Wednesday 12 October 2011

Kisah Organ




Seingat aku, aku mula mengenali organ ketika umur 6 atau 7 tahun. Masih terngiang Ibu ku bertanya, “Adik nak belajar organ tak?” aku mengangguk setuju. Walaupun abang juga belajar bersama namun aku lebih serius menelaah nota dan barisan papan putih hitam kecil itu.

Bau bilik kelas yang kedap bunyi itu masih terngiang-ngiang di kepala.
Sesuai dengan umur ketika itu. pengajian bermula dalam suasana pendidikan berkonsepkan permainan dan ceria. Awalnya kami berkumpulan, kalau tidak silap, kurang dari 8 orang di dalam satu kelas dan semakin tinggi gred, semakin kurang rakan sekelas dan semakin tinggi yuran belajarnya.

Aku pernah menuntut dengan beberapa orang guru, namun guru yang segar di dalam ingatan adalah Ms. Suzy dan Mr. Timothy Ng. Ok, Ms. Suzy ni adalah jelmaan Boy George versi perempuan. Pakaian, solekkan dan rambut seakan Boy George! Kemudian setelah gred meningkat tinggi, Mr. Timothy Ng pula menjadi sifoo. Sifoo ini pula aku kategorikan di dalam kumpulan jejaka yuppy, sentiasa update pasal Italian fashion..dan mengajar aku (kononnya) the real pronouncation for Polo Ralph Lauren (which now i doubt it)..Skill? Sick! Jari dia macam terbang atas keyboard!

Level aku boleh tahan jugak tinggi masa ni. Test, competiom and shows..bolehlah dibanggakan. Namun, setelah Form 1, kami berpindah ke Damansara. Akibat beberapa permasalahan, aku berhenti belajar organ. Setelah berhenti, atas dasar minat, aku masih bermain organ namun ibubapa pula berpindah ke Bangkok, hilanglah organ dari pandangan dan tangan selama 9 tahun. Aku cuba lepaskan kerinduan aku terhadap Organ dengan membeli keyboard with ‘keyboard’ (Creative PC keyboard + musical keyboard) dan membeli pianica di kedai favourite aku dulu, Cash Convertor KJ. Tetapi masih tak sama perasaan dan feelnya. Setelah ibubapa kembali ke tanah air, organ kembali menjengah tetapi akibat kehilangannya selama beberapa tahun, kelancaran membaca nota itu sudah berkurangan, banyak chords yang telah aku lupa dan aku hanya dapat bermain menggunakan baki ilmu yang tinggal serta menggunakan nota ‘pendengaran’. Itupun dapat main sekali sekala sahaja..setiap kali aku pulang ke Seri Gombak, aku layanlah puas-puas!

Pada 2011, Alhamdulillah, terima kasih kepada Sime Darby (hehe) dan Mudah.com, organ telah kembali ke dunia ku. Kini aku telah memuatkan sebuah organ di bilik TV (bersama alatan musika lain, rhytm guitar, bass guitar, amps, pianica, mini-didgeridoo) . Selain dapat bermain range lagu dari Carpenters, Bruno Mars ke Far East Movement, kini aku mampu mendendangkan lagu untuk isteri dengan lagu-lagu pilihannya dan bermelodi bersama Umayr dengan lagu-lagu hitsnya, ABC, Twinkle Little Star, Timmy, Shaun the Sheep dan apa yang keluar di Disney Channel masa tu. Anas nampaknya mula menunjukkan minatnya ke arah muzik apabila beliau sering menekan dan menggigit-gigit pedal organ tu (heheh)

p/s: Alhamdulillah, HIT LIST no.2 tercapai!


2 comments:

amadzlan said...

to be honest, i hardly know any people that plays organ nowadays. probably in church kot. haha. gila rare ni!

Unknown said...

piano is so 'mainstream! plus, orang cool je main organ..hehe oh S'harin plays organ as well..dia dah level dewa