Jumaat lepas, Khatib sentuh pasal ajaran sesat. Dan aku terfikir.
Kalaulah kita ni hidup pada zaman Rasullullah, adakah kita akan convert dan menjadi pengikut Rasulullah? Atau kita join group Abu Jahal, menentang Islam?
Katakanlah kita ni dari masyarakat Arab jahiliah, kita dilahirkan di dalam agama dan kepercayaan tuk nenek moyang kita dan jiran sebelah, jiran setaman, member sekolah, semua sembah berhala dan pada mereka kalau nak cool lagi, sembah matahari, tapi tu kena buat pengamatan tingkat keempat lah. Main karom sambil tengok jiran sebelah tanam anak perempuan dia hidup-hidup, Tengah pelan nak sambar SUV baru hasil jualan emak dan adik perempuan..Anyway, tiba-tiba satu hari, adalah seorang mamat ni, dia kata apa yang kita buat selama ni (especially yang sedap-sedap tu) adalah salah, 48 ‘tuhan’ yang ‘mereka dan keluarga mereka’ sembah dari zaman nenek moyang tu adalah karut, lepas tu suruh kita ikut dia, peluk agama ‘baru’, yang Tuhan nya hanya adalah satu. “Sat u je? Mana cukup beb...mengarutlah mamat tu!” Kata rakan sejahiliah. Lepas tu dia kata pulak arak tu haram.“Pantang datuk nenek orang kata arak itu haram! Dari baby lagi gua dah mabuk dah!!” kata ketua kampung Taman Jahiliah Sejahtera Utama.
Agak-agaknya lah kan, senang-senang je ke kita nak ambil kata dari ‘mamat’ yang menolak segala amalan yang telah menjadi darah daging kita tu lepas tu convert ke agama ‘baru’ iaitu agama tuhan yang satu? Katakanlah kita yakin, apa kata keluarga tercinta? Sure kena buang keluarga, Member? Sahla depa belasah kita dulu! Masyarakat setempat pula? Jangan harap nak dapat cucur kodok lagi lah tahun ni! Kena buang ke padang pasir, adalah!
Dua benda yang aku dapat.
Yang pertama, Subhanallah..cuba bayangkan betapa peritnya nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam masa tu? Dihina, dicerca, diludahi, dilempar dengan najis, ugutan bunuh ..MasyaAllah...ish...Kita ni, kalau orang potong que di supermarket pun dah panas, nasi lemak kurang seekor ikan bilis pun kita boikot gerai tu, Rasulullah kena tempek najis, cool je...? Kalau lu tak respect lagi ‘Mamat’ ni, aku tak tahulah... Aung San Suu Kyi yang ‘terseksa’ 20 tahun dikurung di rumah pun ramai yang respect, .tu baru memperjuangkan demokrasi Burma je..
Dan yang kedua, bersyukurlah..bersyukurlah dan aku nak sentiasa cuba bersyukur kerana dilahirkan muslim. Bayangkan kalau kita hidup di zaman tu, cukup susah nak mendapat nur, sekarang ni kita lahir-lahir je dah automatic dalam IC kata kita Islam. Mudah kan? Ok, Islam, Check! Sekarang ni hanya tinggal 3 perkara je yang kita kena buat. Iaitu:
- Akui Maha Pencipta kita Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah
- Menuruti segala perintah Allah
- Tinggal segala larangan Allah
Tu je. Jomlah kita kembali menjadi muslim yang hebat.
Utmost respect & love to Nabi Muhammad SAW..
Maulidur Rassul – 14th February 2011
No comments:
Post a Comment