Wednesday 17 March 2010

6 Months Umayr

17 haribulan tiba lagi. Sekejap je..6 bulan dah Umayr di dalam hidup kami. Genap 6 bulan juga Izza dan aku bergelar ibu dan bapa. Perasaan? Kenikmatan yang sukar digambarkan. Ramai rakan bertanya, “ tak terbatas ke hidup kau sejak ada anak ni”? Memanglah hidup aku sekarang ni tidak sebebas dahulu. Dulu kalau nak keluar rumah pukul 2 pagi pun tidak ada masalah. Nak merewang pun tak perlu nak plan bersungguh-sungguh. Tapi macam mana ya nak explain benda ni? Walaupun aku tak “bebas”, aku tetap bahagia. Perasaan ini mungkin hanya akan timbul pabila seseorang itu melaluinya sendiri. Contohnya minggu lepas. Aku terpaksa bertugas di Kuantan dan Shah Alam dari Khamis sehingga Ahad. Malam pertama di Kuantan, peritnya hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Asyik-asyik teringat rumah..risau..rindu.. Dah la hari yang aku bertolak tu, sakit Umayr masih tak reda. Tengah makan malam di gerai, angin dingin sayup-sayup meniup, teringat akan kesiannya keluarga kepanasan di rumah. Kebetulan televisyen menyiarkan iklan lampin dan bayi-bayi comel, nak jadi cerita lagi, anak-anak kecil di meja makan jiran sebelah. Aduh..rindunya rumah! seingat aku, tidak pernah aku se-homesick seperti ini dan yang memeritkan, itu baru malam yang pertama!. Lantas aku cut-short work trip dan surprised Izza pada malam Sabtu, tidak tahan menaggung semalam lagi berjauhan dari mereka.

Bila dah ada anak ni, otak yang bengap ni barulah faham. Betapa kuatnya kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak. Zaman remaja aku banyak dihabiskan dalam keadaan keluarga duduk nun berjauhan. Jumpa pun di kala cuti sekolah dan bila-bila mereka pulang ke sini. Setiap kali di antara kami nak pulang, mesti mak aku menangis (even sekarang pun masih begitu). Dan aku mesti tease her, “ alaaa ni pun nak nangis ke..” Sekarang baru aku faham akan nilai tangisan itu. Kalau aku yang hanya berjauhan selama 3 malam ni pun dah gundah gulana, ini kan pula nak tinggalkan anak selama berbulan-bulan, worst, beribu-ribu batu jauhnya! Itu belum masuk bab pengorbanan lagi! Ya Allah bila fikir balik, sampai hati aku merengek-rengek nak toys dan baju yang beratus harganya. Dalam keadaan sesak tu, boleh lagi diaorang layan juga kemahuan aku. Sekarang baru sedar, di kala cuti sekolah kereta mak disewakan, ada satu masa tu lepas kerja kena rush balik buat catering..segala kesenangan dikorbankan untuk kami, hidup selesa. Bayangkan, di kala susah itu pun, kami tetap di bawa bercuti walaupun duduk di hotel murah. Subhanallah..Persoalannya di sini:

Mampukah aku jadi parent sehebat mereka?

Doakan..




Umayr,

You have brought joy and happiness to our life! Your first 6 months was indeed fun and at times a challenging one. Challenging because you’re our first child and everything about you is new to us. Please forgive us for all the “gruelling tests” that you have to endure. If you find that our ways and methods is a bit weird, just relax and keep in mind that Mom and I loves you and would not even leave a scratch mark on you . Bare with us.. seriously, we’re fast learners.

Looking forward to more fun filled experience of you in the next 6 months! Can’t wait to witness your very first steps and speak in a language that mom and I understand.


Have a happy 6th months old Umayr..

Love,

Dad..





11 comments:

twayblade said...

nanti umayr besar skit, dia mesti tercarik2 kalo ayah dia outstation. i know my son did that each time my husband is out for days. "ayah? ayah? yayah?" sambil buat muka confuse and tercarik2 satu rumah, blakang pintu, dlm bilik air. kesian jugak.

Unknown said...

alamak...kesiannya..aduh susahnya nak outstation lepas ni..

hafsha said...

dh 6 mths baby umayr..rasa mcm kejap je..i started folow ur blog pon rsnye a few mths b4 umayr lahir..rasa mcm baru je..how fast time fliesss..nnt untie hafsha err xnkla untie..nt kak hafsha belikan present bile umayr da sethn ye..hugs2 utk umayr

Unknown said...

tulah...sekejap je kan tok hafsha?? jgn lupa beli present untuk daddy sekali k..heh

kak hafsha said...

no tok tok ye daddy umayr..nnt jupe umayr nex time taula nk ajar dia pggil aku apa..hehehe

Unknown said...

baik tok..

izza syahida said...

happy 6 months old sayang!!

amadzlan said...

happy 6 months umayr!!

ohh,aku dah merasa siksaan tu masa di afghanistan last year. and when you finally get to call home and your daughter doesn't want to talk to you and wants to play instead. tangkap nangis!

Unknown said...

yang: sekejap je 6 bulan kan?

belle: alamak kalau aku sure sedih gila punya..nak balik awal, dekat Afghan lah pulak...

"aku perlu bersedia untuk menghadapi saat-saat begitu..baik!berusaha!" (sambil mengangguk sambil menggenggam tanda bersemengat)

Marliza Radzi said...

Umayr is one lucky baby to have you guys as his parents :)

p/s: wajah Umayr sangat Izza lah!

Unknown said...

Haha thank you..tulah ramai cakap macam Izza, but my mom kata macam muka aku masa baby..ntahla..