Sunday 26 December 2010

Musim Lori Hantu

Seperti yang kita tahu, kes-kes jenayah di Malaysia ni bermusim. Bila musim rompak ATM, semua nak rompak ATM.. bila musim kes rogol bunuh, semua nak rogol bunuh..apa kejadahlah semua ni?! Sama pula ceritanya dengan kes kemalangan. Musim putus jari main mercun, ramai yang nak join mamat tu putus jari pasal mercun..musim kemalangan maut kereta dengan motor, ramai pemandu kereta tak nak ketinggalan, berlumba nak hantam motosikal.

kemalangan paling dasyat di Malaysia
Source: Harian Metro

Dua minggu ni sahaja, tidak termasuk kes kemalangan paling dasyat di Malaysia, sudah tiga kemalangan maut yang dilaporkan akbar mengenai kemalangan yang melibatkan 'Lori Hantu'. 'Lori Hantu' atau 'Lori Pasir' tergolong di dalam keluarga lori jenis 'lori berat' (6 gandar=7.5 tonnage - 50 tonnage).

1. 13 Disember 2010, KUALA LUMPUR: Niat murni seorang anak gadis untuk membelikan kereta kepada ibunya tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat digilis sebuah lori hingga separuh tubuhnya hancur.
utusan Sarawak

2. 18 Disember 2010, JITRA: “Saya terdengar jeritan remaja itu memanggil ‘mak’ sebaik terhumban daripada motosikalnya sebelum meninggal dunia digilis lori membawa muatan batu dari arah bertentangan.
Harian Metro

3. 24 Disember 2010, KOTA BHARU: Kegembiraan seorang pelajar memperoleh 4A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berakhir dalam suasana menyayat hati apabila dia dan ibunya maut selepas dirempuh lori pasir yang terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, semalam.
Berita Harian

So watch out people..Musim Lori Hantu telah tiba...Ingat tak iklan 90's dulu? "Berhati-hati, di jalan raya..."



No comments: