Monday 19 December 2011

Mimpi Pelik Part 2

Akhir-akhir ni aku mimpi pelik-pelik la. Pagi tadi mimpi paling sedih dan impak dia masih aku rasa sampai sekarang.

Aku cuba ceritakan setakat mana yang aku ingat ye.

Ceritanya aku bercuti di JB. Walaupun takde rupa macam JB, tapi mimpi aku tu cakap, ‘JB’. Mencari hotel untuk menginap, jumpalah hotel ni, tapi perasan hotel tu penuh dengan orang tengah wallop buffet breakfast. Aku cakap” ramainya orang gomen!? Mesti hotel ni ada banyak conference room..” Aku tahu diaorang ni orang gomen berdasarkan pakaian diaorang. Shirt, slacks, gantung name tag seminar besar..
Macam mimip-mimpi biasa, tiba-tiba aku ada di scenario lain pulak. (Maybe ni lah effect of ‘blue disc not gold disc’).

Sedang berjalan dengan Umayr tiba-tiba satu letupan kuat berlaku! Sedar-sedar kawasan tu in chaos. Umayr hilang! Puaslah aku mencari, berlari sini sana mencari Umayr dalam suasana jeritan orang meraung-meraung..

*Blank

Aku jumpa Umayr. Umayr terlebih ceria dan manja dari selalu. Dalam dunia tu, hanya ada aku dengan Umayr je. Gelakkan tawa, tengok mata dia yang sepet bila gelak..macam-macam lah kami main. Geletek, lari sini sana..sukar nak describe betapa happy nya kami masa tu. Jauh di sudut hati, aku cakap, “tengok.. mana ada apa-apa berlaku!..”

Aku main kejar-kejar dengan Umayr. Terkekek-kekek dia gelak! Aku kejar dia sampai masuk satu bilik ni. Oh ada satu lagi Umayr dalam bilik tu! Waah bermain sakan lah aku dengan kedua-dua Umayr tu!!
Tiba-tiba Abang masuk bilik tu. “Abang! Tengok! Umayr sihat je!! Ada dua lagi Umayr ni..”....aku tersentak...”macam mana pulak ada dua Umayr?” Gelakkan tawa Umayr semakin pudar..badan, kaki aku lemah,Abang terus mendakap aku sebelum aku jatuh ke lantai..

aku ingat lagi sampai sekarang, in exact words aku cakap “ MasyaAllah..Umayr dah takde...Subhanallah.. “..lalu aku menangis.. abang cakap “ Umayr hidup lagi...dalam wad..”

*Terjaga

Umayr masih tidur di sebelah. Puaslah aku peluk, cium bagai.. Ya Allah..sedih gila perasaan aku masa tu..Tuhan sahajalah yang tahu macam mana perasaan aku...kalau mimpi dah sedih gila, kalau betul jadi (mintak simpang) macam mana agaknya?? Boleh jadi gila kot aku ni! Semoga Iman mampu menolong pabila kesusahan menimpa.

Sunday 18 December 2011

90s R&B


Gangster jiwang (Gambar sekadar hiasan sahaja)

Hari tu mp3 player memutarkan lagu yang dah lama aku tak dengar, iaitu Hard To Say I’m sorry by Az Yet feat original singer lagu tu Peter Cetera. Tak sangka suara aku masih lunak dan merdu, kiranya kalau depa nak Feat. ‘Sharel’ untuk lagu ni, orang kata boleh lah bawak berunding..Heheh setelah berpeluh-berpeluh tarik suara lenggok R&B, aku terus mencari lagi lagu-lagu seangkatan dengannya di dalam folder Ministry of Sound aku.

R&B acts 1990’s memang cool laa. Tak payah tipu lah wei! Di sebalik piercings, spikes., tattoos, Mohawks busuk macam budak-budak punk Acheh yang kena ‘mandikan’ tempoh hari, deep down dalam hati tu ada satu kotak khas reserved untuk Boyz II Men and Shai! Eleh kalau jaki jinjang sangat pun, sekurang-kurang nya at least 1 time lu pernah tarik ala Sam Innuendo lagu Belaian Jiwa kan?! Haa anyway thanks to my Bro yang telah introduced and influenced aku dengan group-group ni masa zaman ‘rain coat-Vanilla Ice-NBA/NFL merchandise’ .

Below are my 90’s R&B heroes (in random )Di sebalik ketiadaan internet, mereka ini mampu menembus ke pengetahuan kami di Malaysia yang masih hidup di atas pokok masa tu.
  • Boyz II Men
  • Shai
  • Az Yet
  • Blackstreet
  • Montell Jordan
  • Color Me Badd
  • Bobby Brown
  • K-Ci & Jojo
  • All-4-One
  • R.Kelly
  • Seal
  • Tony Rich Project
  • Brian McKnight
  • Babyface
  • Usher
  • Malaysia punya? Innuendo pun cool juga - Umbrella, 2 By 2, A to Z tu consider R&B tak? (Heheh)

Saturday 17 December 2011

Anas is 10 months old y'all!



http://anassharel.blogspot.com/2011/11/month-10.html


10 Months Old Anas masih menangis setiap hari, pantang tengok sang ibu and sudah pandai berlakon. Active, asyik berdiri namun tak nak bertateh, gigi sebatang dah tumbuh dan nampak sebelah lagi coming soon..

Happy 10 months old Anas boo boop!

Thursday 15 December 2011

Version 3.0

Man.... in the next few days, i’ll hit v.3.0.. yeala officially in July but still, once the calendar flipped, semua borang dah kena isi ‘age: 30’. 30 adalah tua. Kalau dulu dengar ‘minah ni couple dengan mamat umur 30’, dalam otak fikir pergh..”layan orang tua”..there are some yang rasa 30 belum tua lagi..40 lagi tua! Ofcourse! Makin tinggi nombor, makin tua la..But one thing for sure, we’ll never get any younger. Telan lah reality itu. To me ‘tua’ is a state of mind. Yes, muka, organs semua aging but i think minda kita boleh jaga ‘kemudaannya’. Look at Tun Mahathir. He’s a iving proof. While many 80+ duduk di rumah menunggu ajal tiba, Tun still writes, attend conferences dan masih boleh menjawab soalan-soalan pedas from press. Respect. Aku pun dah start kena tukar mindset.

30 adalah umur untuk membetulkan kesalahan-kesalahan.

Macam game, Beginners level, Amateur, Pro, expert yada yada..Aku telah menggunakan umur 20 an aku untuk absorb ilmu at amateur level. Along ‘route 20s’, memang banyak problem dan kesalahan yang aku belajar. So 30an adalah masa untuk execute ilmu-ilmu kehidupan ni secara professional. Silap tu mesti ada jugak, but i’ll try to keep it down low.

Alhamdulillah so far i’m happy with my 20s. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam terlebih tua dari umur dan ada kawan-kawan yang lagi happening hidupnya sehingga timbul sedikit envy dan jealousy, namun aku tetap happy. Ada kawan-kawan di luar sana yang tak mengecapi apa yang aku telah kecapi hari ini. Sharel, always remember this.
I’m blessed with a friend yang aku jadikan isteri dan teman hidup, with her i’m blessed with 2 handsome sons juga sebagai saham kami untuk hari esok, blessed with a house to protect isi rumah dari hujan panas, cars to drive us around, pekerjaan yang stabil dan bersyukur dengan ample ringgits, cukup untuk menjalani kehidupan yang selesa. Paling penting, bersyukur dengan kesihatan dan nyawa yang dikurniakan setiap hari.

Bersyukurlah dan sentiasa beringat kawan-kawan yang less-fortunate.

  • Kalau kedai tu serve nasi keras macam batu, ada kawan-kawan di luar sana nak makan batu pun tak dapat.
  • Kalau kedai tu bagi service macam haram, ada kawan-kawan yang tak termimpi boleh jejak kaki dalam kedai tu.
  • Kalau tension side mirror bengkok kena langgar mat rempit tadi, ada kawan-kawan di luar sana yang tak pernah tengok floor mat kereta pun.
  • Kalau tension phone asyik hang, ada yang nak beli phone pun tak mampu. Baru belajar nak dial number, phone booth pulak makin takde.

Aku pun dah start merapu jinjang dah ni. Sebelum aku off-topic lagi, baik aku akhiri dengan hadis di bawah:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu
sedekah jariah atau
ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau
anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Tuesday 13 December 2011

Saturday 10 December 2011

Puisi Kerja

Awal pagi drive ke kerja,

Jalan lane dua, jadi tiga.

Tiba-tiba dari tiga jatuh satu,

Sebab depa drive macam hantu.

Lepas tu ada lori treller lah pulak,

Menyumpah seranah sampai kering tekak.

punyalah lembab nak potong pun tak dapat,

dua treller pulak tu, macaaaaam dah pakat.

Namun sampai juga ke tempat kerja,

berehat tak lama, bala mai menimpa.

Meeting dah buat, minutes dah email,

Bila kena batang hidung, bos-bos buat 'sewel'.

problem datang, masing-masing menunding jari,

"pedulikan mereka, mari selamatkan diri".

politik di tempat kerja memang macam sampah,

apa yang dah agree dalam meeting tiba-tiba bertukar arah.

isunya kecil sahaja, semut jatuh dalam longkang,

email sampai ke share holder nak tunjuk dia seorang je yang menukang.

dalam meeting sembang sampai ke langit,

depan bos, "brok brak brok brak" sampai hangit,

tapi bila berkerja, bunyi "ting tong ting tong",

sebab semua orang tau mamat tu tin kosong.

tapi nak buat macam mana? itulah kerja,

selagi ada bos, kitalah yang kena.

akhirnya petang tiba, hati pun ceria,

telatah anak, mengubat luka.










Sunday 4 December 2011

Obituary-Satio


Kenapa aku pula ‘chillex’ bila phone aku hilang?

“ Dude, It was meant to be..”

Why is that? (ooh Harian Metro would love this)

  1. That morning, I woke up in the wee hours, out of the blue, takde angin melintang or whatsoever, I ‘back up’ my phone. Last back up was 2-3 months ago.
  2. I normally back up the phone memory only but yesterday tergerak hati to back up both, phone memory and external drive memory. The process took nearly 3 hours.
  3. My uquran software was installed together with the sound file. FYI, to search and install the software is easy but to get the sound files aren’t. Peliknya, yesterday I ‘cut’ the sound files from phone to my PC. So the sound files are saved!
  4. I only realized the phone was not in my pocket after 20-30+ minutes. Sungguh lama
  5. Instead of using my phone, I asked Izza to use hers to snap Umayr’s first coned Ice cream.

“ Kan?.. It was meant to be..”

I do think so too..

Anyway to the Hamba Allah who took my phone, if you use it for kebaikkan (untuk beli susu anak ke, isi perut yang lapar ke, buat derma masjid ke), AKU HALAL kan dunia akhirat.

Sa Ti Oh, thank you..you’ll be missed