dari arah bertentangan.
Harian Metro

3. 24 Disember 2010, KOTA BHARU: Kegembiraan seorang pelajar memperoleh 4A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berakhir dalam suasana menyayat hati apabila dia dan ibunya maut selepas dirempuh lori pasir yang terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, semalam.
Berita Harian

So watch out people..Musim Lori Hantu telah tiba...Ingat tak iklan 90's dulu? "Berhati-hati, di jalan raya..."



Friday 24 December 2010

Parti Buih Umayr!



Umayr di kala petang..

Zikir Radhitu Billah

A gentle reminder,

  • Raditu Billahi Rabba
(I am pleased with Allah as my Lord,
aku rela Allah SWT sebagai Tuhanku, )

  • wabil Islami Dina
(with Islam as my Religion,
aku rela Islam sebagai agamaku)

  • wabi Muhammadin Nabiyya wa Rasula
(and with Muhammad (SAW) as the Prophet and Messenger of Allah.
dan aku rela Muhammad (SAW) sebagai rasul)


Wednesday 22 December 2010

3 Days get 11

I assume this is for KLites only

Apply 3 days leave and get 11 days off at a stretch ! Daym!

no Date Day
Remarks
1 29-Jan-11 Saturday
Weekend
2 30-Jan-11 Sunday
Weekend
3 31-Jan-11 Monday
Working Day- APPLY LEAVE
4 1-Feb-11 Tuesday
PH: Federal Day
5 2-Feb-11 Wednesday
Working Day- APPLY LEAVE
6 3-Feb-11 Thursday
PH: Chinese New Year
7 4-Feb-11 Friday
PH: Chinese New Year
8 5-Feb-11 Saturday
Weekend
9 6-Feb-11 Sunday
Weekend
10 7-Feb-11 Monday
Working Day- APPLY LEAVE

*11

8-Feb-11

Tuesday


PH: Thaipusam



source: Email by Ramdhan..

*UPDATE:11:32am
Thaipusam : 20 January 2010 ..so actually only 2 days leave, 9 days flat..
Fahaman mana pulak yang nak buat Thaipusam 8 Feb ni..hmmm..
Thanks Anonymous.

Tuesday 21 December 2010

40-an Gatal

Aku bersembang dengan seorang member hari tu. Hasil perbincangan itu mengukuhkan siri pengamatan dan hipotesis aku. Hipotesis berbunyi sebegini:

Lelaki terlebih ‘itchy’ (gatal) pabila umur mencecah 40 tahun.

Hipotesis ini bermula apabila seorang rakan yang berumur 40-an memecah kesepian dengan mengeluarkan kenyataan “ aku nak ‘pucuk muda’ la”. Dan ajaibnya, ayat yang maksudnya sama seperti itu kerap juga terdengar dan diluahkan daripada rakan-rakan yang tergolong di dalam kumpulan umur tersebut. Mungkin sekadar melawak, tetapi sumber kenyataan tersebut mesti timbul dari perasaan dan untuk meluahkannya mesti atas dasar pemikiran itu telah lama terpendam.

Ini diperkukuhkan dengan bilangan tinggi kes-kes jenayah seksual negara yang melibatkan pesalah yang berumur 40 –an (nak statistik, cari sendiri!), seperti contoh ‘segmen’ haruan makan anak, haruan makan anak tiri dan haruan makan anak jiran dan seterusnya. Kelab dangdut terkenal sebagai tempat jejaka berumur berpeleseran dengan gadis genit. Bagaimana dengan mereka yang berkahwin dua? Masuk je 40 lebih, kahwin dengan awek umur 20. Member aku setuju sebab ayah dia pun tergolong macam tu juga. Lepas tu tengok jelah di ofis anda . Amati betul-betul. Bagaimana mereka layan geng ‘pucuk muda bergetah’ tu? Menggedik lebih..

Bagaimana ini boleh terjadi dan siapa yang perlu disalahkan? Ada yang kata kena salahkan sang isteri sebab tidak tahu nak menjaga badan. Yela anak dah berinak pinak, pantang pun main langgar je, bila badan dah lari bentuk, hanya berpenat nak berazam je setiap tahun. Tapi tak laksanakan apa pun. Bila suami nak bermanja, asyik cakap “sibuk” je memanjang. Bila nak “itchy” sedikit, kena marah pula kata tak padan dengan usia.

Tetapi sama sekali tidak adil untuk salahkan sang isteri sahaja. Masa berbincang haritu, teori aku adalah, Lelaki Tua yang Buas, adalah lelaki yang pada masa mudanya, ‘Belia’. ‘Belia’ ni kalau siapa kurang faham adalah lelaki yang baik, mengikut peraturan dan undang-undang, pakai songokok, berbaju kemas terseluk rapi di dalam seluar,rumusannya budak baik lah! Bila mereka ini baik di kala hormone tengah mengganas, tenaga tersebut terpendam dan apabila dah tua, kunci pendaman tersebut terbuka dan keluarlah segala sifat kenakalan remaja. Oleh yang sedemikian, di kala umur muda remaja ini, buaskanlah diri anda! Hahaha!(gelak jahat)

Yang aku pelik ni, kenapalah gadis-gadis bergetah ni boleh cair di tangan mereka? Ada yang cakap, mereka ni lebih tahu menghargai wanita (yelah, kalau yang skandal, bawa masuk bilik tu kira menghargai lah tu?) , lebih ‘berpengalaman’, disebalik misai yang beruban itu, kewangan mereka ni kukuh dan sering memanjakan pasangan dengan harta dunia. Hmm..tetapi jangan alpa. Sedikit nasihat kepada kamu yang ‘bermain’ dengan jejaka berumur yang sudah berkeluarga. Tidak salah untuk bercinta, lagi-lagi mereka yang mengukuhkan hubungan tersebut dengan ayat “kalau sudah jodoh/sudah ditakdirkan”..beringatlah dan selalu berfikir mengenai keharmonian keluarga yang akan bakal/telah kamu hancurkan. Bagaimana perasaan sang isteri? Anak-anak terutama sekali yang dah matang remaja. Sanggupkah kamu melihat kehancuran tersebut? Letakkan diri kamu di tempat mereka.

Masa perbincangan itu juga tertanya. Adakah aku bila umur 40 akan jadi begitu? Pada masa ini memang lah aku terus terang menolaknya. Tapi kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Ahli ibadah yang kuat beribadat pun boleh mati dalam keadaan kufur atas tipu daya Iblis. Minta simpang banyak-banyak, sentiasa berdoa agar tidak berlaku kepada aku sekeluarga. Jikalau terjadi juga esok ni yang, ingatlah itu semua bukan atas kehendak ku. Banyak bersabar, dan bawalah aku pulang.

Walaupun “kajian” aku ni macam “baseless”, aku percaya anda juga pernah menghadapi golongan 40-an yang itchy. Mestilah tidak semua umur 40-an ni macam tu. Segelintir sahaja. Berhati-hatilah. Belilah ubat gatal cepat-cepat.



Sunday 19 December 2010

Nama Ihm

kami dah sort-of decided on Ihm's name. But few weeks ago, a friend dah nama kan anak dia yang tu. Tiba-tiba kami dapati another friend juga dah namakan anak dia itu pula. Dan diberitahu ada saudara punya pupu punya anak pun dinamakan nama itu juga.

Dilemma.

Kalau nak ikutkan, "biaq pi laaah..." yang penting maknanya ok, dan pedulilah depa..la ni anak aku..

Masalahnya, 'aku'.

Ni lah susahnya jadi designer. Everything must be unique. Kerusi garden dan meja tv tak beli-beli lagi sebab tak jumpa yang unique.

'Typical' is our no.1 enemy.

Stupid.

Yes some may think that this is stupid..in fact part of me is with the crowd..

but the larger part of me is strongly against it..why?why?why?

ok..since we've got roughly 2 months before Ihm pops out from the 'oven', we'll keep on searching, in the same time we'll also wait and look out for signs from the MAN above.

Kalau Ihm dah ditakdirkan namanya yang 'itu', who am I to go against it?.

p/s: Ada ustazah yang lecture bahasa Arab beritahu Izza and friends. Dia kata berjaga-jaga bila pilih nama anak dari internet ni. kadang-kadang ada nama yang kononnya ada maksud, tapi sebenarnya tidak ada. Katanya ni salah satu kesan dari perang salib, dan merupakan salah satu taktik depa untuk memesongkan kita. Contoh nama yang diberi adalah Batrisya. Memang sedap bunyinya tapi katanya dalam bahasa Arab memang takde. Batrisya=Patricia? Wallahu'alam bi Shawab..do correct me if i'm wrong..if you're particular in naming your child, just be extra careful ya..





One Year 3


Thursday 16 December 2010

Merapu Kerapu

Fuuh! Fuuh! (tiup sawang)
Apa di atas?(what’s up?) Macam-macam berlaku dan macam-macam nak bercerita.

Reunited.. Yes..the family is finally back at home! Yeay! Perjalanan kami sungguh jauh sekali! Kebetulan aku dihantar ke KL for KLIMS 2010 dan survey (seremban & Melaka) last week.. ‘adventure’ aku bermula begini:

  • Jumaat 3/12 – Selepas kerja, bertolak ke KL dengan Ard & family . Aku turun di layby Simpang Pulai, 30 minutes, Izza, Umayr and PIL jemput aku ke Pusat Latihan UitM Kg. Gajah..tempat depa bermastautin dah dekat 2 minggu tu..masa tu dah near midnight..so Umayr ku tidur di dakapan..

  • Sabtu 4/12 – Izza sambung kursus, kami ke bandaraya Teluk Intan sebab ada mamat ni tak pernah tengok menara condong. “Happening” jugak lah Teluk Intan tu..ada giant, the store..hmm..and menara condong..diaorang cukup bangga dengan construction blunder tu..
  • Sunday 5/12 – Selepas training Izza selesai, kami bertolak balik ke KL. Layan 150-160..sat je sampai KL..hehe

  • Monday 6/12 – Mulanya ‘kerja’ di KLIMS 2010. Overall, compared to previous KLIMS (06),KLIMS 2010 tak menarik langsung! Maybe because DRB tak participate, ke mana main player 2 roda, Yamaha, Honda dan Suzuki?? Nasib baik ada Proton and Perodua yang macam bersungguh-sungguh nak display their Styling might. Aku cukup tertarik dengan exhibition Proton, bukan 5 pahlawan tu (well styling is a subjective matter..ada orang suka, ada yang tidak..as for me, erm..nothing to shout about, good effort though). Proton punya layout dan details di showcase menunjukkan yang mereka ni berpengalaman dalam motor show..tak sia-sia Proton melaburkan duit kepada staff dia ‘jalan-jalan’ satu dunia. On “concept” vehicle, hmmmm..berat ke Perodua’s Bezza la beb. On Styling, bagi aku yang ada pengalaman sedikit ‘berjalan-jalan’ jugak ni, aku rasa kalau diletakkan bersebelahan dengan concept cars lain.. Bezza dalam kategori normal..biasa-biasa je..ni bukan negative comment, like I said earlier, Styling ni subjective.. perlu dipuji akan kesungguhan team Perodua dan finishing nampaknya macam mantap! However , Alza oren concept yang belakang tu, finishing dia out! Nampak sangat macam bukan hasil kerja team yang sama. Anyway, all this is a healthy trend for our local automotive industry. Baby baru lahir mana boleh terus berlari atau meng-Parkour..kena merangkak dulu.. pedulikan apa kata rakyat-rakyat yang tak pernah jemu mengutuk produk sendiri..teruskan penggunaan budget-budget syarikat atas nama research & design..semoga kami di sini, di beri peluang sebegitu juga..

  • Tuesday 7/12 till Thursday 9/12 – aku di KL, Seremban & Melaka. Sepatutnya kena pi JB jugak..nasib baik tak jadi..this is part of my ‘Semenanjung Tour’ in the name of research..maybe next week kena pergi east-coast pulak..(hopefully tak kena la..)

  • Friday 10/12 – Balik ke SP with PIL, Eni (Izza’s sis), Afrina and the 3 months old Alif Danish. Singgah Ipoh for a wedding. Arrived home around 5pm.

  • Saturday 11/12 – Hatyai baby!! Note to self: Never enter Hatyai on a Saturday, “bonus”, during school holidays! Stuck 2 hours lining up at the Thai immigration..dah la dimestikan bayar rasuah 10 baht per passport..kalau systematic takpelah jugak!! Passport control kaunter lain, vehicle kaunter lain..bengap betul.. line panjang berbelit-belit ada pulak kutu yang tak pandai nak beratur! Boleh gaduh kalau main potong-potong line ni! Pukul 3, baru bertolak ke Hatyai. Despite the immigration officer cakap hotel di Hatyai penuh, Alhamdulillah we managed to get 2 rooms in the heart of Hatyai. Budget hotel, Laem Thong hotel. Good enough for me. Our room only cost us RM47, theirs, RM80+, besar sikit, double bed. Why splurge on a room yang kita pakai sekejap je? Location..penting…malls, market and muslim restaurant within beberapa langkah je..sungguh convenient.

  • Sunday 11/12 - Lepas breakfast, atuk and nenek spoiled Umayr with a battery powered mini bike. Lepas tu check-out, and drove to Big C. Big C is a hypermarket, something like Tesco. Tapi yang bestnya Big C di Hatyai ni, muslim ramai. Even signage dia pun ada tulisan jawi tapi bahasa melayu. Senang nak makan. Around 3 pm (thai), bertolak ke border. Another 2 hours spent at the stupid immigration. Kali ni, tak nak bayar rasuah sebab service macam celake. Tapi at the end of the stampings, dia yang mintak pulak! Apa punya corrupt lah officer depa ni! Masuk ikut padang besar,even passport control in Bangkok takde pun mintak duit..Sampai rumah around 9, selepas melantak dinner macam orang yang 2 tahun survive on ubi kayu je.The in-laws are still here, balik probably on Saturday. Menunggu kereta yang kena top overhaul di Balu.
  • This Friday kena ambil cuti. Ada masters presentation. Dah berapa malam memberatkan eye bag. Seriously kalau ada rezeki, aku nak masuk treatment menghilangkan eye bag seperti mana Khir Toyo buat dulu. Terus tampak muda mamat tu..
  • Managed to catch the whole 2nd half of Malaysia vs. Vietnam. Players kita memang teruk in handling bola. Receiving, attacking, passing..fail! Vietnam played better, but luckily their finishing out! The 2 balls advantage might help, jangan Vietnam buat magic, belasah Malaysia kaw kaw sudah!
Rumusannya Tuan-tuan dan puan-puan, dengan kembalinya family di sisi, hidup ku kembali normal. Keluar 6:45am, balik 6pm+. Pulang melayan Umayr dengan telatah nakal dan comelnya serta Izza yang sentiasa di sisi, sentiasa sabar melayan kepala otak aku yang tak betul ni - sebagai sandaran untuk aku membuang topeng macho singa yang berjam-jam dipakai untuk kembali menjadi semanja anak kucing. Hahahaha

Cukuplah merapu kerapu aku untuk hari ini..kembali ke kerja..





Ihm 29 weeks

Ihm-25W