Saturday, 15 March 2008

Mengapa menukar tempat kerja? 4 Tips untuk Boss dan Pihak HR (My point of view)

Photobucket

1. Gaji

Gaji yang kecil merupakan antara sebab-sebab utama untuk menukar pekerjaan. Lebih menguatkan lagi apabila pekerja mula berhutang (bank loan, credit card etc) dan mendapati gaji rakan-rakan seperjuangan universiti/sekolah jauh lebih tinggi daripada apa yang kita dapat sekarang. Percentage increment yang kecil atau tidak diberi langsung dan jumlah pemberian/tidak menerima bonus juga memainkan peranan besar dalam membuat keputusan tersebut.

Jalan Penyelesaiain:
a. Increment adalah penting kerana ia melibatkan EPF/KWSP.

b. Bonus adalah ’Bonus’. Ia dalam golongan Nice to have. Increment adalah lagi penting.

c. Pihak boss dan HR perlulah mengikut perkembangan semasa. Kalau dulu nasi lemak boleh kenyang dengan 50 sen, la ni dah RM 2 (dua bungkus). Oleh itu, reviselah gaji pekerja-pekerja anda.


2. Tidak dihargai

Ramai pekerja yang jujur bekerja kerana minat dan tanggungjawab. Golongan ini tidak kisah untuk membuat kerja sampai ke malam, bekerja pada hari cuti walaupun tiada OT dan sentiasa memastikan hasil kerja itu tip top dan kadang kala higher dan expectation. Namun apabila golongan ’berkorban apa sahaja’ ini tidak dihargai, bukan nak sangat puji-pujian pun, a simple ’thank you’ pun tak diterima, golongan ini mudah bertukar menjadi sebaliknya dan surat berhenti kerja akan menyusul ke meja. Pada hari cuti, bos yang kerjanya senyum, attend meeting sahaja dan gaji berbelas ribu boleh duduk lepak kat rumah tengok AC Di Sini, manakala golongan ini berkorban hari cuti bersama keluarga, bersusah payah keluar pagi, menahan sebak melihat tangisan 3 anak di pintu yang sepatutnya pergi Sunway Lagoon hari tu, memerah otak dan keringat menyiapkan kerja di ofis. Yang dapat pujian dan tepukan di belakang, adalah si Bos yang present tak sampai 30 minit tu.

Jalan Penyelesaian:
Try put yourself into his/her shoe. Jadilah seorang manusia.


3. Masalah dengan bos

Menjadi lumrah dunia bahawa golongan bos ini akan dibenci. Mereka tidak tahu, macam mana kuatnya kita gelakkan lawak bodoh dia, atau betapa lebarnya kita senyum bila dia lalu depan kita, tapi di belakangnya, segala kutukan, complaint, cacian serta jampi serapah kita hadiahkan pada dia (pahala pun tak pasal-pasal dia dapat). Pekerja tidak suka disuruh mengikut peraturan, tidak suka ditegur, tidak suka menerima arahan dan tidak suka membuat kerja yang tidak disukai. Apabila sudah banyak sangat yang tidak suka, pekerja akan memberontak, bos yang tak bernasib baik akan merasai penumbuk di muka dan secara tak langsung akan berhenti kerja.

Jalan penyelesaian:
Jangan jadi bos. Kalau sudah terpaksa, fahamilah pekerja-pekerja anda. Belajar skills of communication. Bak kata pepatah, ’kerana mulut, badan binasa’. Undang-undang tetap undang-undang dan memang menjadi tanggungjawab anda sebagai seorang Bos untuk menegur pekerja anda.

4. Suami/Isteri mendapat kerja jauh dari tempat kerja sekarang

Ini adalah sebab yang hanya timbul pada pekerja yang sudah berumah tangga. Kebanyakkan terjadi apabila si suami kerja di Kelantan, si isteri pula mengajar di sekolah nun jauh di Sabah-contohnya lah. Lebih kerap terjadi kepada pasangan yang baru berkahwin seperti saya (hehehe).

Jalan Penyelesaian:
Tiada jalan penyelesaian dan masalah ini adalah masalah peribadi. Hanya boleh ditangani oleh pekerja tersebut. Pihak Bos dan HR tidak usahlah sibuk nak counter offer sebab mereka ni dah puas buat family meeting, meeting antara mereka, meeting dengan kawan-kawan etc. Tetapi untuk menjadi seorang Bos/HR yang bagus, ‘counter-counter ayam’ lah supaya pekerja rasa dihargai.


Jepun mempunyai sistem gaji yang sungguh hebat. Contohnya di Suzuki, Japan (hasil bualan kosong dengan advisor Jepun yang dulu bekerja di sana) setiap tahun, kenaikan gaji pekerja di syarikat adalah tinggi dan jumlah Bonus ditetapkan di dalam kontrak. Tetapi jikalau pekerja itu ingin menukar kerja ke syarikat yang lain, gaji beliau akan bermula kembali dari bawah. Tidak kiralah.. kalau gaji sekarang dah RM20,000 sebulan, pergi ke syarikat B, gaji akan start dari basic say RM2,000.00.
Ini menguntungkan pihak management di mana mereka dapat mengekalkan golongan
’mahir dan expert’ di dalam syarikat mereka.

Di Malaysia pula, pekerja digalakkan untuk bekerja di banyak syarikat. Setiap lompatan syarikat, sekurang-kurangnya gaji akan naik 20 peratus. Kebaikkannya lagi, ini menggalakkan pekerja-pekerja di Malaysia multi-skilled serta berpengalaman yang luas mengenai dunia pekerjaan. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak syarikat yang dengan baik hatinya menyediakan peluang-peluang ’pembelajaran’ seperti ini.

So? Apa tunggu lagi??

3 comments:

Jay Ismail said...

dengar-dengar proton ada opening...hahah.....Majlis Reka bentuk pon ada opening...hehehe

AM said...

tunggu bulan 5. heheh.

sharel said...

Jay Ismail:Proton?MRM?..hmmm bagi aku sedut lagi 20% ilmu kat modenas ni..

AM: wooh..so whats the plan after that?