Wednesday 26 January 2011

90's - Back To School

Hari tu tengah menyembang dengan member, terpacul nama “Alien Workshop”. Lepas tu dia cakap “ish lama aku tak dengar nama tu..” Dan seterusnya terhasillah nukilan ini.

Thank god i was a school prefect! Takde urge nak berfesyen like the others, tangkap orang berfesyen adalah! To those yang tak tahu, VI ni very strict dengan undang-undangnya especially on school attire. Semua kena ikut school standard, baju tak boleh ada pleats, labels from top to bottom dilarang sama sekali, (contohnya kalau nak legally pakai kasut pallas jazz, label tepi tu kenalah potong dulu!) pockets, cuttings, banyak kena monitor prefects ni dulu. Why? Victorians ni datang dari mix backgrounds. Yang kaya, kaya sangat. Yang miskin sangat tak tahu lah pulak. Golongan pertengahan yang duduk rumah, hostel , lepas tu ada student yayasan Selangor, Sabah, Felda lagi..so bermacam-macam background. Labels ni selain menunjukkan brand, ia menunjukkan status-( branded, mahal, status = anak orang kaya). In order to eliminate status consciousness among Victorians, the prefects came out with the ruling, NO LABELS ALLOWED! Dah berkurun dan undang-undang ni, so kami ikut je.

Anyway, the reason aku buat entry ni ialah untuk aku simpan dan tunjukkan pada Umayr dan Ihm betapa hodohnya fashion kawan-kawan daddy masa sekolah dulu (haha). But seriously, no offence, memang huduh lah beb. Sebagai law enforcer masa sekolah, ni adalah beberapa “fashion” yang aku ingat. Kalau ada yang lain, please inform.Sorry ini lelaki sahaja, awek sekolah aku form 6 je..tapi semua skema.



1. Rambut mesti centre parting, slope tepi, sehelai rambut panjang bagi sampai masuk mulut. ala-boy band. Ada jugak yang botak-kalau ikut machine tu no.1,2.. Masa tu juga Raihan tengah top, so adalah few yang layan pakai kopiah hitam ala Raihan.

2. Baju kena Cantona 7 beli di Sungei Wang. Dah tuck dalam seluar, kena gelebehkan bahagian belakang bagi nampak prints of Cantona 7. Size kena lebih 2 from original badan. So bagi yang berbadan kurus tu, nampak lah macam berisi sedikit.

3. Tali pinggang Alien Workshop. Jangan potong length dia, kalau depa jual 5 metre, bantai lah pakai 5 metre, lilitlah berapa kali pun. Lepas lines, lepaskan lilitan, bagi ia berjuntai sambil menunjukkan logo Alien Workshop yang colourful itu.

4. Seluar. Seluar adalah item yang paling penting. Jun-Saito dan Cantona 7 mendominasi pada masa itu. Bukannya murah..mahal jugak kot!..Bagi mereka yang nakal, seluar mereka datang dengan secret pockets. Di pinggang belah kanan, di bahagian dalam terdapat pocket khas sebesar kotak rokok 7’s. Mudah untuk menyimpan “ticket bus, & ticket LRT” atau “resit lepasan derma” (hehe). Di bahagian sisi berdekatan lutut pula ada satu lagi pocket khas sebesar 2-3 batang rokok. Ini untuk pelajar menyimpan “pen” dan “pembaris” (hehe). Pocket belakang ada banyak fesyen. Fesyen petak,Marlboro, ada yang buat ala jeans pun! Cutting, Straight-cut, bawah mesti 20 ke atas. Mana yang betis keting kurus tu, nampaklah macam berisi sedikit. Label kena bubuh tepi, belakang..tapi kalau my school, sorrrylah..mesti jadi mangsa Prefect’s scissors yang kami asapkan setiap pagi khamis..hehe

5. Kasut. Generally yang paling popular masa tu adalah Pallas Jazz (sebab aku jenuh suruh offenders potong sendiri label tu). Member yang grunge tu, layan lah Kasut Panda dengan North Star sebab dia ala Converse All Star..Geng Skate, hip hop yang baru nak naik, carilah kasut skate yang putih. Banyak kat Sungei Wang. Kasut Penguin pun ada yang pakai jugak! Tapi tulah, undang-undang sekolah kata kena pakai kasut yang bertali. Even strap-on pun tak boleh. So geng rebel ni jenuhlah menganyam tali kasut. Kantoi jugak dengan Prefect. Hehe. “Ikat betul2!”

Tapi tak semua lah yang pakai fesyen ala ni. Yang baik tu, baiklah. Yang rebel tu, depends on pengaruh rakan sebaya. Rakan lebih kearah music, convertlah uniform sekolah ala fesyen music tu..grunge ke, skin ska, west side, east side..rakan gangster, fesyen pun ikutlah ala Hong Nam ke Sang Kai dalam Young & Dangerous, pengaruh geng Vatos Locos, ikutlah ke-VL-lannya.

Whatever it is, school Rocks.. Kalaulah ada Delorean...

9 comments:

Jay Ismail said...

ko memang saja la kasi aku panas..

teringat zaman aku rambut sampai dagu and kene potong sama sam!

pride n joy aku tu weh!

p/s: katid aa trendsetter kopiah..rambut blakang lentik cam bontot itik bak kata sam...

Unknown said...

hahaha..those were the days beb..masa tu cool lah kot tang rambut lentik.. ingat lagi siapa yang urut-urut dagu nak bagi tumbuh goatee? hahaha

Jay Ismail said...

rahimi suke urut janggut!! aku manjang kene sound sama prefect suh shave jambang...baru nak feeling2 THE ROCK!

amadzlan said...

omg, aku ada bag alien workshop!

Unknown said...

eei..kasut airwalk mesti ada ..tak pun baju rip curl..

Cob Nobbler said...

nice entry pal!

Unknown said...

Hi Abang Sharel, terima kasih kerana bagi DC saya waktu saya form 2. Sesungguhnya saya tak pernah lupa cara melukis peta dunia sebanyak 50 helai.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

hi unknown,
saya harap awak score subject geography masa pmr dulu..

be yet wiser bro..