Friday, 3 April 2009

Let’s go Random 2!



1.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Pak Lah di atas segala “jasa-jasa” dan “pengorbanan” beliau terhadap rakyat dan negara Malaysia. Kerana Tun lah saya mula membaca halaman depan surat khabar..(sebelum ni hanya bahagian tengah dan komik sahaja). Kini saya lebih mengetahui pasal kisah-kisah dan drama politik di Malaysia serta mengambil tahu mengenai perkembangan dunia di luar (saya subscribe magazine Newsweek yang dihantar setiap minggu ke meja saya ni). Terima kasih dan saya ucapkan Tun selamat bersara dengan bercucuk tanam bersama-sama Tun Jeanne. Saya “sayang” Tun Pak Lah! xoxoxo…hehe kalau Tun ada Facebook, saya bagi Tun Hugs and kisses lagi..


2.Perdana Menteri ke 6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kepada Datuk Seri, saya ingin ucapkan tahniah di atas perlantikkan Datuk, dan saya sungguh berharap Datuk Seri mengambil serius mengenai kenyataan “menanggung tanggungjawab yang besar” itu. Saya dan rakyat-rakyat kecil ini sungguh berharap agar Datuk Seri dapat menerajui semula negara kita ke arah menjayakan wawasan 2020. Tolonglah kami di industri otomotif negara ini..Saya juga berharap agar Datuk Seri mampu membuat re-branding terhadap BN dan menarik semula minat pengundi-pengundi khususnya golongan muda untuk memilih BN semula. Selamat berjaya di dalam pilihan raya yang akan datang ini. Saya tahu kalau BN kalah, ia akan memberi tamparan hebat terhadap Datuk Seri dan kawan-kawan. Tapi biasalah, bila BN menang, depa akan cakap pakai pengundi hantu..So menang atau kalah pun, bersedialah untuk menerima kritikan dan cemuhan. Selamat berjaya!


3.Bercerita pasal pilihanraya, aku baru sedar yang rumah baru aku ini di dalam kawasan Dun yang tengah hebat diperkatakan...Bukit Selambau. Dulunya senyap je kawasan tu, sekarang ni terus happening! Tengok owner kedai makan, kedai runcit semua senyum je..Minggu lepas masa makan, dah nampak dah 2 top politician....Azmin Ali dengan Mahfuz ..aku rasa ni kali ni macam candidate paling ramai je..15 orang!! semua dah tak percaya government masing-masing ke?


4.On the personal side, berat badan aku dah naik ke 83kg. Dan ini sangat membimbangkan! Kalau nak kira BMI, ideal weight aku adalah 77kg..di mana aku telah berjaya mengecapinya masa nak kahwin dulu. Aku blame sifat malas aku untuk bersenam, pemakanan yang tidak terjaga, serta kekerapan dan jumlah pemakanan yang tidak terkawal. Bukannya apa, Izza sekarang ni dah tak makan banyak, selalu tak habis, so aku kesian lah tengok nasi tu..nasi tu tenung lama je kat aku..buat muka sedih dia..sebelum dia menitiskan air mata, aku pun tolonglah makan dia..bagi dia happy..dan perut 3 packs aku..(Ohm namanya..hehe Izza ada Uhm..aku ada Ohm!!hehe) pun senyum manja je la..So ni aku dah bertekad. Selepas mengikuti The Biggest Loser selama beberapa bulan ni, dan semalam pulak Oprah tunjuk masa dia tengah kurus pulak, buat aku semangat nak menguruskan badan! Aku rasa metabolism level aku agak rendah, so aku target aku nak turun 3 kilo dalam masa 3 minggu.!! Kita nantikan kejayaannya!!

5.Update rumah ku, syurga ku..aku ada upah bangla Superman (Mamin- panggil dia superman sebab dia buat kerja pantas gila…senyum je bangla tu) untuk tanam rumput kat tanah tu..mula-mula konon nak buat sendirilah..tapi malaslaaa…kalau nak tunggu aku buat, sampai Uhm dah masuk form 1 pun aku tak buat-buat lagi..So hari tu pi lah cari tanah, rumput…aku baru tau ada 7 jenis rumput yang terjual kat Malaysia ni!..Jepun, Taiwan, Philippine etc..aku tanya Brader rumput tu, “kalau rumah orang pemalas, pakai rumput apa? “ dia recommend aku Rumput Philippine dengan Mutiara.. so aku pilih lah Philippine..bunyi international sikit..hehe plus cantik pun..so Sabtu ni depa mai hantaq rumput.

Memandangkan rumah aku tingkap keliling bangunan, dan tinggi sampai 90 inci lebih, harga curtain pun tinggi bagai nak rak jugaklaaah!!! Tension aku..mula-mula ingat nak pakai blind kayu je semua (kata rumah orang pemalas)..tengok cost, terus cancel…depan je blind, yang belakang tu semua curtain, tunggu Bonus GT 128 tu..haha Doa tu!

Seronok kalau hidup ni jenis kalau duit kering je, tekan Shift+Control+ Alt+C, type rosebud!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;. Terus dapat duit..semua benda aku boleh beli!! Sorry yang, kitchen kabinet, abang (cewah “abang” tu..) belikan bila ada rezeki lebih sikit nanti ye..

6.Kepada kawan baik aku tu, ketahuilah yang kami ni, rakan-rakan seperjuangan ini menyayangi anda dan kami tidak suka melihat kawan kami ditipu, tertekan dan dikecewakan. Ketahuilah yang kami tak dapat apa-apa keuntungan pun daripada segala penat lelah dan masa yang telah kami korbankan untuk anda itu dan semua ini dilakukan dengan ikhlas dan sejujurnya untuk menolong anda, menolong kawan karib kami. Segalanya sudah terang bersuluh. Janganlah membuang masa lagi. My last plea, put a big “full stop” on the chapter and move on. Please..

7.On the lighter side pulak, Kepada kaum-kaum lelaki yang jalan-jalan dengan aweks tu, tolonglah..Tolong jangan menjinjing hand bag aweks anda..pegang sekejap tu takpa, ni dok jalan2, siap letak kat bahu..ish please laaa..kalau depa tak nak pegang jugak , suruh depa tinggalkan ja kat rumah.

Kepada kaum-kaum lelaki yang jalan-jalan dengan aweks tu, tak semestinya anda yang kena bayar setiap kali keluar makan. Mainlah 1,2, jus!..Konon cinta punya pasal, semua benda nak, kau belikan..makan kau belanja..wayang kau belanja..telefon bill pun kau bayarkan..dia lari dengan jantan lain lu dapat apa? Senyum mengadap dinding je la..

8. Jamiroquai is in Malaysia people!!! Damn!!! Tension tension…bila band favourite turun, kita pulak yang tak boleh nak pergi..ni lah salah satunya yang tak best duduk jauh dari KL….Sakit hatije tengok iklan F1 kat TV tu…

10 comments:

Jay Ismail said...

Ive said it once and ill say it again....aku memang suke gaya penulisan hang...hahahaha

Unknown said...

TIMA KACIH..please don't tell me you're going to see Jamiroquai..

Anonymous said...

r u talking abt me miki?

Anonymous said...

i'm trying my best to deal with it..easy 4 u to say as its never happen to u..xda org minta jadi mcm ni kat diri sndiri..

anyway tq for ur help, my friends...i really appreciate it.. Allah aja dpt membalas semuanya dan manusia yg tak berhati perut tu akan dapat balasan krn menganiaya org lain..

its true life must go on n i'm trying hard.. aku masih bgi peluang pada hati ni utk mngenal cinta wlaupun cinta tu dulu hanya cinta yang sia - sia... mungkin aku perlu sedikit lagi masa utk sembuh...sedih la pula bila ingat balik :(

cuma aku minta fahamilah aku!

Unknown said...

first of all, we are deeply sorry that it happens to you..percayalah, segala apa yang berlaku ini, pasti ada hikmah disebaliknya..bersabarlah..perkara yang baik, pasti akan dibalas dengan baik..although the road is crooked, aku percaya kau akan jumpa your "pot of gold" at the end of the rainbow..

bak kata Freidrich Nietschze, "that which doesn't kill us makes us stronger.." kami semua doakan a "stronger" you!

in good times, and bad times, we'll be on your side forever more..that what friends are for...(pinjam dari abang Stevie)..hehe

chaiyo chaiyo!!

Anonymous said...

;( thnk you!

Marliza Radzi said...

gambar #4 menakutkan seh!

Unknown said...

hui seraaaaaaam~ ..tu yang tengah paranoid ni..

Jay Ismail said...

mick..aku tak pi jamiroquai...aku dalam dilemma ahad tu..

kalau gi sepang..jem..minyak..panas..ujan...bau asap...sun burn..nak balik saiko sebab jam...perbelanjaan banyak..air tin sepang mahal..

kalau gi shoot fashion show kat pavilion...murah..isi minyak suploh lepas pergi balik..makanan mughah...dibelai2 dan dimanja oleh model2 cun..aircond all the way...

aku call jaykay..aku cakap tak dapek la..malam tu aku ajak dia makan nasi lemak mali...ehehehhe

Unknown said...

"...dibelai2 dan dimanja oleh model2 cun." tu yang tak tahaaaaaaaaan tu!! hehe