Tuesday, 21 December 2010

40-an Gatal

Aku bersembang dengan seorang member hari tu. Hasil perbincangan itu mengukuhkan siri pengamatan dan hipotesis aku. Hipotesis berbunyi sebegini:

Lelaki terlebih ‘itchy’ (gatal) pabila umur mencecah 40 tahun.

Hipotesis ini bermula apabila seorang rakan yang berumur 40-an memecah kesepian dengan mengeluarkan kenyataan “ aku nak ‘pucuk muda’ la”. Dan ajaibnya, ayat yang maksudnya sama seperti itu kerap juga terdengar dan diluahkan daripada rakan-rakan yang tergolong di dalam kumpulan umur tersebut. Mungkin sekadar melawak, tetapi sumber kenyataan tersebut mesti timbul dari perasaan dan untuk meluahkannya mesti atas dasar pemikiran itu telah lama terpendam.

Ini diperkukuhkan dengan bilangan tinggi kes-kes jenayah seksual negara yang melibatkan pesalah yang berumur 40 –an (nak statistik, cari sendiri!), seperti contoh ‘segmen’ haruan makan anak, haruan makan anak tiri dan haruan makan anak jiran dan seterusnya. Kelab dangdut terkenal sebagai tempat jejaka berumur berpeleseran dengan gadis genit. Bagaimana dengan mereka yang berkahwin dua? Masuk je 40 lebih, kahwin dengan awek umur 20. Member aku setuju sebab ayah dia pun tergolong macam tu juga. Lepas tu tengok jelah di ofis anda . Amati betul-betul. Bagaimana mereka layan geng ‘pucuk muda bergetah’ tu? Menggedik lebih..

Bagaimana ini boleh terjadi dan siapa yang perlu disalahkan? Ada yang kata kena salahkan sang isteri sebab tidak tahu nak menjaga badan. Yela anak dah berinak pinak, pantang pun main langgar je, bila badan dah lari bentuk, hanya berpenat nak berazam je setiap tahun. Tapi tak laksanakan apa pun. Bila suami nak bermanja, asyik cakap “sibuk” je memanjang. Bila nak “itchy” sedikit, kena marah pula kata tak padan dengan usia.

Tetapi sama sekali tidak adil untuk salahkan sang isteri sahaja. Masa berbincang haritu, teori aku adalah, Lelaki Tua yang Buas, adalah lelaki yang pada masa mudanya, ‘Belia’. ‘Belia’ ni kalau siapa kurang faham adalah lelaki yang baik, mengikut peraturan dan undang-undang, pakai songokok, berbaju kemas terseluk rapi di dalam seluar,rumusannya budak baik lah! Bila mereka ini baik di kala hormone tengah mengganas, tenaga tersebut terpendam dan apabila dah tua, kunci pendaman tersebut terbuka dan keluarlah segala sifat kenakalan remaja. Oleh yang sedemikian, di kala umur muda remaja ini, buaskanlah diri anda! Hahaha!(gelak jahat)

Yang aku pelik ni, kenapalah gadis-gadis bergetah ni boleh cair di tangan mereka? Ada yang cakap, mereka ni lebih tahu menghargai wanita (yelah, kalau yang skandal, bawa masuk bilik tu kira menghargai lah tu?) , lebih ‘berpengalaman’, disebalik misai yang beruban itu, kewangan mereka ni kukuh dan sering memanjakan pasangan dengan harta dunia. Hmm..tetapi jangan alpa. Sedikit nasihat kepada kamu yang ‘bermain’ dengan jejaka berumur yang sudah berkeluarga. Tidak salah untuk bercinta, lagi-lagi mereka yang mengukuhkan hubungan tersebut dengan ayat “kalau sudah jodoh/sudah ditakdirkan”..beringatlah dan selalu berfikir mengenai keharmonian keluarga yang akan bakal/telah kamu hancurkan. Bagaimana perasaan sang isteri? Anak-anak terutama sekali yang dah matang remaja. Sanggupkah kamu melihat kehancuran tersebut? Letakkan diri kamu di tempat mereka.

Masa perbincangan itu juga tertanya. Adakah aku bila umur 40 akan jadi begitu? Pada masa ini memang lah aku terus terang menolaknya. Tapi kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Ahli ibadah yang kuat beribadat pun boleh mati dalam keadaan kufur atas tipu daya Iblis. Minta simpang banyak-banyak, sentiasa berdoa agar tidak berlaku kepada aku sekeluarga. Jikalau terjadi juga esok ni yang, ingatlah itu semua bukan atas kehendak ku. Banyak bersabar, dan bawalah aku pulang.

Walaupun “kajian” aku ni macam “baseless”, aku percaya anda juga pernah menghadapi golongan 40-an yang itchy. Mestilah tidak semua umur 40-an ni macam tu. Segelintir sahaja. Berhati-hatilah. Belilah ubat gatal cepat-cepat.



5 comments:

Jay Ismail said...

life begins at 40 maa..lelaki akan kerje kuat sampai umuq 40 naa...when a man reach 40 dia akan sampai simpang 3..ke kanan..dia akan ajdi family figure..jaga anak..pi amek report card...pi bawak family holiday...

kalau ke kiri dia pi hard rock bawak superbike..rambut beruban..isap cigar sama ada awek mude duduk atas peha dia...

sebab tu lelaki dinasihatkan kawen pompuan umur 7-10 tahun lagi mude..sebab bile 40 baru nak enjoy..bini lak 40 dah tutup kilang..tu yg dia kornar kiri tu..

itu apa ustaz kursus kawen dulu bilang kat aku aa...hahahaha sebab aku pi kursus kawen tuk org single..senang.esok nak kawen takyah pi dah..hahahaha

Unknown said...

hahaha betul betul betul..ustaz tu memang rock la..

beb..lu target 10 tahun ka? kalau tahun depan, umur 'legal' dah wei!heheh

Jay Ismail said...

aku 37-38 baru nak cari awek...aku paling last dlm batch kite kan..ahahhahahah.umuq 40 kawen kat dewan VI..table susun bentuk E..hahahaha

Jay Ismail said...

+ aku tak puas men gundam gik dan mengumpul mainan serta membuka toyshop adalah mende yg aku lom achieve giks....hkahkhahakhakahaahah

Unknown said...

haha ini lah contoh jejaka 40-an lepak depan hardrock dengan superbike dengan pucuk muda tenggek atas pehaaa..haha

relax..asalkan, bahagia~..hehe