Friday, 14 August 2009

Lesson 1: Cara nak menggunakan tandas awam Malaysia


1. Apabila anda mula terasa ingin membuang air kecil, pastikan duit syiling sekurang-kurangnya 1 unit sepuluh sen dan 2 unit syiling 20 sen Malaysia berada di dalam kocek anda. Jikalau tiada, segeralah ke kedai mamak jual majalah dan pecahkan wang “besar” anda dengan membeli gula-gula Hacks sepuluh sen. Sebelum bergegas ke tandas, pastikan baki pulangan itu betul. Semaklah dengan tenang sekurang-kurangnya tiga kali. Apabila anda pasti ia betul, sedekahkanlah senyuman kepada pekerja tersebut. Jangan lupa untuk melambaikan tangan selembut kain batik yang ditiup bayu laut ala video clip “rambu, rambu rambaaaaa~” semasa beredar.

2. Setibanya anda di meja “Mam besar” di depan tandas itu, sekali lagi, cuba elakkan ekspressi kenyit-kenyit mata dan muncung-muncung tanda pedih “menahan” usus yang sedang memulas-mulas. Senyumlah semanis-manis senyuman kepadanya. Tanyakanlah khabar beliau..”Akak sihat ka?”, atau “Hujan lebat ye hari ni kak..”. Mereka juga insan yang bernama manusia seperti kita jua.

3. Dengan penuh kesopanan, letakkanlah duit “tol” tersebut di atas meja di hadapan “Mam besar”. Aturkanlah duit syling yang paling besar di bahagian bawah supaya ia membentuk sebuah pyramid yang indah. Jikalau anda bayar untuk pasangan anda, aturkanlah secara berasingan dengan kemas supaya ia meninggi dan membentuk ala Petronas Twin Tower tanpa jambatan di tengahnya.

4. Mengikut sunnah nabi, dahulukan kaki kiri anda apabila masuk ke tandas. Dengan penuh tenang dan bersyukur, amatilah sebentar keadaan tandas itu, kemudian mulakanlah aktiviti dan hasrat anda ke tandas tersebut.

5.1. WC (lelaki dan perempuan)

Sebelum memilih cubicle, lakukan sedikit pemeriksaan terhadap semua cubicle yang ada di situ. Pastikan dan pilihlah cubicle yang paling bersih serta pintu yang boleh berkunci.

Sesudah masuk, pastikan semua peralatan tandas di dalam cubicle tersebut berfungsi. Lakukan test ala DFMEA (Design Failure Mode Effect Analysis). Kajilah kebarangkalian perkara-perkara yang tidak ingin berlaku kepada kita terjadi semasa menunaikan hajat tersebut. Flush lah jamban tersebut berulang kali, jikalau berpili air, pastikan ia berfungsi dengan water pressure yang consistent. Jikalau anda menggunakan tisu, pastikan stock tisu mencukupi.

Sebelum anda “bermula”, seeloknya bersihkanlah dahulu perkakas-perkakas cubicle tersbut dengan pancutan air. Setelah berpuas hati akan “kebersihannya”, duduklah dengan penuh sopan santun dan mulakanlah hajat anda dengan senyuman manis. Amatilah hasil-hasil seni rakyat kita yang terpapang di dinding-dinding cubicle tersebut. Jikalau anda masih bosan dan peha sudah mula mengejang, carilah rakan baru dengan menelefon nombor-nombor yang diiklankan di dinding-dinding.

Bagi mereka yang melaksanakan secara berdiri, ikutilah tips ini.

a. Berdiri dan posisi kan kedudukan anda sekurang-kurangnya satu kaki jauh daripada jamban,

b. Keluarkan “hose” anda dengan cermat dan acukan ia tepat kepada sasaran. Untuk membantu, sila bayangkan anda sedang membuat latihan menembak menggunakan pistol laser sebagai persediaan untuk beraksi di temasya olimpik. Bayangkan imej target di ruang bulatan di dalam jamban.

c. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, tarik nafas, tembaklah kearah bayangan imej target tersebut. Jikalau tersasar, ubahlah posisi acuan agar ia sentiasa “menembak” dan mengenai “target bulatan merah” yang mewakili 100 mata.

d. Sesudah selesai dan anda telah kembali suci dari kekotoran, flush dan pastikan segala hasil buangan terutama sekali “submarine” anda hilang dengan serta merta. Ulangi lagi aktiviti flushing sehinggalah ia hilang ke “dasar lautan”. Jikalau anda seorang ahli tahfiz, tanpa melihat, flush lah sebanyak 3 kali . InsyaAllah, lenyaplah ia..

e. Sebelum keluar dari WC, pastikan tiada barang peribadi anda ditinggalkan. Paling utama, pastikan Ia bersih dan selesa untuk digunakan “penghuni” seterusnya.


5.2 Urinal (Lelaki sahaja…kot?)

a. Lakukan sedikit auditing terhadap barisan urinal yang telah disediakan. Pastikan ia bersih, dan flushnya berfungsi.

b. Pilihlah urinal yang paling jauh dari pengguna-pengguna lain. Ini untuk memastikan tiada sebarang aktiviti “intipan” berlaku. Melainkan anda memang suka “diintip”.


c. Setelah anda mengenal pasti urinal pilihan, posisikan diri anda sedekat boleh di urinal tersebut, dan keluarkan “Boboy” dengan penuh cermat dan berhati-hati.


d. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, tarik nafas, lepaskanlah hajat anda dengan penuh syahdu. Gunakan tekanan rendah semasa menggunakan urinal agar ia tidak memercik kembali ke pakaian anda. Tak sah solat jikalau pakaian kita kena najis.


e.Semasa melepaskan hajat itu, tidak usahlah kita nak merapatkan silaturrahim dengan membuat kawan dengan “jiran-jiran” anda. Banyak lagi masa lain yang boleh anda gunakan untuk membuat kawan baru. Pandang hadapan, berdiam diri dan tumpukan sepenuhnya kepada tekanan di bawah. Tak payahlah anda nak menjeling-jeling pun.

Jikalau anda terasa ingin melepaskan kentut, kepitlah sekuat-kuatnya dan pastikan ia mengelembung keluar dengan manja tanpa bunyi. Jikalau ia mula berbau dan anda mendapati jiran anda seakan terhidu, lekas-lekaslah tutup hidung seakan-akan bau itu datang dari jiran tersebut.

f. Setelah selesai dan boboy kembali bersih dan suci, usah kalut usah tergesa-gesa, ziplah seluar anda dengan penuh hati-hati. Pastikan kulit anda tidak tersepit kepada zip seluar anda. Percayalah…sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu…Pernah tonton There’s Something About Mary? Jikalau ia bukan system otomatik, flush lah dan pastikan urinal yang anda gunakan kembali bersih.


6. Setelah semua hajat terlaksana dengan jayanya, bersihkanlah tangan anda dengan sabun sekurang-kurangnya 20-30 saat. Langkah ke keluar dengan kaki kanan, dan jangan lupa untuk memberikan senyuman “puas” kepada Mam besar..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nukilan ini terhasil di atas kekecewaan penulis terhadap rakyat Malaysia yang bodoh menggunakan tandas. Belajar tinggi-tinggi, gaji tinggi-tinggi, tapi kencing berak bodoh, bengap. Kucing anjing pun tahu nak bersihkan najis sendiri.

Bangkitlah rakyat ku! Buanglah tabiat mementingkan diri sendiri tu!

Jadilah seorang manusia yang bertoleransi, sensitive dan considerate.

2 comments:

زكري said...

haram j.. buat aku gelak mcm nak pecah perot ja...
boboy?

sharel said...

"boboy" baru manja sikit bai...