Wednesday, 16 May 2012

Hari Guru


pic source: http://j-mayhew-faint.blogspot.com/2011/01/boner.html

Pagi tadi radio sibuk bercerita pasal hari Guru dan aku terkenang pada satu insiden ini. Berlaku belasan tahun lepas di sebuah sekolah yang unggul dan murid perempuan hanya terdapat di blok form 6. Untuk pengetahuan anda, di sekolah yang penuh dengan lelaki, ditambah pula dengan hormone yang sedang membuak-membuak, semua kaum hawa muda yang berada di school ground itu adalah cun! Tidak terkecuali seorang guru muda ini, yang mengajar English. Ramai yang kata dia cun gila dan ... segalanya pada cikgu itu, cun lah.. Memandangkan aku masa tu baru berpindah dari co-ed school, so i wasn’t that desperate and i find her as ‘ok’. Ok before i  go to the next chapter, hold this thought. ‘Cikgu English yang cun’ – ‘kegilaan pelajar-pelajar’.

Sekolah ini mempunyai satu tradisi di mana  saya lihat ia sebagai sungguh positive kerana ia mampu mengeratkan silaturrahim di antara semua kaum di sekolah itu. Menyambut hari jadi di sekolah ini adalah sungguh meriah kerana bukan sahaja birthday boy diraikan oleh  rakan-rakan kelas, malah atas dasar kekuatan ukhuwah, rakan-rakan  setingkatan lain juga akan meraikannya. Apabila terdengar sahaja nyanyian “ Happy birthday to youuu....”, ada cikgu atau tidak, semua akan bergegas ke kelas berkenaan untuk meraikan dengan menghadiahkan hadiah hari lahir.  Birthday boy ditempatkan di tengah, setelah lagu birthday selesai dinyanyikan (kadang-kadang tak habis) seluruh rakan-rakan tingkatan termasuk melayu, cina dan india akan “menepuk bahu dengan manja” dan berkata “Selamat hari jadi, wahai sahabat ku..”. Namun yang pelik dan ajaibnya, baju birthday boy yang berwana putih itu pasti akan bertukar kepada warna coklat, penuh dengan bekas-bekas tapak tangan, penumbuk dan tapak kasut. Hmmmmm.. pelik lah.! Dan selalunya pelajar sekolah ini akan berusaha untuk menyorokkan tarikh hari jadi mereka, kerana tidak mahu “menyusahkan” rakan-rakan untuk melakukan tradisi ini. Oh tradisi ini dipanggil, “Lauk”.
Kembali kepada  cerita asal, ada seorang rakan, S (bukan nama sebenar) adalah seorang yang “popular” dan sering  diLauk oleh kawan-kawan. Kami pun pelik kerana tercatat di IC bahawa  tarikh hari jadinya adalah ‘setiap hari’.  Untuk memelihara tradisi yang unggul ini, kami pun me-lauk beliau di setiap  waktu yang berkesempatan.

Arakian di suatu pagi yang indah, bergema laungan manja suara-suara garau remaja lelaki yang baru pecah; “Happy birthday to yooooooooo...” memberi isyarat kepada semua bahawa seseorang rakan PERLU diraikan. Setelah semua berkumpul, didapati bahawa pagi itu, S menyambut hari jadinya lagi.  Seperti biasa, setelah selesai nyanyian, semua rakan-rakan “menepuk bahu” dengan ucapan “tahniah”. Namun kali ini sedikit berbeza apabila S tumbang ke lantai dan pengsan. Suasana riang ria bertukar menjadi kecoh dan panic. Mujur rakan-rakan dari persatuan Red Cross pantas bertindak dengan menyuruh kami memberikan ruang ‘nafas’ dan membaringkan beliau secara betul. Tak tahu dari mana, (rasanya ada orang yang report), cikgu English muda yang cun tiba di lokasi kejadian. “Apa jadi ni?” beliau bertanya. Tanpa menunggu jawapan, Cikgu cun itu meluru kepada S yang sedang terbaring kaku  dan mencuba segalanya untuk menyedarkan S dari pengsannya. Di tepuk tampar dan dibuka butang baju S untuk melegakan pernafasan. Alhamdulillah syukur. Tindakan Cikgu Cun telah mendatangkan hasil kerana bukan sahaja S telah sedar dari “pengsan”nya, “adik” S yang telah “tersedar” dahulu! “bangkit”  dan terus  “berdiri” gagah seperti tiang elektrik!! Hahaha menyedari keadaan yang memalukan ini, Cikgu Cun terus beredar dari kelas itu dan  rakan-rakan tidak habis mentertawakan kejadian “boner” tersebut sehinggalah ke hari ini, masih segar dalam ingatan walaupun setelah  16-17 tahun insiden ini  berlaku.

Kepada Cikgu Cun (aku dah lupa pun nama dia), thank you very much for everything especially for proving that the dude is not gay! HAHAHAHAHAHA! Selamat Hari Cikgu semua.. Besar pahala cikgu-cikgi ni tau..