- Zaman ini ketika aku di tadika atau sekolah rendah tak sure but yang confirm, celebrate raya di Bentong, Pahang. Aku baru belajar puasa. Apak cakap,” time puasa yang susah ni ..adalah masa first day, dengan yang last day..lapar dan penat tu, lebih sedikit..” So aku pun preparelah diri untuk mengharungi hari last day tu. Ok sedikit info, orang-orang masa tu tak tau nak tengok calendar/bulan macam sekarang..tak payah pengumuman pun dah tau dah bila Raya. Pengumuman raya masa tu memang sangat-sangat ditunggukan! Lagi berdebar berbanding menunggu pengumuman pelajar AF yang ditendang dari abang Aznil . Petang hari pengumuman tu, aku sibuklah main kat padang. Lompat sini, panjat sana macam budak hyper baru lepas pekena gula. Masa nak berbuka tu aku cakap dekat Apak, “ pak, hari ni last day..tak penat pun??”..haram jadah angkuh betul aku masa tu. Well my father pun senyum je lah. Senyuman dia tu sampai lah ke berbuka puasa hari esoknya, di mana aku duduk depan nasi, menangis kelaparan, marahkan jarum jam yang lambat bergerak ke nombor 7:28 minit. Moral of the story: Janganlah nak confident sangat selagi uncle tu tak umum bila tarikh raya.
- Zaman sekolah rendah, aku selalu menonton waktu-waktu berbuka puasa di TV3. Selalunya petang, tak silap dalam pukul 5 kot. Masa dia tunjuk time sabah/Sarawak, aku selalu terfikir “ish kan best kalau aku duduk kat Sabah. Pukul 6 dah bukak puasa…” Lepas tu bila dia tunjuk time-time belah kedah, perlis..”ish kesiannya diaorang ni..lambat betul time berbuka..”.hehe ironinya sekarang ni aku duduk di kawasan yang “lambat” berbuka.
- First time aku tak berbuka dengan family adalah masa form 1. Masa tu aku sekolah kat Hartamas.Geng-geng ajak berbuka puasa beramai-ramai di Pizza Hut Bangsar. Takdelah apa sangat hanya excited sebab rasa macam budak besar (konon).
- Then it was VI hostel. Wow where should I start? You know what, I’m actually jammed here. Bila sebut pasal “hostel” je, zooooooom! Semua memory of my hostel life terus flash dalam otak, macam Chuck..terngiang bau milo 3 in 1, ice lemon tea 3 in 1..bunyi watercooler.. Ok 1 incident masa form3, my batch was called up by the senior. Diaorang tak puas hati kitaorang terawih dekat surau lain. Memanglah patut kena marah pun, tapi point dia marah tu kelakar sedikit. For info, surau yang kitaorang pergi teawih ,Surau Bab Al Jannah (telah dirobohkan dan sekarang dijadikan Masjid AlBukhary jalan Hang Tuah) kalau terawih memang dia baca lama. So senior ni marahlah kitaorang, “ Yang korang pergi surau tu buat apa, dahlah dia baca terawih panjang, kau tau tak? Aku sembahyang situ, aku boleh terbayang aku tengah main bola.ambil penalty kick…”..Haha.. abang senior, tak payahlah nak buka pekung di dada..sound pasal safety cukuplah..
- Time hostel juga menjadi sejarah aku berbuka dengan benda yang paling ntah apa-apa. Masa minggu yang sepatutnya balik, aku tak balik. Sebab kalau balik pun, parents aku takde (kat Bangkok). So staylah di hostel dengan member aku,Ody. Brader kantin plak pi merempit mana ntah, so kami pun pergilah ke Flat San Peng untuk berbuka. Nak mempercepatkan cerita, makcik tu masak lambat pulak. Berpegangkan saranan Nabi (konon), “..awalkan berbuka, lewatkan sahur..”, dengan keadaan tekak yang kering, kami pun mencapai sebatang Marlboro lights dan menyalakannya. Tak ingat kalau aku ada baca doa berbuka ke tidak..buduh..buduh
- Apa lagi ya?hmm yang lain, seronoknya puasa di Hostel adalah ketika mengejutkan adinda-adinda junior yang “tersayang” untuk sahur .Hahahaha kami mengejut mereka dengan penuh lemah lembut, santai dan dengan penuh cermat dan hormat. Hanya bisikan salam di telinga kanan mereka…hahahaha
- UiTM. First sem aku duduk Jati. Mana lagi nak berbuka? Seksyen 2 lah! Dulu kitaorang selalu lepak Bubbles. Bancau, milo serbuk apa ntah lagi air yang karut-karut tu. Makan nasi campur lauk reheat, nasi daging merah ekonomi dan lain-lain. Lepas pindah ke seksyen 9, banyaklah pasar ramadhan aku melawat. Seksyen 6,7,9,13.. Bila ada girlfriend, dating pulak kat restoran-restoran kat sekitar shah alam, padang jawa dan klang dan sehinggalah ke port tu. Tapi aku asyik teingat masa buka puasa di pasar Ramadhan di stadium. Macam buffet, Jalan, pilih, makan. Jalan, pilih, makan.
aku nak pi tido sat..bahasa covernya,Qailulah..hehe
No comments:
Post a Comment