Friday, 23 January 2009

Tips untuk menjadi seorang Teman Lelaki yang Terbaik

Adakah anda seorang Boyfriend hebat? Jika anda rasa tidak, ini 5 tips untuk menjadikan anda seorang Boyfriend yang terbaik!

(Based on a recent event happened to a friend)

1. “Ibubapa mu, Ibubapa ku jua”
Dalam satu relationship, mendapat kepercayaan daripada ibu bapa GF adalah sungguh penting. Jangan silap! Memperkenalkan diri anda kepada Ibubapa GF tidak semestinya bermakna ia akan membawa sehingga ke jinjang pelamin (jika jadi bagus jugaklah). Mendapat KEPERCAYAAN dari mereka tu yang penting. Tindakan ini menunjukkan anda seorang yang bertanggungjawab, seorang yang menghormati orang tua serta boleh dipercayai. Jangan terkejut jikalau taktik ini berjaya, silap hari bulan kelurga GF anda akan lebih menyayangi anda daripada si GF ni. Masa tu, Green Light all the way lah!! Diingatkan, perjumpaan yang pertama itu adalah yang paling penting sekali. Buang sebentar baju Iron Maiden dengan jeans lusuh tu. Bermurahlah dengan senyuman. Jikalau perjumpaan kali pertama di rumah, pujilah sehabis-habisnya rumah itu. “Wah cantiklah kipas gergasi tu..”ataupun “Waaaaah!! Banyaknya piala kejohanan di rumah Pak cik ni!!”..

2. Create Alliance dengan Best Friend GF anda
Best Friend GF (BFGF) boleh jadi teman ataupun musuh paling ketat anda. Anda tidak akan percaya betapa kuatnya pengaruh BFGF dalam relationship. Segala cerita baik, buruk, topik bergaduh, apa yang anda buat semasa dating, 98% akan diceritakan kepada BFGF ini. Dan yang membahayakan, mereka ini mempunyai kuasa untuk menjatuhkan reputasi dan credibility anda and to the extend of breaking your relationship pun! Oleh itu, ambillah hati si BFGF itu juga. Buatlah satu alliance dengannya. Kawan mu, kawan ku juaaaa..Anyway bila keluar beramai-ramai pun takkan nak duduk senyap berkepit dengan GF anda. Serlahkan sifat lawak jenaka serta sifat gentleman anda di depan kawan-kawannya sehingga mereka jealous terhadap GF anda kerana mempunyai anda sebagai BF.

3. Jadikan diri anda Mobile Calender/Reminder
Perempuan (yang normal) mempunyai daya ingatan kepada tarikh yang sungguh kuat! Mungkin kerana mereka kerap menanda-nanda di kalender kecil di dalam purse mereka tu yang membuatkan mereka ini alert dengan tarikh dan hari. Daripada tarikh first time berjumpa, first time menonton wayang sehinggalah semasa first time menikmati makan malam bersama, semuanya akan di “Anniversary”- kan..tak kisahlah 6 months ke, 1st year ke or even 3 months ke…Walaupun susah bagi kita untuk menjadi sensitive sehingga tahap tu, tetapi cubalah. Kalau anda ingat satu tarikh “keramat” yang dia tak ingat, fuuuuuuh..andalah Raja!

4. Telinga adalah deria terpenting
Perempuan (yang normal juga) mempunyai pelbagai masalah hidup. Segala-galanya adalah masalah yang besar dalam hidup mereka! Termasuklah perubahan waktu rancangan Melodi dari pukul 2 ke 12 tengahari lah, Si Kiah tu beli kain tudung lagi murah dekat si Jah lah ataupun kucing orang sebelah, Si Comot suka curi ikan goreng lah..itu semua adalah masalah besar dan anda sebagai BF yang terbaik wajib mendengar dan memberi sedikit komen mengenainya. Walaupun macam mana remeh pun isu itu, ia adalah penting baginya. Oleh itu, Dengarlah rintihannya..dan bagilah sepatah dua kata untuk menyokong ceritanya seperti “ oh! Iyeke?”, “Laa tak patutlaaah macam tu!” dan “bunuh je kucing tu…”

5.“Gaji ku, Gaji mu juaaaaa”
Hmmmm…Wang bukan segala-galanya. Buat apa wang yang banyak tapi hati tidak gembira? Lebih bermakna melihat wang anda “dilaburkan” untuk “membahagiakan” orang lain….Senyuman ke telinga GF anda upon mendapat seutas batu permata dari anda adalah “priceless”..

uhuk! Terbatuk pulak…

5 comments:

Jay Ismail said...

bagus la ko ni mick...hahahahhaha

Jay Ismail said...

im so gonna rembat this and put it in my blog with link to ur place..hahaha

sharel said...

aku memang jejaka yang bagus...hehe
rembat lah..ilmu ni...heheh

ckay said...

huh.. gaji ku, gaji mu juaa.. uhuk!! kalau sekali sekala bleh la.. ayang no 2 & 3 (kereta & camera) pun nak gak merasa gajiku.. huahuahua.

sharel said...

haaa tu tak jadi teman lelaki "terbaik" lah tu! hehehe