Wednesday, 5 August 2009

Mak Ngah



3/8/2009
5:21 PM
Mom’s text


“Mak ngah had a heart attack. Dad on way 2 t hosp..”


Mak ngah saya, merupakan mak cik yang kedua tua daripada 13 makcik dan pakcik saya. Iya, zaman tu tiada Astro untuk “menganggu” kehidupan suami isteri di waktu malam. Berbalik kepada mak ngah saya ni, di dalam keluarga saya, siapa yang tidak pernah dijaganya? Semua pernah merasa suapan makanannya. Termasuklah saya dan sekutu pupu-pupu serta beberapa anak-anak buah saya.


3/8/2009
5:31 PM
Mak Zie called


“Dik, tolong minta budak-budak tahfiz tu sembahyang hajat dan baca yaasiin untuk Mak Ngah..Mak Ngah tengah agak critical lah..”


Aku rasa selama aku hidup ni, tak pernah aku jumpa suami Mak Ngah. Dengarnya dah divorced lama dah. Mak Ngah survived with her 2 daughters, Kak Illin and Kak Ana. Alhamdulillah Mak Ngah telah dikurniakan dengan 8 cucu! I tell you, Mak Ngah ni sungguh-sungguh sayang dan bangga dengan cucu-cucu dia! Apa-apa dia buat, mesti dia ingat cucu-cucu dia. Kalau baby ni boleh buat ni, dia akan cakap cucu dia pun boleh buat juga..pendek kata, Mak Ngah ni memang sayanglah cucu-cucu dia ni…

3/8/2009
5:45 PM
Rassul called


“Bai, hp ustaz Tahfiz tu out of order lah pulak.. macam nilah kalau tak dapat depa tu, hang buat kita-kita pun cukuplah..panggil geng-geng jiran…”



3/8/2009
6:45 PM
Called Bad


“ ..so nanti kalau tak keberatan, mai lah dalam pukul 9, tak ramai kot, kita-kita je.."

Memori awal saya terhadap Mak Ngah ni masa dia duduk di rumah flat Jalan Kuching lagi. Kalau tidak silap, sebelum saya mengenali uniform, saya pernah diasuh olah Mak Ngah. Mak Ngah dulu jual Ais-Cream potong sepuluh sen. Asam boi, Milo, Jagung..Bila petang je adalah budak-budak yang main kat padang depan tu panggil..”mak ciiiiik, maaak ciiiik..” Dari situlah aku belajar sikit-sikit pasal enterprising.


3/8/2009
7:27 PM
Amrul called


“Sharel, kau tau dah? Mak Ngah…”

3/8/2009
7:29 PM
Mom’s text


“Mak ngah juz passed away. will be sent to mak zie’s house”


3/8/2009
7:50 PM
Nan called


“Sorry Bro, aku call Transnasional tak dak orang angkatlah..i’ll forward the number, you call..?”


3/8/2009
9:31 PM
Ayang text


“Dah kat umah ayn, ni nak g mkn jap..”


3/8/2009
11:03 PM
Text Ayang


“Blum lagi..bus sampai dah”


4/8/2009
4: 13 AM
Text Abang


“Rawang!”

-----------------------------------------------------

Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk Mak Ngah saya, Hajah Badariah Binti Hj. Sulaiman.
Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang dikasihi dan disayangi Nya.

Al-Fatihah..

5 comments:

Jay Ismail said...

al-fatihah.moga rohnya diletakkan dikalangan orang2 beriman...be strong mick.

sharel said...

thanks beb..

amadzlan said...

takziah untuk miki dan sekeluarga.

sharel said...

thanks belle

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....