Setiap kali aku melayan anakku, mesti aku akan teringat akan arwah atuk ku. Sedikit pengenalan mengenai atuk setakat yang aku ingat dan kenal. Hj. Sulaiman Bin Ismail. Lebih dikenali dengan nama Cikgu Sulaiman. Merupakan salah seorang ahli Force 136 (kalau tak silap gambarnya ada dalam buku sejarah tingkatan 3). Daripada cerita-cerita yang aku dengar daripada keluarga dan orang-orang kampung, arwah atuk ni seorang yang berani dan tegas. Kisah dikepung tentera Jepun, menyelamatkan Sultan Pahang, berjuang bersama Tun Razak dan macam-macam lagi cerita-cerita zaman muda beliau yang hebat diceritakan kepada ku.
Namun yang sedihnya, aku hanya mampu meningati Atuk di kala hidupnya yang sedang kesakitan. Atuk yang ku kenali bukan Atuk ku yang sebenarnya. Atuk mengidap penyakit dalam bahasa cantiknya, Alzheimer.
Si bijak pandai berkata, Kitaran Hidup (Circle of Life). Penyakit Alzheimer yang Atuk hidapi ini telah mengubah Atuk seperti seorang bayi. Beberapa persamaan yang mampu aku kenal pasti di antara Atuk dan pengalaman bersama Umayr adalah:
1. Kain putih – Lahir dan mati kita di dalam kain yang berwarna sama
2. Lampin – Atuk juga dahulu terpaksa menggunakannya
3. Makan dan minum bersuap – Beberapa bulan terakhir, kami menyuapnya
4. Perlu dimandikan setiap hari – Atuk tidak mampu untuk melakukannya sendiri
5. Perlu dijaga dan diawasi selalu – Takut terjatuh, cedera dan sebagainya
6. Perlu ditukarkan posisi tidur – Untuk mengelak ‘bed sores’
Kadang-kala bila aku melihat Umayr, terdetik persoalan di hati ..”apa pula yang akan terjadi pada aku di kemudian hari?”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mick, i had the same thoughts years ago when i had suriani. we took care of our sick grandmother a few months before she died. makan, minum, sakit, mandi dia. sekarang ni aku pun lebih sensitif bila teringatkan nenek aku, cepat je nak menangis :(
tulaah..walaupun atuk aku meninggal masa aku form 1, somehow lately ni aku asyik teringat kat dia je..hmmm..
Post a Comment