Thursday 31 December 2009

So long Zero Nine

2009 merupakan salah satu tahun yang sungguh hebat dan akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Walaupun terdapat unsur-unsur suspense di awal-awalannya, namun di akhir cherita, sang koboi tetap menungang kuda dengan megah kearah matahari terbenam. Jikalau 2008 aku banyak terlibat dengan side business (eh? Kena pulak dengan tahun 2008 tu.. 8 = prosper/wealth), 2009 ni aku family and friends oriented. Yang ni kena pulak dengan maksud 9 = “long-lasting”.

Di antara perkara-perkara “long-lasting” tahun ini adalah:

1.Rumah – 2009 merupakan tahun kami mendiami rumah kami! Setelah mendapat CF, kami terus mengemas barang dan pindah secara beransuran ke rumah ini. Sejurus grill dan tinted dipasang, lampu dan kipas dipasang dan rumah dibersihkan, kami berpindah secara official pada April 2009. Banyak lagi yang perlu di buat terutama sekali di bahagaian dapur, bilik TV, porch dan laman..tetapi perlu tunggu dan memerlukan sedikit kesabaran..InsyaAllah, ada duit, semua boleh jadi…bak kata pepatah, Money makes the world go round..Hehe




2.Reunion – Setelah bertungkus lumus selama 2 tahun, akhirnya kami berjaya organize our batch reunion. Kehadiran melebihi jangkaan dan renewal of friendship juga terjalin. Walaupun tak perfect, yang penting objective tercapai. Secara amnya ramai yang berpuas hati dengan majlis tersebut. Dengan kejayaan ini, aku telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan President batch yang telah aku pegang selama 2 tahun kepada individu yang lebih hebat. Ini adalah untuk memantapkan lagi foundation yang telah terbina dan semoga club ini akan terus active di masa hadapan. Selain reunion VI, baru-baru ini juga aku dihubungi semula oleh rakan-rakan dari sekolah rendah. Walaupun secara maya, tetap satu reunion juga. Terima kasih kepada internet..




3.Umayr - Perkara “long-lasting” yang paling penting di tahun 2009 adalah of course kelahiran Umayr Sharel pada 17 September 2009. Kami discovered ‘Uhm’ pada akhir bulan January, di mana Izza dengan penuh excited menunjukkan result pregnancy stick. Kami terus ke klinik untuk mendapatkan confirmation. Alhamdulillah Izza tidak menghadapi sebarang complication semasa mengandung (hanya muntah-muntah di awalan dan kurang selera makan). Birthday Uhm tiba awal 2 minggu (sepatutnya keesokkan harinya kami host majlis berbuka puasa di rumah) di kala kami keluar dengan niat utama untuk mencari pelita (raya). Secara otomatis, aku mendapat gelaran ‘ayahanda’ (bukan ayahanda 3 line ye) di tahun ini, gelaran dan tanggungjawab besar yang akan aku pikul sehingga ke akhir hayat. Nama yang telah kami persetujui dari awal tahun pun di beri, Umayr. Ejaan sebenarnya adalah Umair, tetapi masa tengah syok dengar khutbah Jumaat satu hari tu, tiba-tiba ejaan ‘Umayr’ terbayang difikiran. Lalu call Izza (selepas solat), dan termaktublah namanya dengan ejaan tersebut.




4.Career – Ini lebih kepada career wife tersayang tetapi terlibat juga dengan institusi unit keluarga kami. Wife officially mendapat MA pada tahun 2009 (siap pakai selimpang lagi..fuyoo) dan kini telah mula bertugas sebagai full lecturer. Kini tinggal aku dan Umayr je tak habis-habis lagi dengan thesis MA ni. Ish ish..




-oh! 2009 juga adalah tahun di mana aku telah mengakhiri penggunaan servis Maxis. Maxis telah bersama ku dari tahun 1997, masa itu phone pertama aku adalah Alcatel model One Touch Easy, register di Maxis Ampang, seingat aku sewa bulanan minimum adalah RM60 diikuti dengan penggunaan servis. So bulanan, sekurang-kurangnya seratus lebih perlu dibayar. Nasib baik aku ni bukan jenis suka bercakap dalam phone. Tak cakap banyak.. Setelah lebih 12 tahun Maxis menghubungkan aku dengan dunia luar, akhirnya aku tewas kepada service dan tawaran yang berganda murah daripada Digi. Maxis, terima kasih.

-2009 juga mencatatkan satu detik sejarah hidup di mana buat pertama kalinya rambut ku disimpan sehingga ke paras bahu. Aku berambut panjang ni atas kerana silent-protest kepada janji yang tidak dikotakan. Setelah janji ditunaikan, aku pun potong..elok-elok je lepas tu, Umayr pun tiba. Nasib baik…fuuh..

In a nutshell, we enjoyed 2009 so much! Thank you 2009. Thank you so very much!! You shall be remembered..


2010, brace yourself..

oh..happy new year people..

Wednesday 23 December 2009

What's up?

1. Last weekend was a full one! Awal Muharram fell on Friday, Saturday (normal holiday) and Izza cuti on Sunday (replacement for Awal Muharram) Yeay!

2. We received visitors on Friday and Saturday. First were Abe and his girlfriend,

Habsyah (correction) HAFSHA. Abe (Rizzy/Jambul/Static/Jali etc) was my course, class and housemate during uni. After graduation he joined R&D Motorola Penang. Recently he dropped the bomb and will be joining the government early next year. So that night, we took them out and belanja him a ‘farewell’ dinner at Hai Thien, Kuala Perlis. The next day, CK Niggaz and fiancĂ©e, Ira came over for a short visit. They were from Alor Star attending a kenduri. CK Niggaz was my VI, hostel and house mate (during Uni). Now resides in Kulim, engineer for Intel. Then I called Rosnan over, another VI friend, whom so-happen opened a phone shop in my neighbour hood to join the ‘brawl’.


3. Talk about old friends, thanks to FB, last weekend I was reconnected with my ex-classmates from SRKTSG.Haa ni banyak nak bercerita ni.. I think I should do an entry on this. Tungguuu..

4. Haha last Sunday we were so closed of buying a 42” Plasma TV for our TV room! But after putting a deeper thought into it, naah! Prefer to save the money for our trip in June. It was indeed another epic battle between ‘wants’ and ‘needs’. Penat wo..

5. After all the hype, comments and ratings from friends, finally I was able to pinjam and watch Afdlin’s Pappadom. So macam mana? Never disappointed with his work. Boria tu cool, script yang bersahaja juga cool, lakonan main actors and actresses juga cool..special credits to ‘Mia’ and Que, story simple tapi berjaya menjadi menarik. Editing juga ok, tak drag-gy, audio pun ok..tak macam filem lain yang sangat kantoi dubbing-nya..Congrats! A must watch.

6. Malaysia 1- Vietnam 0. Walaupun own goal, a goal is a goal. But frankly speaking, to me, Malaysia menang because of luck. I don’t think they played that well. Midfielders macam tak exist, forward’s finishing pun tak kemas..Yes they won, but hopefully janganlah besar kepala dengan satu kemenangan tu je. Maintaining a crown is harder than winning one. Jangan jadi macam skuad hoki Malaysia. Balik-balik player tu je sampai takde pelapis. I feel a bit more patriotic now. Do you agree if I say that sports develop patriotism? Especially when we’re at the winning side la..hehe

7. Oh! and Abang telah pulang ke tanah air yesterday from his 2 month training in Zhuhai. After fetching him from the airport, they took him to Kanna- Banana Leave rice!! Fooh! I wonder macam manalah rasanya selepas 2 bulan tak dapat teh tarik/nasi lemak/roti canai?? I asked him, “how were the kids? Ingat lagi ke?” (Hehe) He said, “of course Ingaaaaaat…Peluk tak nak lepas..” Then I told him the story about our neighbour. He’s in a shipping line and normally he will go out for 7-8 months straight and cuti for 3 months. Although the money is gooood, dia kata yang sedihnya bila dia balik, anak dia panggil dia ‘mama’.. His 2 year old son tak tau nak sebut ‘papa’.. Kesian kan?

8. Anyway the Sharels will be in KL over the weekend. It will be yet another tiring one because we have to cover everything within that short period. After this our next trip would be Chinese New Year. Gong xi, gong xi, gong xi ni yaaaa!

9. Oh! Umayr seems to living up to his name lah.. ‘Advance’. We have just bought him a teether(that's 1), not only that, now dia dah sort-of pandai suap the teether tu sendiri! Baru 3 bulan! And the other day we thought him to sit by himself..haha! kejam betul la mak bapak ni…



Thursday 17 December 2009

Umayr is 3!!! ..months la..




Umayr..

Thank you for

  • the senyuman yang sengaja/tidak sengaja
  • kentut yang busuk sehingga buat daddy and mommy nak pengsan
  • tangisan yang kuat sehingga buat kami panic nak meneka Umayr nak tidur ke, tengah lapar ke atau tengah kepanasan ke,
  • dah mula poo poo regularly..dan setiap kali Umayr poo poo, kami jumped with joy!
  • buat daddy and mommy quarrel over what's best and whats not for you..


thank you kerna menceriakan hidup kami..

Wednesday 16 December 2009

Envy VS Jealousy


Put aside all the brainy definitions, to me, 'Envy' and 'Jealousy' is the same thing. ‘Envy’ is just a made-up word to make ‘jealousy’ looks good. Although both refer to negative thoughts, ‘envy’ seems to have a slight positive element; it inspires to improve whereas ‘jealousy’ has a tendency towards destruction.


I envy friends (same age) that have ‘made’ it in life. ‘Made’ here meaning:

1. they’re drawing more than me

2. they have all the time in the world to do whatever they like ( worst-being paid just to do that)

3. Owning my dream car or any luxury car (damn!)

4. Able to jet set around the world with ease

5. The ‘Braves’ – resign from a stable job and set up own business (and earning more than before! cis!)


2009 is drawing to an end and I think there is still time to look around and question ourselves about the future. Do we still want to stay in our comfort zone and remain envious of others? Or be adventurous, venture into new line of business and stretch ourselves to the limits!?

Please give me the strength…

"It is never too late to be who you might have been."--George Eliot

Tuesday 15 December 2009

Hadiah Perkahwinan yang ideal

Tahun 2009 diakhiri dengan musim mengawan yang hebat! Ketepikan sebentar jemputan kahwin yang diterima dari saudara mara. Jemputan dari sahabat handai, jiran-jiran, anak bos.. lihat jelah tiang-tiang lampu dan penanda arah jalan! Penuh dengan kad-kad dan bunga manggar yang berkilau-kilau di jalan raya.

Disebalik kepayahan golongan penjemput membuat persiapan untuk meraikan penghulu pelamin, golongan yang dijemput juga tidak terlepas daripada menghadapi dilema yang menusuk jiwa.

Hadiah kahwin apa aku nak bagi kat dia ni???? Itu persoalan yang selalu difikirkan bila nak menghadiri kenduri kahwin.

Sebelum kita membuat pilihan hadiah untuk si pengantin baru ni, fahami ini dahulu:

1. Sedekah itu merupakan ibadah. Apalah salahnya kita memberi sumbangan sedikit..bukannya orang asing pun..Teman/saudara/best friend kita juga. Dapatlah juga pahala sikit..

2. Memanglah kehadiran kita ini untuk meraikan dan memeriahkan majlis tersebut. Takkanlah datang kosong je. Beribu dah dia habis untuk menyaji kita makanan yang sedap-sedap.

Hadiah yang cantik dan yang paling dihargai adalah hadiah yang mampu menolong pengantin baru memenuhi keperluan asas hidup baru mereka.

Apakah hadiah keperluan asas ini? Kerana skopnya terlalu luas, hamba kan kecilkan kepada harga hadiah di bawah RM100.00.



1. Wang
Hadiah yang paling ideal. Banyak membantu terutama sekali dalam membayar hutang photographer, katering, duit pinjaman pak mertua/ayah, abang make up artist, belanja honeymoon dan lain-lain lagi. RM10 ka, RM 20 ka, RM 50 ka, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Ikutlah kemampuan kita nak bersedekah.


2. Perkakas rumah
Ini untuk menolong memenuhi rumah baru mereka. Prioritize perkakas rumah mengikut keperluan dan kemudiannya kemahuan.

Perkakas keperluan (below RM100) – Rice cooker, iron, kipas angin, pinggan mangkuk, gelas, sudu garfu, bantal, kain cadar, cermin, set sabun

Perkakas kemahuan (below RM100) – radio, pembakar roti, waffle/sandwich maker, vase, pokok bunga, lesung batu, rumput karpet,


3. ‘Handcuffs’
Hahah ini keperluan juga. Satu perkara yang taboo dalam masyarakat kita. Jangan memandang serong terhadap hadiah-hadiah pemangkin ‘sayang menyayang’ ni. Hadiah ini mampu menolong dalam kesejahteraan, keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan. Para ayahanda pun sure happy bila mendapat cucu. Hadiah adalah seperti Handcuff, lingerie, Permata yang Hilang dan lain-lain lagi lah..

Ada lagi tak?

Wednesday 9 December 2009

Wide Open Space

Oh boy! this song brought me back to form 4-5! hostelite..teringat recordable walkman Aiwa and my headphone besar gila tu!.

1999
Pukul 2 pagi, dorm yang gelap diterangi hanya garis-garisan cahaya lampu kalimantang koridor, sayup-sayup kedengaran bunyi 2-3 buah kereta menyusuri jalan Hang Tuah, member-member yang lain dah mula berdengkur, yang group syok borak awal tadi pun dah mula senyap..hanya tinggal aku seorang je terbaring mengelamun di katil single bed mengadap kipas yang berpusing no. 5. 'Kiuk kiuk kiuk' bunyi katil besi dari bilik sebelah. Dari tadi aku cuba nak lelap mata tapi 'ish!'tak dapat-dapat lagi ni.

Ku tarik selimut nipis ke badan, sarung headphone ke telinga, capai walkman dari drawer almari sebelah katil..

'click'...

play...

pejam ...

Mansun - Wide Open Space




I'm in a wide open space, I'm standing

I'm all alone and staring into space
It's always quiet thru' my ceiling
The roof comes in and crashes in a daze

I'm in a wide open space, it's freezing
You'll never get to heaven with a smile on your face from me
I'm in a wide open space, I'm staring
There's something quite bizarre I cannot see

I'm on the top of a hill, I'm lonely
There's someone here to shout to miles away
I could be back in my house, for I care
They do not hear me, it's the same old case

I'm in a wide open space, it's freezing
You'll never get to heaven with a smile on your face from me
I'm in a wide open space, I'm staring
There's something quite bizarre I cannot see

Wide open space, I'm standing
I'm all alone and staring into space
It's always quiet thru' my ceiling
The roof comes in and crashes in a daze

I'm in a wide open space, it's freezing
You'll never get to heaven with a smile on your face from me
I'm in a wide open space, I'm staring
There's something quite bizarre I cannot see

I'm in a wide open space, it's freezing
You'll never get to heaven with a smile on your face from me
I'm in a wide open space, I'm staring
There's something quite bizarre I cannot see

Tuesday 8 December 2009

Soalan Cepu Perak



Selama cuti seminggu di KL minggu lepas, ramai bertanya


1. Bila nak balik kerja di KL?
2. Anak siapa yang jaga nanti?
3. Bila lagi nak balik bercuti?
4. Dah 5 tahun dengan syarikat? Nak ke mana pula lepas ni?
5. Bila nak ‘second’ one?

Banyak lagi soalan-soalan lain, tapi aku jawab soalan yang 5 ni dahulu lah.

1. Bila nak balik kerja di KL?
Ini soalan popular. Macam nilah, KL memang ‘kampung’ ku dan segala-galanya memang ada di KL terutamanya sahabat handai dan keluarga tercinta. Siapa yang tidak mahu pulang ke pangkuan mereka? Jawapan terhebat yang mampu aku beri pun ialah, tengoklah macam mana rezeki kami sekeluarga. Kalau telah ditentukan untuk pulang, pulanglah kami. Macam mana rumah? Rumah bukan seperti kereta. Kalau beli kereta, bulan depannya harga jatuh 10 ribu. Beli rumah, tak sempat nak pindah masuk, dah naik pula 10 ribu (InsyaAllah..). Rumah bukan masalah. Setakat ni, kami masih jauh dari memikirkan untuk kembali ke KL.

2. Anak siapa yang jaga nanti?
Juga popular. Kami menghantar anak kami ke rumah pengasuh pada siang hari. Nama makcik tu Badariah, sama seperti nama Allahyarham mak ngah aku. Nampaknya tak lari nama Badariah dari keluarga aku.

3. Bila lagi nak balik bercuti?
Sepupu aku Adam Izuddin nak bertunang pada 19hb, Leilani akan menyambut harijadinya pada 20 hb dan emak pula macam nak buat tahlil pada akhir bulan. Jawapannya kami tak pasti lagi nak pulang bila. Tunggulah kemasukkan gaji setelah banyak dihabiskan di IKEA tempoh hari.

4. Dah 5 tahun dengan syarikat? Nak ke mana pula lepas ni?
Aku ni seorang yang loyal. Panggillah hamba ni Hang Tuah pun tidak mengapa. Aku ni mudah adapt dengan environment dan itu adalah masalah yang besar bagiku. Alhamdulillah selama 5 tahun sebagai pereka ni, pelbagai ilmu dan pengalaman telah aku pelajari. Tidak salah untuk terus berkhidmat dan tidak salah juga jikalau nak mengembangkan lagi ilmu di tempat lain. Aku berserah kepada takdir untuk menentukannya. Nak ke mana? Tak tahu lah.

5. Bila nak ‘second’ one?
Aku assume soalan ini untuk anak yang kedua. Dan sungguh jauh jauh jauh sekali dari maksud bini kedua (hehe). Semua orang boleh merancang, lagi sekali, jikalau telah ditakdirkan rezeki itu, why not?

“Tak jawab lagi ni.”
. Oklah..kalau boleh kami nak enjoy sepuas-puasnya melihat Umayr membesar. Kalau Umayr pula dah boring, bolehlah kita ‘tolong’ dia bagi adik..hahaha InsyaAllah..