Sunday 21 August 2011

My Room

Sharel sungguh emotional dan nostalgic apabila wujudnya perpisahan.

'Perpisahan' ini bukan sahaja merangkumi sesama manusia, malah dengan perkara lain juga, contohnya bilik hotel.

Apabila Sharel check-in bilik Hotel, beliau akan mengambil gambar terdahulu.

Seterusnya apabila nak check-out, beliau pasti akan menjenguk sekeliling bilik itu untuk kali yang terakhir dan berkata " Thank you room, till we meet again.."

Hari ini Sharel terasa sedikit sedih apabila mengetahui bahawa kamar tidurnya di Taman Seri Gombak akan dijadikan stor (mak cover-line cakap ia adalah "walk-in wardrobe").

"..ay you have two sons now.. mana muat bilik tu..?" - pujuk mak
" laa..you have a house already! and your rooms there are a lot bigger! " - pujuk mak lagi
mak sms pagi tadi, " Umayr will grow up asking "daddy you grew up in a store room?"



This was my room back in 2002. Banyak IKEA's stuff..the bed, wardrobe, drawer..etc. Nice design tapi tak tahan lama barang IKEA ni..
  • Img 1- taken from "2nd floor"..nampak that small teddy bear dekat lampu? i got that from a girl in form 3..what makes it special? aku jarang dapat hadiah dari 'gegadis'.
  • Img 2- Exit sign. Aku tak curi ye, beli dekat second shop di Central Square. Pintu tu cadangnya nak penuhkan with cards (ala inspired by Alice in Wonderland), tapi tak berjaya..
  • Img 3- Soulfly, London trip poster and lava lamp. Izza hadiahkan the lava lamp for my birthday. Sadly dah pecah..di Sungai Petani..
  • Img 4 - Notice board- my version of Pensieve. Tempat aku simpan memories.. situ aku tampal gambar Ferrari PX6139, Charade Aura WCK5020, poster gatecrasher, gambar hostel, ticker F1, GP. etc..cermin untuk tuannya yang vain..
  • Img 5 - I did Keith Haring masa part 2. "Thats one pop art shit i'm talkin about y'all!"

That room lasts till 2007 where we did a 'small' rearrangement to accommodate another Tuan to the room. Single bed, upper deck bed mana sesuai untuk orang berkahwin. So since July 2007, my room telah jadi seperti ini:



This picture was taken today, emailed by mom before the transformation to 'Store'. Tak banyak berubah dari 2007, the main arrangement still the same. Boring sikitlah, Managed to maintain some of the posters and added wall racks to display my 'treasures'. Guarded by Abang Stormtrooper and abang Fett. Tak cukup lagi? A fleet of fighter jets and combat helis. And my sea water collection. NZ, Bali, Dover etc..
  • Img 1- A more suitable bed. But now not enough for the 4 of us
  • Img 2- Maintained the Yellow Picture wall-tapi wardrobe style orang tua. PC-monitor 15", vintage
  • Img 3- Sharel's wall of Fame..and some shame..

Tak tau apa akan jadi dengan bilik tu lepas ni.. anyway room, Thank you so much. You've been a good room to me. Sorry tak sempat nak introduce to my youngest, Anas. I will always treasure the good times we had together!


Oh..If any of my sons asked me, "daddy you grew up in a store room?"..,

I will proudly say, "YES".The best room EVER!

Friday 19 August 2011

6 Months old Anas



Anas-anas...he should be at least 8 kgs now..Sharing same diaper size as Umayr, "talks" a lot and "loud"..(perhaps got that from my mom's gene..hehe) and ever hungry. Ooo you should see his 'peha'..daaaaaamn.."berketak-ketak"! Macam fresh from the oven croissant!

Love you Anas.. jom buka saving account!

Wednesday 17 August 2011

Sharel menyambut Ramadhan

Setiap kali bulan puasa datang, aku mesti teringat kenangan-kenangan silam aku ketika di bulan Ramadhan. Mari aku bekukan kenangan-kenangan tersebut di sini.
  1. Zaman ini ketika aku di tadika atau sekolah rendah tak sure but yang confirm, celebrate raya di Bentong, Pahang. Aku baru belajar puasa. Apak cakap,” time puasa yang susah ni ..adalah masa first day, dengan yang last day..lapar dan penat tu, lebih sedikit..” So aku pun preparelah diri untuk mengharungi hari last day tu. Ok sedikit info, orang-orang masa tu tak tau nak tengok calendar/bulan macam sekarang..tak payah pengumuman pun dah tau dah bila Raya. Pengumuman raya masa tu memang sangat-sangat ditunggukan! Lagi berdebar berbanding menunggu pengumuman pelajar AF yang ditendang dari abang Aznil . Petang hari pengumuman tu, aku sibuklah main kat padang. Lompat sini, panjat sana macam budak hyper baru lepas pekena gula. Masa nak berbuka tu aku cakap dekat Apak, “ pak, hari ni last day..tak penat pun??”..haram jadah angkuh betul aku masa tu. Well my father pun senyum je lah. Senyuman dia tu sampai lah ke berbuka puasa hari esoknya, di mana aku duduk depan nasi, menangis kelaparan, marahkan jarum jam yang lambat bergerak ke nombor 7:28 minit. Moral of the story: Janganlah nak confident sangat selagi uncle tu tak umum bila tarikh raya.
  2. Zaman sekolah rendah, aku selalu menonton waktu-waktu berbuka puasa di TV3. Selalunya petang, tak silap dalam pukul 5 kot. Masa dia tunjuk time sabah/Sarawak, aku selalu terfikir “ish kan best kalau aku duduk kat Sabah. Pukul 6 dah bukak puasa…” Lepas tu bila dia tunjuk time-time belah kedah, perlis..”ish kesiannya diaorang ni..lambat betul time berbuka..”.hehe ironinya sekarang ni aku duduk di kawasan yang “lambat” berbuka.
  3. First time aku tak berbuka dengan family adalah masa form 1. Masa tu aku sekolah kat Hartamas.Geng-geng ajak berbuka puasa beramai-ramai di Pizza Hut Bangsar. Takdelah apa sangat hanya excited sebab rasa macam budak besar (konon).
  4. Then it was VI hostel. Wow where should I start? You know what, I’m actually jammed here. Bila sebut pasal “hostel” je, zooooooom! Semua memory of my hostel life terus flash dalam otak, macam Chuck..terngiang bau milo 3 in 1, ice lemon tea 3 in 1..bunyi watercooler.. Ok 1 incident masa form3, my batch was called up by the senior. Diaorang tak puas hati kitaorang terawih dekat surau lain. Memanglah patut kena marah pun, tapi point dia marah tu kelakar sedikit. For info, surau yang kitaorang pergi teawih ,Surau Bab Al Jannah (telah dirobohkan dan sekarang dijadikan Masjid AlBukhary jalan Hang Tuah) kalau terawih memang dia baca lama. So senior ni marahlah kitaorang, “ Yang korang pergi surau tu buat apa, dahlah dia baca terawih panjang, kau tau tak? Aku sembahyang situ, aku boleh terbayang aku tengah main bola.ambil penalty kick…”..Haha.. abang senior, tak payahlah nak buka pekung di dada..sound pasal safety cukuplah..
  5. Time hostel juga menjadi sejarah aku berbuka dengan benda yang paling ntah apa-apa. Masa minggu yang sepatutnya balik, aku tak balik. Sebab kalau balik pun, parents aku takde (kat Bangkok). So staylah di hostel dengan member aku,Ody. Brader kantin plak pi merempit mana ntah, so kami pun pergilah ke Flat San Peng untuk berbuka. Nak mempercepatkan cerita, makcik tu masak lambat pulak. Berpegangkan saranan Nabi (konon), “..awalkan berbuka, lewatkan sahur..”, dengan keadaan tekak yang kering, kami pun mencapai sebatang Marlboro lights dan menyalakannya. Tak ingat kalau aku ada baca doa berbuka ke tidak..buduh..buduh
  6. Apa lagi ya?hmm yang lain, seronoknya puasa di Hostel adalah ketika mengejutkan adinda-adinda junior yang “tersayang” untuk sahur .Hahahaha kami mengejut mereka dengan penuh lemah lembut, santai dan dengan penuh cermat dan hormat. Hanya bisikan salam di telinga kanan mereka…hahahaha
  7. UiTM. First sem aku duduk Jati. Mana lagi nak berbuka? Seksyen 2 lah! Dulu kitaorang selalu lepak Bubbles. Bancau, milo serbuk apa ntah lagi air yang karut-karut tu. Makan nasi campur lauk reheat, nasi daging merah ekonomi dan lain-lain. Lepas pindah ke seksyen 9, banyaklah pasar ramadhan aku melawat. Seksyen 6,7,9,13.. Bila ada girlfriend, dating pulak kat restoran-restoran kat sekitar shah alam, padang jawa dan klang dan sehinggalah ke port tu. Tapi aku asyik teingat masa buka puasa di pasar Ramadhan di stadium. Macam buffet, Jalan, pilih, makan. Jalan, pilih, makan.
Selamat menjalankan ibadah puasa..

aku nak pi tido sat..bahasa covernya,Qailulah..hehe

Sunday 7 August 2011

The fantastic four

This marvellous piece was shot by photographer extraordinaire, Jay Ismail and edited by ehem!.. me (if you find it horrible, don't blame the photographer..).

If you're wondering how's life like managing a unit of 4? study this family picture. This is only 10%.


Thanks Jay for the pics!


Update:
Received SMS from VI mate, Ody tadi. Tambah seorang lagi anak dia! Dah jadi 4 anak!! Alhamdulillah rezeki tu..dia dah in the same league as Mus. Mus pun ada 4 anak.. diaorang ni dah boleh start group avengers/x-men!
haha yang bestnya Mus semua perempuan, Ody semua lelaki!..

Saturday 6 August 2011

Ramadhan TARA-oke

This is so funny that I have to wake up in the wee hours and write an entry about it. Tengah geng-geng muslim sibuk mencari keberkatan di bulan Ramadhan, radio pagi sibuklah cerita pasal keindahan Ramadhan, terawih, kebaikkan bersedekah di bulan Ramadhan, membaca Al Quran, beribadat di tengah malam dan petang tadi sentuh pasal 3 peringkat Ramadhan oleh para-para Anbiya, peningkatan keimanan setiap 10 hari di bulan Ramadhan etc..tiba-tiba aku terlihat Facebook invitation yang tertera seperti ini:



Come on man…fyi, ada orang di dunia ni yang menangis kesyukuran bila Ramadhan menjengah ke pintu dia..bersyukur gila sebab umurnya dipanjangkan sehingga dapat beribadat di bulan Ramadhan yang pahala semua main darab puluh-puluh, up sampai beribu-ribu kali ganda..

Jomlah kita try Clorox sikit hati tu...macam mana agaknya kalau kita mati esok? Masa tu menyesal pun tak guna dah beb..jomlah kita cuba..aku ni pun banyak nak kena sental ni..

Teringat pada VI mate, Fariz Rahman aka Fariz Sengau yang doctors declared brain-dead di hospital tu.. I feel so sorry for you man..stay strong, always have faith and remember that Allah works wonders.

As per my last visit, Fariz di Bed 12, Neurology Ward 5B (second floor), Neurology Department HKL (Institute Kajisaraf Tunku Abdul Rahman (IKTAR) building)

p/s: mendoakan agar hati-hati kita terbuka oleh Nya