Tuesday 15 November 2011

Upgrade kenderaan anda dengan pelekat!

Tahukah anda bahawa kereta anda boleh laju dengan hanya menampal pelekat?
Ya! Kajian mendapati dengan hanya menampal pelekat, kelajuan kenderaan anda mampu meningkat sehingga 50 peratus tanpa penambahan bahan api! Berikut adalah configuration pelekat dan tahap peningkatan kelajuan untuk panduan anda:

1.‘IT Savvy’ – upgrade to 5HP

Wujud atau tidak, tampalkan sahaja alamat sesawang pada kenderaan anda agar ia mampu menunjukkan bahawa anda pernah menggunakan internet. Kalau anda terjumpa forum forum mengenai kenderaan anda di internet, copy, paste, print dan tampalkan sahaja di kenderaan anda! Jangan lupa tampal sekali bumper sticker syarikat MLM anda. Asalkan ada ‘www.’ InsyaAllah, 5 horse power untuk kenderaan anda!!

2. ‘G’Day Mate’ - upgrade to 5HP

Tunjukkan pada dunia bahawa anda pernah sampai ke dunia kangaroo! Walaupun ia hanya pemberian rakan yang baru pulang bercuti di sana, usah bimbang. Tampal, promosikan negara itu, dan kenderaan anda akan ditambah kelajuan sebanyak 5 hp! Menarik bukan?

3.‘Nandakore Ichiban’ - upgrade to 8 hp

Buang sahaja emblem proton dan perodua itu! Kereta anda adalah 100% dari Jepun!!! Jepun menghasilkan kenderaan terbaik di dunia!! Jangan beli kereta Eropah, Korea dan Malaysia! Banggalah dengan buatan Jepun! 8 hP!!! Tunggu apa lagi!!

4.‘WRC Freak’ - upgrade to 10HP

Anda tertengok iklan WRC di ASTRO dan anda tertarik dengannya? Tunggu apa lagi! Print nama anda bersama jalur gemilang ala driver WRC! 10 hp untuk semangat patriotik!

5.‘Tune kasi cun’ - upgrade to 9HP

Pedulikan tuner apa yang ‘sepatutnya’. Tampal sahaja sticker syarikat tuner yang jiran anda pernah sebut kepada kenderaan anda! Ralliart untuk Mitsubishi sahaja? Aaah!! Mengarut! Ralliart dan TRD untuk semua!!!

6. ‘Literate biatch’ – upgrade to 2 hp

Tunjukkan pada dunia yang anda adalah graduan Universiti dan pandai. Bonus jikalau anda adalah graduan dari overseas. Tak graduan pun, sticker universiti boleh dibeli di Ebay! Pedulikan apa yang orang akan berkata! Anda pandai membaca? Sudah tentu anda dari golongan cerdik pandai! 2hp baby!

7.‘Madah Cinta Kita’ – upgrade to 20hp

Tebalkan muka dengan luahan jiwang, cinta sejati nurani dengan menempel madah dan warkah cinta pada...oh man..this is shit..20 HP for that!!

3 comments:

Anonymous said...

Kau buat contoh kereta kancil... Aku kecik ati oooo hahahahaha....

Unknown said...

memang inspirasi dari kereta hang pun...hahaha

kancilku said...

terbukti..mnambahkan kelajuan