Monday 29 June 2009

Snip! Snap!

Revenge of the Fallen


Dah tengok Revenge of The Fallen. Aku tak tidur!! Yoohooo!! The movie was within my expectations-excellent graphics, cool actions, acceptable storyline. Michael Bay ni pandai buat movie. Semua level from kecik ke besar boleh accept movie ni. Only kureng in some parts macam lawak bodoh ala-ala Jar-jAr binks dan kurang senang sikit dengan elemen lucah (sebab aku observe kat panggung tu banyak mak bapak bawa anak menonton) yang dipaparkan. Megan Fox? Terbaik!! Tapi kadang-kadang macam jalang pun ada.. kureng sikit la aku aweks style ala-ala jalang ni. Hanya yang aku agak terkilan, lagi sekali the good guy wins. Aku mengharapkan Michael Bay buat macam Star Wars - Empire Strikes Back, Geng Jahat menang! tapi last-last, Autobots jugak menang (ahah spoiler!). Ending yang boring and very stereotyped. But seriously, go and watch. A 4 out of 5.

p/s: Masa aku nak tengok wayang tu, kedai DVD sebelah dah tunjuk dah DVD Haram dia!! Terror betul pirates ni...



Valentino Rossi's 100th Win!!
Congrats Vale on your 100th win!! Bukan senang nak menang 100 kali no. 1 ni!! Ujian kat sekolah nak dapat no. 1 pun susah, ni pulak nak menang race no. 1, 100 kali lagi!!!! Agak-agaknya bapak dia bagi dia duit berapa ye?

(Sila baca ala-ala translataion Soap opera Sepanyol ke bahasa Melayu)

Graziano Rossi: "Anak ku Vale..nampaknya... kamu sudah menang lagi"..

Valentino Rossi: "Ya! Papa! Aku sudah menang!"

Graziano Rossi: "Baguslah anakku. Kamu telah menaikkan nama keluarga kita!..berjaya!berjaya!"

Valentino Rossi: "Ya! Papa! Demi menjaga maruah keluarga kita, aku telah bertungkus lumus dan Berusaha untuk..

Graziano Rossi: "Sudahlah anakku..( sambil meletakkan jari ke bibir anaknya)
Papa (cough!cough!) tidak mahu dengar itu semua.(cough!cough!). Beritahu Papa sekarang,
Vale mahukan hadiah apa dari Papa ni!(cough!cough!)"

Valentino Rossi: "Baiklah.. Vale mahu.."

Graziano Rossi:(cough!cough! *muntah hijau)

Valentino Rossi: " papaaa! Papaaaaa!.. "



Syabas Rossi!!!! Semoga menang season 2009 ni!!!!!

p/s: PETRONAS, hang sponsor dia tepat pada waktunya...syabas!!!

No comments: