Thursday, 31 December 2009

So long Zero Nine

2009 merupakan salah satu tahun yang sungguh hebat dan akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Walaupun terdapat unsur-unsur suspense di awal-awalannya, namun di akhir cherita, sang koboi tetap menungang kuda dengan megah kearah matahari terbenam. Jikalau 2008 aku banyak terlibat dengan side business (eh? Kena pulak dengan tahun 2008 tu.. 8 = prosper/wealth), 2009 ni aku family and friends oriented. Yang ni kena pulak dengan maksud 9 = “long-lasting”.

Di antara perkara-perkara “long-lasting” tahun ini adalah:

1.Rumah – 2009 merupakan tahun kami mendiami rumah kami! Setelah mendapat CF, kami terus mengemas barang dan pindah secara beransuran ke rumah ini. Sejurus grill dan tinted dipasang, lampu dan kipas dipasang dan rumah dibersihkan, kami berpindah secara official pada April 2009. Banyak lagi yang perlu di buat terutama sekali di bahagaian dapur, bilik TV, porch dan laman..tetapi perlu tunggu dan memerlukan sedikit kesabaran..InsyaAllah, ada duit, semua boleh jadi…bak kata pepatah, Money makes the world go round..Hehe




2.Reunion – Setelah bertungkus lumus selama 2 tahun, akhirnya kami berjaya organize our batch reunion. Kehadiran melebihi jangkaan dan renewal of friendship juga terjalin. Walaupun tak perfect, yang penting objective tercapai. Secara amnya ramai yang berpuas hati dengan majlis tersebut. Dengan kejayaan ini, aku telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan President batch yang telah aku pegang selama 2 tahun kepada individu yang lebih hebat. Ini adalah untuk memantapkan lagi foundation yang telah terbina dan semoga club ini akan terus active di masa hadapan. Selain reunion VI, baru-baru ini juga aku dihubungi semula oleh rakan-rakan dari sekolah rendah. Walaupun secara maya, tetap satu reunion juga. Terima kasih kepada internet..




3.Umayr - Perkara “long-lasting” yang paling penting di tahun 2009 adalah of course kelahiran Umayr Sharel pada 17 September 2009. Kami discovered ‘Uhm’ pada akhir bulan January, di mana Izza dengan penuh excited menunjukkan result pregnancy stick. Kami terus ke klinik untuk mendapatkan confirmation. Alhamdulillah Izza tidak menghadapi sebarang complication semasa mengandung (hanya muntah-muntah di awalan dan kurang selera makan). Birthday Uhm tiba awal 2 minggu (sepatutnya keesokkan harinya kami host majlis berbuka puasa di rumah) di kala kami keluar dengan niat utama untuk mencari pelita (raya). Secara otomatis, aku mendapat gelaran ‘ayahanda’ (bukan ayahanda 3 line ye) di tahun ini, gelaran dan tanggungjawab besar yang akan aku pikul sehingga ke akhir hayat. Nama yang telah kami persetujui dari awal tahun pun di beri, Umayr. Ejaan sebenarnya adalah Umair, tetapi masa tengah syok dengar khutbah Jumaat satu hari tu, tiba-tiba ejaan ‘Umayr’ terbayang difikiran. Lalu call Izza (selepas solat), dan termaktublah namanya dengan ejaan tersebut.




4.Career – Ini lebih kepada career wife tersayang tetapi terlibat juga dengan institusi unit keluarga kami. Wife officially mendapat MA pada tahun 2009 (siap pakai selimpang lagi..fuyoo) dan kini telah mula bertugas sebagai full lecturer. Kini tinggal aku dan Umayr je tak habis-habis lagi dengan thesis MA ni. Ish ish..




-oh! 2009 juga adalah tahun di mana aku telah mengakhiri penggunaan servis Maxis. Maxis telah bersama ku dari tahun 1997, masa itu phone pertama aku adalah Alcatel model One Touch Easy, register di Maxis Ampang, seingat aku sewa bulanan minimum adalah RM60 diikuti dengan penggunaan servis. So bulanan, sekurang-kurangnya seratus lebih perlu dibayar. Nasib baik aku ni bukan jenis suka bercakap dalam phone. Tak cakap banyak.. Setelah lebih 12 tahun Maxis menghubungkan aku dengan dunia luar, akhirnya aku tewas kepada service dan tawaran yang berganda murah daripada Digi. Maxis, terima kasih.

-2009 juga mencatatkan satu detik sejarah hidup di mana buat pertama kalinya rambut ku disimpan sehingga ke paras bahu. Aku berambut panjang ni atas kerana silent-protest kepada janji yang tidak dikotakan. Setelah janji ditunaikan, aku pun potong..elok-elok je lepas tu, Umayr pun tiba. Nasib baik…fuuh..

In a nutshell, we enjoyed 2009 so much! Thank you 2009. Thank you so very much!! You shall be remembered..


2010, brace yourself..

oh..happy new year people..

4 comments:

Jay Ismail said...

" hello...tupaicute ada? "


hhahahahaha..itu lah citer yang aku tetap akan ingat sampai bile2....

Unknown said...

classic!..hehe comel la geg tu

izza syahida said...

tentiu 2009!!!! tentiu hubby!! =D

Anonymous said...

Oh, That´s a very nice blog. Keep doing!
If you want, you can visit my blog.

Happy new year!