Monday, 19 December 2011

Mimpi Pelik Part 2

Akhir-akhir ni aku mimpi pelik-pelik la. Pagi tadi mimpi paling sedih dan impak dia masih aku rasa sampai sekarang.

Aku cuba ceritakan setakat mana yang aku ingat ye.

Ceritanya aku bercuti di JB. Walaupun takde rupa macam JB, tapi mimpi aku tu cakap, ‘JB’. Mencari hotel untuk menginap, jumpalah hotel ni, tapi perasan hotel tu penuh dengan orang tengah wallop buffet breakfast. Aku cakap” ramainya orang gomen!? Mesti hotel ni ada banyak conference room..” Aku tahu diaorang ni orang gomen berdasarkan pakaian diaorang. Shirt, slacks, gantung name tag seminar besar..
Macam mimip-mimpi biasa, tiba-tiba aku ada di scenario lain pulak. (Maybe ni lah effect of ‘blue disc not gold disc’).

Sedang berjalan dengan Umayr tiba-tiba satu letupan kuat berlaku! Sedar-sedar kawasan tu in chaos. Umayr hilang! Puaslah aku mencari, berlari sini sana mencari Umayr dalam suasana jeritan orang meraung-meraung..

*Blank

Aku jumpa Umayr. Umayr terlebih ceria dan manja dari selalu. Dalam dunia tu, hanya ada aku dengan Umayr je. Gelakkan tawa, tengok mata dia yang sepet bila gelak..macam-macam lah kami main. Geletek, lari sini sana..sukar nak describe betapa happy nya kami masa tu. Jauh di sudut hati, aku cakap, “tengok.. mana ada apa-apa berlaku!..”

Aku main kejar-kejar dengan Umayr. Terkekek-kekek dia gelak! Aku kejar dia sampai masuk satu bilik ni. Oh ada satu lagi Umayr dalam bilik tu! Waah bermain sakan lah aku dengan kedua-dua Umayr tu!!
Tiba-tiba Abang masuk bilik tu. “Abang! Tengok! Umayr sihat je!! Ada dua lagi Umayr ni..”....aku tersentak...”macam mana pulak ada dua Umayr?” Gelakkan tawa Umayr semakin pudar..badan, kaki aku lemah,Abang terus mendakap aku sebelum aku jatuh ke lantai..

aku ingat lagi sampai sekarang, in exact words aku cakap “ MasyaAllah..Umayr dah takde...Subhanallah.. “..lalu aku menangis.. abang cakap “ Umayr hidup lagi...dalam wad..”

*Terjaga

Umayr masih tidur di sebelah. Puaslah aku peluk, cium bagai.. Ya Allah..sedih gila perasaan aku masa tu..Tuhan sahajalah yang tahu macam mana perasaan aku...kalau mimpi dah sedih gila, kalau betul jadi (mintak simpang) macam mana agaknya?? Boleh jadi gila kot aku ni! Semoga Iman mampu menolong pabila kesusahan menimpa.

2 comments:

Anonymous said...

bro, orang kata mimpi pelik-pelik jangan cerita kat org tak baik..wallahualam.

sharel said...

Noted.thanks anon.