Thursday, 17 February 2011

Cara saya mencuci uri

Ini adalah cara saya mencuci uri Anas. Atas guidance Encik Rassul, jiran yang baru mendapat anak ketiganya, Ali awal 2 minggu lepas.


1. Air diisi di dalam besen


2. Garam ditaburkan ke dalam besen; secukup rasa


3. Asam keping sepeket dimasukkan untuk nyah bau dan hanyir


4. Bagi yang tidak pernah melihat uri, inilah dia..Fresh from the farm. Alhamdulillah 'adik' Anas ni still intact, kulit halus tak koyak, so taklah bloody sangat. Rendam dan cuci uri secara manja sehingga ia jadi putih bersih. Dalam masa mencuci tu, berselawatlah, kalau nak berdoa, bacalah doa apa yang patut..masa membersikan tu beringatlah betapa hebatnya ciptaan Tuhan.


5. Setelah yakin bersih, balut kan ia bersama kain putih.


6. Sebelum ditanam, kita perlu korekkan lubangnya dahulu yaa..tips di sini, gunakanlah cangkul, seeloknya kalau tengah musim panas macam semalam, carilah sesiapa untuk memayungi pencangkul.

Masa ni berniat dan bacalah apa yang patut. Aku baca al-Fatihah, Selawat dll..masa ni feeling dia macam di liang lahad.


7. Sadaqallahulazim..

4 comments:

Anonymous said...

Org kata tgk uri boleh tau berapa anak boleh lg.. Ada lg 4 boleh tu korg hehheheh... -gmut-

sharel said...

celah mana lah yang kau nampak 4 ni..

Nurul said...

Mohon share ye, nanti sy credit blog ni =) Boleh?

Sharel Abdul Wahid said...

Sure sure!