Tuesday, 15 December 2009

Hadiah Perkahwinan yang ideal

Tahun 2009 diakhiri dengan musim mengawan yang hebat! Ketepikan sebentar jemputan kahwin yang diterima dari saudara mara. Jemputan dari sahabat handai, jiran-jiran, anak bos.. lihat jelah tiang-tiang lampu dan penanda arah jalan! Penuh dengan kad-kad dan bunga manggar yang berkilau-kilau di jalan raya.

Disebalik kepayahan golongan penjemput membuat persiapan untuk meraikan penghulu pelamin, golongan yang dijemput juga tidak terlepas daripada menghadapi dilema yang menusuk jiwa.

Hadiah kahwin apa aku nak bagi kat dia ni???? Itu persoalan yang selalu difikirkan bila nak menghadiri kenduri kahwin.

Sebelum kita membuat pilihan hadiah untuk si pengantin baru ni, fahami ini dahulu:

1. Sedekah itu merupakan ibadah. Apalah salahnya kita memberi sumbangan sedikit..bukannya orang asing pun..Teman/saudara/best friend kita juga. Dapatlah juga pahala sikit..

2. Memanglah kehadiran kita ini untuk meraikan dan memeriahkan majlis tersebut. Takkanlah datang kosong je. Beribu dah dia habis untuk menyaji kita makanan yang sedap-sedap.

Hadiah yang cantik dan yang paling dihargai adalah hadiah yang mampu menolong pengantin baru memenuhi keperluan asas hidup baru mereka.

Apakah hadiah keperluan asas ini? Kerana skopnya terlalu luas, hamba kan kecilkan kepada harga hadiah di bawah RM100.00.



1. Wang
Hadiah yang paling ideal. Banyak membantu terutama sekali dalam membayar hutang photographer, katering, duit pinjaman pak mertua/ayah, abang make up artist, belanja honeymoon dan lain-lain lagi. RM10 ka, RM 20 ka, RM 50 ka, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Ikutlah kemampuan kita nak bersedekah.


2. Perkakas rumah
Ini untuk menolong memenuhi rumah baru mereka. Prioritize perkakas rumah mengikut keperluan dan kemudiannya kemahuan.

Perkakas keperluan (below RM100) – Rice cooker, iron, kipas angin, pinggan mangkuk, gelas, sudu garfu, bantal, kain cadar, cermin, set sabun

Perkakas kemahuan (below RM100) – radio, pembakar roti, waffle/sandwich maker, vase, pokok bunga, lesung batu, rumput karpet,


3. ‘Handcuffs’
Hahah ini keperluan juga. Satu perkara yang taboo dalam masyarakat kita. Jangan memandang serong terhadap hadiah-hadiah pemangkin ‘sayang menyayang’ ni. Hadiah ini mampu menolong dalam kesejahteraan, keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan. Para ayahanda pun sure happy bila mendapat cucu. Hadiah adalah seperti Handcuff, lingerie, Permata yang Hilang dan lain-lain lagi lah..

Ada lagi tak?

6 comments:

Marliza Radzi said...

Kah kah. Bukankah Permata Yang Hilang sudah tiada di pasaran selepas rampasan secara besar-besaran? Siapa ada, boleh jual di E-Bay, pasti untung. Haha.

Unknown said...

ye ke? buku tu dijual masa kami pi kursus kahwin di S.petani..

ada siapa-siapa nak copy? heheh knowledge ni..

Anonymous said...

siap handcuff tu!!!

Unknown said...

manusia ni creative..handcuff ni dalam golongan yang baik-baik je ni..hehe

Jay Ismail said...

tv plasma 42 inci? gundam perfect grade ke..hahahaha

Unknown said...

hahaha!!aku sokong! kalau lagu tu, kena buat kawan dengan multi-millionaire la!!

5 series please...is that too much? oklah..Caldina pun tidak mengapa..