Friday, 10 February 2012

9 February 2012

Semalam aku ambil half day

Nak submit thesis – 7 copies.

Aku tau bos ‘kureng’ gemar tapi nak buat macam mana? Buat bodoh je la


Bergegas lah aku pukul 12, Kulim – Penang Bridge – USM


Dengan perut kelaparannya, aku tunggu sampai pukul 2


Supervisor sampai pukul 2:30. Bagi green light untuk proceed.


Senyum ke telinga bai! (telinga aku dah lah besar!)


Langkah kegembiraan aku ke Dean’s office. – Pukul 3


Approved by Dean! Aku dah tak boleh duduk dah! Semua orang yang aku bertentang mata, aku hadiahkan senyuman


Last hurdle- submit to IPS


“dah pi scan dah?”

Scan apa ke jadah pulak ni?
Starting February 2012 semua thesis kena pi screen dulu untuk mengelakkan daripada plagiarism.

7 copy thesis yang kendong tadi mula terasa berat. Berlarilah aku ke atas untuk scan!


File aku corrupted pulak.


Berlari pulak ke student’s lounge. Semua computer rosak. Minta tolong student amoi dengan laptop. Still file corrupted. Berlari balik atas. Mujur ‘Mama’ tu baik orangnya. “takpa! Malam ni jugak saya email!!”


Settle satu.


Kendong lagi 7 batu bata tu turun untuk submit.


“dah bayar yuran submission thesis?”

“saya terbayar duit semester ni” Macam mana?
Kendong pulak aku 7 buah kayu balak tu naik ke bendahari.

Settle satu lagi.


“ isi borang penyerahan ni, cari saksi yang bukan staff IPS”

Vendor pulak call. Office pulak call pasal isu JPJ.
Jumpa vendor dekat USM. Bincang pasal design . Tak pasal-pasal dia jadi saksi untuk penyerahan thesis aku.

Settle satu lagi bahana.


Kendong balik 7 condominium tu ke IPS


Jam dah 4:20


“format ni tak betul encik. Abstrak kena letak belakang..kalau encik nak betulkan sekarang pun boleh tapi sekarang dah 4:30”


“MINTA MAAFLAH ENCIK..”


Agaknya dia perasan kekecewaan aku bila dia tengok muka aku dah melekat di kaunter dia- di tambah pulak dengan tangan aku yang tengah menggigil-tahan kekecewaan.

Aku pun pulang dengan penuh kesedihan dan kecewa.

Dalam perjalanan pulang ke kereta tu, aku melabuhkan punggung sexy aku ke bench. Tiba-tiba aku teringat yang aku bawak camera..






p/s: 10/2/2012 Sekejap lagi aku akan ke USM balik..



2 comments:

izza syahida said...

xpe Yang, dugaan belajar...xkene bergelumang dgn habuk kat bengkel tp kene kendung 7 copies tesis pulak..tp bila dah viva n segulung skroll Masters tu nnti...priceless!! semua beban tu akan jadi your masters sweet (and sour) memories.. btw, congrats for completing ur thesis n chaiyok + gd luck for Viva!!!

lots of luv,
wifey, Umayr + Anas

sharel said...

thank you! tengok aku tulis apa dalam 'acknowledgement'