Saturday 10 December 2011

Puisi Kerja

Awal pagi drive ke kerja,

Jalan lane dua, jadi tiga.

Tiba-tiba dari tiga jatuh satu,

Sebab depa drive macam hantu.

Lepas tu ada lori treller lah pulak,

Menyumpah seranah sampai kering tekak.

punyalah lembab nak potong pun tak dapat,

dua treller pulak tu, macaaaaam dah pakat.

Namun sampai juga ke tempat kerja,

berehat tak lama, bala mai menimpa.

Meeting dah buat, minutes dah email,

Bila kena batang hidung, bos-bos buat 'sewel'.

problem datang, masing-masing menunding jari,

"pedulikan mereka, mari selamatkan diri".

politik di tempat kerja memang macam sampah,

apa yang dah agree dalam meeting tiba-tiba bertukar arah.

isunya kecil sahaja, semut jatuh dalam longkang,

email sampai ke share holder nak tunjuk dia seorang je yang menukang.

dalam meeting sembang sampai ke langit,

depan bos, "brok brak brok brak" sampai hangit,

tapi bila berkerja, bunyi "ting tong ting tong",

sebab semua orang tau mamat tu tin kosong.

tapi nak buat macam mana? itulah kerja,

selagi ada bos, kitalah yang kena.

akhirnya petang tiba, hati pun ceria,

telatah anak, mengubat luka.










2 comments:

Anonymous said...

comelnya puisi. nasib baik keja ofis kecik. takde meeting2..hehe

Unknown said...

'meeting' kena masukkan dalam KPI la.. jumlah attend meeting setahun-80. kurang 80, rating incompetent