Monday 31 January 2011

Ihm-Around the Corner

Ihm's due date is around the corner! Izza's next doctor's appointment in on the 7th, that's like..NEXT WEEK! Ihm pun dah mula mengganas, strecthing, kicking..eager to pop out from the oven!


The Wall taken from : here

Izza cakap semalam, "nampaknya kita berjaya ada dua anak before we hit 30.." hahaha..InsyaAllah.. Oklah, 34 when Umayr hit the white and blues, 36 Ihm pulak, by that time, Umayr dah standard 3, adalah geng di sekolah. When we hit the 4 series, Umayr baru start pakai green pants. 2 years later, Ihm pulak. At 45, Umayr akan sibuk isi borang UPU, Ihm anxiously waiting for February, for his sweet 16 Ferrari (yeah right!). By the time Ihm simpan rambut panjang (standard- lepas SPM je, kena simpan rambut panjang..freedomlah konon), this 2 old folks dan berumur 47 years old.

47 years old - Kalau umur panjang, dan anak hanya Umayr and Ihm, kembalilah kami ke zaman dating seperti 28 tahun yang lepas. Masa tu bolehlah jalan-jalan, lepak by the park, kalau ada duit, travel the world..

Hmmm..Basically that's life folks..it's a fact. We can't runaway from age, time..and death. The difference between one's life and another depends on how they colour it. Sunny? gloomy?stormy? There's still time..but do it fast.. Let me quote Jay Kay,

"Time won't wait for you, So do all the things you wanted to
Better hurry up, take it in your stride, And use your resolution which you've been supplied.."
I've wandered too far..anyway...Ihm, see you soon!!! Can't wait to hold you in my arms! (especially mom!..kesian dia..)


Sunday 30 January 2011

Nabi yang cool


Jumaat lepas, Khatib sentuh pasal ajaran sesat. Dan aku terfikir.

Kalaulah kita ni hidup pada zaman Rasullullah, adakah kita akan convert dan menjadi pengikut Rasulullah? Atau kita join group Abu Jahal, menentang Islam?

Katakanlah kita ni dari masyarakat Arab jahiliah, kita dilahirkan di dalam agama dan kepercayaan tuk nenek moyang kita dan jiran sebelah, jiran setaman, member sekolah, semua sembah berhala dan pada mereka kalau nak cool lagi, sembah matahari, tapi tu kena buat pengamatan tingkat keempat lah. Main karom sambil tengok jiran sebelah tanam anak perempuan dia hidup-hidup, Tengah pelan nak sambar SUV baru hasil jualan emak dan adik perempuan..Anyway, tiba-tiba satu hari, adalah seorang mamat ni, dia kata apa yang kita buat selama ni (especially yang sedap-sedap tu) adalah salah, 48 ‘tuhan’ yang ‘mereka dan keluarga mereka’ sembah dari zaman nenek moyang tu adalah karut, lepas tu suruh kita ikut dia, peluk agama ‘baru’, yang Tuhan nya hanya adalah satu. “Sat u je? Mana cukup beb...mengarutlah mamat tu!” Kata rakan sejahiliah. Lepas tu dia kata pulak arak tu haram.“Pantang datuk nenek orang kata arak itu haram! Dari baby lagi gua dah mabuk dah!!” kata ketua kampung Taman Jahiliah Sejahtera Utama.

Agak-agaknya lah kan, senang-senang je ke kita nak ambil kata dari ‘mamat’ yang menolak segala amalan yang telah menjadi darah daging kita tu lepas tu convert ke agama ‘baru’ iaitu agama tuhan yang satu? Katakanlah kita yakin, apa kata keluarga tercinta? Sure kena buang keluarga, Member? Sahla depa belasah kita dulu! Masyarakat setempat pula? Jangan harap nak dapat cucur kodok lagi lah tahun ni! Kena buang ke padang pasir, adalah!

Dua benda yang aku dapat.

Yang pertama, Subhanallah..cuba bayangkan betapa peritnya nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam masa tu? Dihina, dicerca, diludahi, dilempar dengan najis, ugutan bunuh ..MasyaAllah...ish...Kita ni, kalau orang potong que di supermarket pun dah panas, nasi lemak kurang seekor ikan bilis pun kita boikot gerai tu, Rasulullah kena tempek najis, cool je...? Kalau lu tak respect lagi ‘Mamat’ ni, aku tak tahulah... Aung San Suu Kyi yang ‘terseksa’ 20 tahun dikurung di rumah pun ramai yang respect, .tu baru memperjuangkan demokrasi Burma je..

Dan yang kedua, bersyukurlah..bersyukurlah dan aku nak sentiasa cuba bersyukur kerana dilahirkan muslim. Bayangkan kalau kita hidup di zaman tu, cukup susah nak mendapat nur, sekarang ni kita lahir-lahir je dah automatic dalam IC kata kita Islam. Mudah kan? Ok, Islam, Check! Sekarang ni hanya tinggal 3 perkara je yang kita kena buat. Iaitu:

  1. Akui Maha Pencipta kita Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah
  2. Menuruti segala perintah Allah
  3. Tinggal segala larangan Allah

Tu je. Jomlah kita kembali menjadi muslim yang hebat.

Utmost respect & love to Nabi Muhammad SAW..
Maulidur Rassul – 14th February 2011

Wednesday 26 January 2011

90's - Back To School

Hari tu tengah menyembang dengan member, terpacul nama “Alien Workshop”. Lepas tu dia cakap “ish lama aku tak dengar nama tu..” Dan seterusnya terhasillah nukilan ini.

Thank god i was a school prefect! Takde urge nak berfesyen like the others, tangkap orang berfesyen adalah! To those yang tak tahu, VI ni very strict dengan undang-undangnya especially on school attire. Semua kena ikut school standard, baju tak boleh ada pleats, labels from top to bottom dilarang sama sekali, (contohnya kalau nak legally pakai kasut pallas jazz, label tepi tu kenalah potong dulu!) pockets, cuttings, banyak kena monitor prefects ni dulu. Why? Victorians ni datang dari mix backgrounds. Yang kaya, kaya sangat. Yang miskin sangat tak tahu lah pulak. Golongan pertengahan yang duduk rumah, hostel , lepas tu ada student yayasan Selangor, Sabah, Felda lagi..so bermacam-macam background. Labels ni selain menunjukkan brand, ia menunjukkan status-( branded, mahal, status = anak orang kaya). In order to eliminate status consciousness among Victorians, the prefects came out with the ruling, NO LABELS ALLOWED! Dah berkurun dan undang-undang ni, so kami ikut je.

Anyway, the reason aku buat entry ni ialah untuk aku simpan dan tunjukkan pada Umayr dan Ihm betapa hodohnya fashion kawan-kawan daddy masa sekolah dulu (haha). But seriously, no offence, memang huduh lah beb. Sebagai law enforcer masa sekolah, ni adalah beberapa “fashion” yang aku ingat. Kalau ada yang lain, please inform.Sorry ini lelaki sahaja, awek sekolah aku form 6 je..tapi semua skema.



1. Rambut mesti centre parting, slope tepi, sehelai rambut panjang bagi sampai masuk mulut. ala-boy band. Ada jugak yang botak-kalau ikut machine tu no.1,2.. Masa tu juga Raihan tengah top, so adalah few yang layan pakai kopiah hitam ala Raihan.

2. Baju kena Cantona 7 beli di Sungei Wang. Dah tuck dalam seluar, kena gelebehkan bahagian belakang bagi nampak prints of Cantona 7. Size kena lebih 2 from original badan. So bagi yang berbadan kurus tu, nampak lah macam berisi sedikit.

3. Tali pinggang Alien Workshop. Jangan potong length dia, kalau depa jual 5 metre, bantai lah pakai 5 metre, lilitlah berapa kali pun. Lepas lines, lepaskan lilitan, bagi ia berjuntai sambil menunjukkan logo Alien Workshop yang colourful itu.

4. Seluar. Seluar adalah item yang paling penting. Jun-Saito dan Cantona 7 mendominasi pada masa itu. Bukannya murah..mahal jugak kot!..Bagi mereka yang nakal, seluar mereka datang dengan secret pockets. Di pinggang belah kanan, di bahagian dalam terdapat pocket khas sebesar kotak rokok 7’s. Mudah untuk menyimpan “ticket bus, & ticket LRT” atau “resit lepasan derma” (hehe). Di bahagian sisi berdekatan lutut pula ada satu lagi pocket khas sebesar 2-3 batang rokok. Ini untuk pelajar menyimpan “pen” dan “pembaris” (hehe). Pocket belakang ada banyak fesyen. Fesyen petak,Marlboro, ada yang buat ala jeans pun! Cutting, Straight-cut, bawah mesti 20 ke atas. Mana yang betis keting kurus tu, nampaklah macam berisi sedikit. Label kena bubuh tepi, belakang..tapi kalau my school, sorrrylah..mesti jadi mangsa Prefect’s scissors yang kami asapkan setiap pagi khamis..hehe

5. Kasut. Generally yang paling popular masa tu adalah Pallas Jazz (sebab aku jenuh suruh offenders potong sendiri label tu). Member yang grunge tu, layan lah Kasut Panda dengan North Star sebab dia ala Converse All Star..Geng Skate, hip hop yang baru nak naik, carilah kasut skate yang putih. Banyak kat Sungei Wang. Kasut Penguin pun ada yang pakai jugak! Tapi tulah, undang-undang sekolah kata kena pakai kasut yang bertali. Even strap-on pun tak boleh. So geng rebel ni jenuhlah menganyam tali kasut. Kantoi jugak dengan Prefect. Hehe. “Ikat betul2!”

Tapi tak semua lah yang pakai fesyen ala ni. Yang baik tu, baiklah. Yang rebel tu, depends on pengaruh rakan sebaya. Rakan lebih kearah music, convertlah uniform sekolah ala fesyen music tu..grunge ke, skin ska, west side, east side..rakan gangster, fesyen pun ikutlah ala Hong Nam ke Sang Kai dalam Young & Dangerous, pengaruh geng Vatos Locos, ikutlah ke-VL-lannya.

Whatever it is, school Rocks.. Kalaulah ada Delorean...

Sunday 23 January 2011

Tribute to Smashing Pumpkins



Damn i'm stuck with the 90's..This is a tribute to another 90's hero - Smashing Pumpkins. Miss them..Few of my favourites (mostly from Mellon Chollie:

1979


Zero



Bullet with Butterfly Wings



Tonight, Tonight


Stand Inside Your Love



Today

Wednesday 19 January 2011

Tudung Sanggul yang Cool dan Cun!

I find the fashion of tudung sanggul irritating. Seriously.aku pun tak tau kenapa. ‘Hump’ tu rasa macam nak picit-picit ala stress ball.. Lepas tu bila pemakai berjalan, kain lebihan tudung tu swing ke kiri, ke kanan macam ekor kuda..ish..by design pula, sungguh tidak proportion. Dia buat kepala sesorang tu tampak besar dan tinggi, tidak seimbang dengan badan. aku pun tak tahu kenapa aku ambil kisah pasal ni..

Anyway, ada hukum pasal pemakaian tudung ni, pergilah search..katanya tidak boleh..

Monday 17 January 2011

Familia Year


Alhamdulillah syukur.. Many thanks to Allah Who has blessed us with all the goodies, rezeki and health. Kuatkanlah Iman kami supaya kami tidak leka memenuhi tanggunjawab kami kepada Mu..Ameeen..

Although I’ve posted 2 entries before, let’s assume that this is my first post for 2011.
Here it goes..

1. This is a little personal, but hey, no harm in letting it out once in a while. I dedicate this to my girlfriend. Gibbs brothers mode, ON! (To get in the mood..hehe)

Yang, you know what? I’ve just realized for this past ten years, I’ve been repeating the same phrase to you every single day without fail. If I say it once a day, meaning, for the last 10 years of my life, I’ve said 3650 times already. But you know I say it more than once a day rite? Anyway girlfriend, just to let you know that this Bee Gees song have been repeatedly played many times on my playlist and I’m still struggling to be as romantic as Awie from Sembilu. Back to my objective, for the many thousandth time, this time I want the whole world to know that Yang, I LOVE YOU…. LOVE YOU SO MUCH! ….You, complete me…(thanks Maguire..teehee)

2. Umayr, I only know you for 2 years..hmmm so..hmmm…what the heck, I love you too!! Heheh Umayr, Umayr, Umayr..why do you always have to make my heart melt?? Ohh..Do you know that your 8 days hospitalized drama last week crushed our heart? Please don’t do that again..we were sick worried! Both Atuks and Neneks drove all the way from KL just to see you tau! Oh Boy, you’re gonna have a lil’ bro soon,! i hope you understand that in the next few months, our attention will be slightly off to your lil’ bro especially mommy. But you have me buddy! We will play together from dawn until you ask for your ‘Sus’!! No matter what and how, just remember that we love you ya?..good boy..

By the way, today Umayr is 1 Year and 4 months old...Happy 1 year 4th!

2011 is all about familia ése..February Love...

Tuesday 11 January 2011

11111


Takkan kita jumpa lagi tarikh 11111...

Next - 111111 & 121212..

So long 11.01.11..

Saturday 1 January 2011

2011

Damn! i missed the countdown!. tertidur pulak!...

that shows how tua i've become..

2010 was a blast..will do some recaps on that later..

2011..Welcome! Please be our friend.. i'll add you in my facebook ya..
(bonus, i'll tag 'like' if you approve my 'friend request')