Friday 11 November 2011

Al-Fatihah Rasfan Fine Arts

We were not that close, adalah chit-chat sikit. Tak rapat sangat pun, sempatlah aku melawak dengan dia..Will always remember him as our penghulu in Semester 1. He’s tall, quite serious, has his own style of humour and talented, ooh you should see his artworks..man..respect! bolehlah jatuh dalam kategori budak baik.

My deepest sympathy and condolences to Allahyarham’s family and close friends, especially wife and his 2 months old child..

Chief, 29 is such a young age.. man...Allah knows best..

Al-Fatihah ..Thanks Rasfan


______________________________________________________________

Pensyarah, ayah ditemui mati berpelukan

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JENAZAH... Jenazah diusung ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan.
JENAZAH... Jenazah diusung ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan.

KAJANG: Seorang pensyarah yang bercuti panjang di kampung bagi menyambut Aidiladha, ditemui mati berpelukan dengan ayahnya di dalam sebuah anak sungai berhampiran Sungai Langat di sini, petang semalam.

Rasfan, 29, serta Abu Kassim Manaf, 56, ditemui oleh seorang penduduk kampung yang datang ke sungai berkenaan untuk memancing kira-kira jam 2 petang.

Difahamkan, pada awalnya penduduk kampung terbabit mendapati sebuah penjana elektrik masih hidup di tebing sungai sedangkan tiada sesiapa di kawasan berdekatan.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, lelaki berkenaan kemudian menutup suis penjana elektrik berkenaan sebelum kedua mayat mangsa tiba-tiba timbul dalam keadaan berpelukan.


“Berdasarkan penemuan dan keadaan mayat itu, ada kemungkinan mangsa terkena renjatan elektrik menyebabkan kedua-dua lemas. Lelaki berkenaan memaklumkan penduduk kampung sebelum menghubungi polis,” katanya.


Menurutnya, kedua-dua mangsa hanya dikeluarkan daripada sungai berkenaan kira-kira jam 5 petang.

Allahyarham Rasfan yang baru mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, meninggalkan seorang balu serta bayi berusia dua bulan.

Penduduk itu berkata, Allahyarham bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Melaka dalam bidang seni reka dan sedang bercuti panjang sempena Aidiladha.

Menurutnya, Rasfan dikatakan beria-ria mengajak Abu Kassim untuk menangkap ikan di anak sungai itu kerana sehari sebelumnya, ayahnya menangkap banyak ikan menggunakan kaedah sama.

“Tidak sangka pula nyawa mereka dua beranak diragut di sungai berkenaan,” katanya.

Jenazah dua beranak itu disembahyangkan di Surau Taman Sri Indah, Balakong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10 di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.

1 comment:

Anonymous said...

he was my lecturer...sgt sedih sbb arwah adalah seorang yang slalu menasihatkan kami...