Sunday 31 October 2010

Sepuluh Hari

Setelah 10 hari menyambut ‘kemerdekaan’, hari ini adalah hari terakhir saya berstatus ‘jobless’. Apa yang telah saya buat selama 10 hari tersebut?

Jumaat 22/10 – Sepatutnya kami ke Hat Yai untuk meraikan status baru ini. Namun di atas sebab kesihatan Izza, kami membatalkannya dan ke Batu Feringghi pada sebelah petang. Memandangkan sudah lewat malam, kami mengambil langkah ‘adventurous’ dengan menyewa rumah tumpangan murah yang berharga RM50 semalam di Ocean Inn. Ia sebuah rumah kedai, yang diubahsuai menjadi hotel. Pengalaman yang sungguh menakjubkan, kami cukup teruja dengan kedaifan bilik tersebut, namun kondisi lebih berbaloi daripada membayar RM180 di Hotel D’Feringghi dahulu.


Sabtu 23/10 – Kami melepak di Gurney Plaza, makan tengah hari di restoran kegemaran kami, Chili’s dan mencuci mata di kedai-kedai. Kami pulang ke rumah setelah petang menjelma.

Ahad 24/10 – Izza bekerja dan saya di rumah, mencantas buluh dan rumput di laman.

Isnin 25/10 – Mengemas stor kemudian makan tengah hari bersama Izza, dan membeli baju kerja untuk Isnin depan. Baju kerja ini hanya akan digunakan untuk beberapa hari sahaja kerana tempat kerja baru ini juga mengenakan pakaian seragam. Telefon 'Customer Service' minta alihkan van yang tersadai lebih 3 bulan di kawasan rumah.


Selasa 26/10 – Seawal pukul 7 pagi saya mendaki Gunung Jerai dengan basikal Mountain Bike saya. Setelah 6 jam, akhirnya saya tiba di puncak, dalam keletihan tetapi puas saya berborak kecil dengan seorang pegawai askar, kemudian saya turun dengan purata kelajuan 50km/h, yang mengambil masa hanya 32 minit untuk tiba ke kaki gunung. Setelah membalas dendam dengan 2 gelas air bandung cincau, len chee kang dan mee hoon goreng basah yang tidak sedap, saya pun pulang ke rumah dan tidur.

Rabu 27/10 – Kesakitan lutut dan punggung, kesan daripada pendakian semalam.
Basuh, mengering dan melipat baju. Sempat membuat thesis sedikit. Melayan diri di Facebook dan menulis blog.

Khamis 28/10 – Menulis thesis secara serius. Sedikit gangguan nafsu untuk meng-facebook yang durjana. Membasuh dan menyidai baju. Memberi persoalan-persoalan dengan nada yang sinis kepada 'Customer Service' setelah mendapati van masih tersadai di atas jalan.

Jumaat – 29/10 – Izza cuti dan Umayr turut ada di rumah. Melayan keluarga di waktu pagi, maid datang untuk megemas rumah di sebelah petang. Akhirnya van tersebut dialihkan setelah membuat panggilan kepada supervisor.

Sabtu 30/10 – Izza bekerja namun Umayr ditinggalkan di dalam jagaan ayah yang cekal. Nasib baik Umayr tidak banyak ragam. Umayr bangun pukul 9 lebih, rasuah anak dengan ‘mamam’, kemudian dimandikan. Setelah susu diberi, pura-pura tidur supaya anak pun tidur, namun gagal, Umayr bermain seorang di atas katil setelah ayahnya tertidur selama sejam. Ayah terjaga setelah dikejutkan oleh sang anak pada pukul 12. Bermain sebentar, apabila mendapati Umayr mula nak meragam, susu disumbat dan Umayr tidur selama dua jam. Dalam kelaparan, si Ayah melantak segala apa yang ada di dalam peti sejuk. Setelah Umayr bangun, mereka ke Radix Fried Chicken drive-thru yang tidak sedap itu untuk menikmati makan tengah hari.


Ahad 31/10– Membuang masa dari pagi dengan Facebook dan menulis entri ini. Akan menggosok dan membasuh baju, kemudian memaksa diri untuk menyambung menulis Thesis. Doakan semoga saya berjaya.

Itulah Sepuluh Hari saya yang tidak mungkin saya mampu kecapi dan nikmati lagi setelah mula bekerja di tempat baru esok.









2 comments:

izza syahida said...

nnti b4 Ihm keluar kita gi trip lg k...nnti xtau la camne kita berempat!!

Unknown said...

haha takpa..nanti ada ODC..kita duduk dalam tu je..hehe