Monday, 17 August 2009

Kalau ditangkap tidak berpuasa

Ramadhan kembali..

Bila Ramadhan tiba, mesti dalam majalah-majalah lawak kita macam GILA-GILA, UJANG dan sewaktu dengannya (ada lagi ke orang baca majalah-majalah ni?) buat lawak pasal orang yang kantoi tak berpuasa. Dan setiap kali mesti ada berita dalam surat khabar (especially akhbat-akhbar melayu) melaporkan mengenai penangkapan orang islam yang suka hati pakcik dia je makan di khalyak ramai.

Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 (EJSS 2003) memperuntukkan: “Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu. Dan mana-mana orang yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya adalah dianggap melakukan kesalahan.”

Jika disabitkan, pelakunya boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Sumber: PGSM

Pada pendapat saya, kena sumbat dalam van jenazah, denda RM1000 atau penjara 6 bulan ni tak cukup untuk menginsafkan pesalah. Mari saya membuat sedikit cadangan. InsyaAllah mampu menginsafkan dan lebih memberi pengajaran kepada pesalah dan yang akan membuat salah.

Denda RM1000 atau atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama serta:

Cadangan Pertama-


Gantung Placard selama 4 jam sehari selama seminggu di 3 lokasi. Lokasi pertama- di pintu pagar sekolah rendah, lokasi kedua-tawaf selama 4 jam, keliling rumah ibubapa pesalah, lokasi ketiga- bergilir-gilir di antara berdiri di luar rumah dan di taman permainan berdekatan dengan rumah.

Atau

Cadangan Kedua-


Muka pesalah akan dipaparkan di muka depan surat khabar di Malaysia dan berita-berita TV perdana akan menyediakan slot khas untuk “memperkenalkan” pesalah-pesala:-nama, ic, kesalahan, makanan dan minuman kegemaran, hobi, pekerjaan dan cita-cita serta influence of music.


Atau siapa-siapa ada cadangan lagi bernas??

Perhatian: Segala nama, nombor, alamat, gambar adalah rekaan semata-semata. Kalau terkena, jangan ambil hati.

2 comments:

Marliza Radzi said...

kah kah! good ideas! tapi yang 2nd one lebih senang nak executed. pi tulis kat dalam paper pi, bagi cadangan.

sharel said...

tulah aku pun rasa 2nd one lebih "realistic"..

hantar cadangan by sms lah..haha