Monday, 28 November 2011
Arcadia
Sunday, 27 November 2011
Organ Chords - Rocketeer- Far East Movement feat. Ryan Tedder
This is to all you organ geeks out there! My chords are a little bit rotten.. what the hell, enjoy!.. for melody, tempo and such, go figure!
Organ Chords - Rocketeer- Far East Movement feat. Ryan Tedder
First set
Second set
Cmaj9 Am9 Here we go, come with me
D/B Em DThere's a world out there that we should see
Cmaj9 Am9Take my hand, close your eyes
D/G Ebm/BWith you right here, I'm a rocketeer
and so on..
Thursday, 24 November 2011
Why can’t we be friends?
Kenapa anda semua sungguh sensitive bila kami panggil ‘Indon’? kami ambil nama ‘Indon’ dari nama negara anda =INDONesia. Sama seperti jenama anda INDO mee. Kenapa anda tidak protes pula penggunaan nama itu?
Semasa SEAGAMES 2011, kenapa anda melayan kami dengan buruk sekali? Kamu tidak menghormati langsung bendera kami, lagu negara kami, Raja, pemain, officials serta wartawan kami? Pemain bola kami terpaksa mengharungi puluh ribuan cercaan, kata-kata kesat, balingan batu dan botol. Atas dasar keselamatan, mereka terpaksa pulang menaiki kenderaan berperisai. Begitukah cara kamu melayan tetamu? Patutkah seorang tetamu yang bertandang ke rumah anda berperasaan takut? Bagaimana jikalau orang lain berbuat begitu kepada kamu? Pijak, ludah dan bakar bendera, baling najis ke kediaman duta.
Para Indon sekalian,
Sesetengah daripada kamu telah diperalatkan oleh sebilangan kecil pemimpin anda yang korup. Atas dasar sokongan politik dan keuntungan peribadi, ideologi membenci Malaysia ini telah mereka tanam kepada diri anda. Fikirlah. Apa yang kamu dapat daripada membenci kami?
Kita berjiran. Kita serumpun. Kita seagama.
Monday, 21 November 2011
DENGKI
- Percentage kecermelangan SPM,PMR UPSR sangat bagus tahun tu – Depa kata level diturunkan sebab nak pilihanraya – Melayu yang dengki kata Najib punya kerja
- Lari laju menang emas – Depa kata pakai steroid –Melayu dengki kata sapu minyak buku lali orang mati sepurnama
- Bila ambil gambar cantik – Depa kata edit photoshop – Melayu dengki kata “bolehlaa pakai camera mahaaaal”
- Bila kaya sedikit – Depa kata rasuah – Melayu dengki kata makan duit haram/riba/tikam nombor ekor
- Periksa dapat banyak A – Depa kata tiru/pakai toyol –Melayu yang dengki kata pakai jampi penawar
- Menang bola – Depa kata referee bayar – Melayu dengki kata pakai bomoh limau purut
- Pangkat naik, gaji naik – Depa kata kipas kuat – Melayu dengki kata bos kena santau/scandal dengan bos
- Bila Artis berubah pakai tudung – Depa kata cari publisiti murahan – Melayu dengki kata “sat ja niii”/mesti butik sponsor
Cukup-cukup lah tu... Bak kata ex-boss, Berbaik sangka lah selalu. Positive sikit..
p/s: Sharel, positive sikit..
Wednesday, 16 November 2011
Anas turns 9!!
Tuesday, 15 November 2011
Upgrade kenderaan anda dengan pelekat!
Ya! Kajian mendapati dengan hanya menampal pelekat, kelajuan kenderaan anda mampu meningkat sehingga 50 peratus tanpa penambahan bahan api! Berikut adalah configuration pelekat dan tahap peningkatan kelajuan untuk panduan anda:
1.‘IT Savvy’ – upgrade to 5HP
Wujud atau tidak, tampalkan sahaja alamat sesawang pada kenderaan anda agar ia mampu menunjukkan bahawa anda pernah menggunakan internet. Kalau anda terjumpa forum forum mengenai kenderaan anda di internet, copy, paste, print dan tampalkan sahaja di kenderaan anda! Jangan lupa tampal sekali bumper sticker syarikat MLM anda. Asalkan ada ‘www.’ InsyaAllah, 5 horse power untuk kenderaan anda!!
2. ‘G’Day Mate’ - upgrade to 5HP
Tunjukkan pada dunia bahawa anda pernah sampai ke dunia kangaroo! Walaupun ia hanya pemberian rakan yang baru pulang bercuti di sana, usah bimbang. Tampal, promosikan negara itu, dan kenderaan anda akan ditambah kelajuan sebanyak 5 hp! Menarik bukan?
3.‘Nandakore Ichiban’ - upgrade to 8 hp
Buang sahaja emblem proton dan perodua itu! Kereta anda adalah 100% dari Jepun!!! Jepun menghasilkan kenderaan terbaik di dunia!! Jangan beli kereta Eropah, Korea dan Malaysia! Banggalah dengan buatan Jepun! 8 hP!!! Tunggu apa lagi!!
4.‘WRC Freak’ - upgrade to 10HP
Anda tertengok iklan WRC di ASTRO dan anda tertarik dengannya? Tunggu apa lagi! Print nama anda bersama jalur gemilang ala driver WRC! 10 hp untuk semangat patriotik!
5.‘Tune kasi cun’ - upgrade to 9HP
Pedulikan tuner apa yang ‘sepatutnya’. Tampal sahaja sticker syarikat tuner yang jiran anda pernah sebut kepada kenderaan anda! Ralliart untuk Mitsubishi sahaja? Aaah!! Mengarut! Ralliart dan TRD untuk semua!!!
6. ‘Literate biatch’ – upgrade to 2 hp
Tunjukkan pada dunia yang anda adalah graduan Universiti dan pandai. Bonus jikalau anda adalah graduan dari overseas. Tak graduan pun, sticker universiti boleh dibeli di Ebay! Pedulikan apa yang orang akan berkata! Anda pandai membaca? Sudah tentu anda dari golongan cerdik pandai! 2hp baby!
7.‘Madah Cinta Kita’ – upgrade to 20hp
Tebalkan muka dengan luahan jiwang, cinta sejati nurani dengan menempel madah dan warkah cinta pada...oh man..this is shit..20 HP for that!!
Friday, 11 November 2011
Al-Fatihah Rasfan Fine Arts
My deepest sympathy and condolences to Allahyarham’s family and close friends, especially wife and his 2 months old child..
Chief, 29 is such a young age.. man...Allah knows best..
Al-Fatihah ..Thanks Rasfan
______________________________________________________________
JENAZAH... Jenazah diusung ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan.
KAJANG: Seorang pensyarah yang bercuti panjang di kampung bagi menyambut Aidiladha, ditemui mati berpelukan dengan ayahnya di dalam sebuah anak sungai berhampiran Sungai Langat di sini, petang semalam.
Rasfan, 29, serta Abu Kassim Manaf, 56, ditemui oleh seorang penduduk kampung yang datang ke sungai berkenaan untuk memancing kira-kira jam 2 petang.
Difahamkan, pada awalnya penduduk kampung terbabit mendapati sebuah penjana elektrik masih hidup di tebing sungai sedangkan tiada sesiapa di kawasan berdekatan.
Menurut penduduk yang enggan dikenali, lelaki berkenaan kemudian menutup suis penjana elektrik berkenaan sebelum kedua mayat mangsa tiba-tiba timbul dalam keadaan berpelukan.
“Berdasarkan penemuan dan keadaan mayat itu, ada kemungkinan mangsa terkena renjatan elektrik menyebabkan kedua-dua lemas. Lelaki berkenaan memaklumkan penduduk kampung sebelum menghubungi polis,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa hanya dikeluarkan daripada sungai berkenaan kira-kira jam 5 petang.
Allahyarham Rasfan yang baru mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, meninggalkan seorang balu serta bayi berusia dua bulan.
Penduduk itu berkata, Allahyarham bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Melaka dalam bidang seni reka dan sedang bercuti panjang sempena Aidiladha.
Menurutnya, Rasfan dikatakan beria-ria mengajak Abu Kassim untuk menangkap ikan di anak sungai itu kerana sehari sebelumnya, ayahnya menangkap banyak ikan menggunakan kaedah sama.
“Tidak sangka pula nyawa mereka dua beranak diragut di sungai berkenaan,” katanya.
Jenazah dua beranak itu disembahyangkan di Surau Taman Sri Indah, Balakong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10 di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.