Thursday, 12 August 2010

Sawang Awang Wang

Fuuh!..sawang penuh!. Banyak sangat gangguan sehingga tak ter-update!.. Seriously banyak betul perkara yang telah berlaku!

1. Denggi

22 Julai yang lepas, aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari mak, “..apak dalam ambulans, on the way to GH from Tang Lin..” dan diikuti dengan tangisan, “..kesian dia..tak pernah tengok dia naik ambulans..”. Aku pun call Izza, mintak dia jemput Umayr, terus balik KL. Selepas dropped Izza and Umayr di rumah In-laws, aku terus pergi HKL..pukul 11 malam dah masa tu. Nasib baik dapat masuk. Esoknya, mak tak sihat pulak, jumpa doktor, dia pulak warded! Later, doctors confirmed that my parents kena denggi virus. Apak’s lowest platelet count was 8! and mom’s 16!.According to doctors, normal platelet count adalah 170+. Apak was warded from 22nd till 28th and mom from 23rd till August 1st.

So what have I learned from this “ordeal”?

  • • Dengue virus is very dangerous. Don’t take it lightly.
  • • There is no cure for dengue virus. Kalau kena je, hospital akan bagi IV drops. Tak selera makan, depa bagi vitamin bagi selera..pening dan demam? Depa bagi paracatemol..denggi? tidur + IV..
  • • “gas-less” 100 plus dan sup ketam adalah hidangan paling popular dan kerap dicadangkan untuk pesakit denggi. Diikuti dengan pucuk betik juice dan kiwi juice. Katanya semua ini untuk menaikkan platelet darah.
  • • Besides platelet count, satu lagi yang penting untuk monitor pesakit denggi ini adalah Hematocrit..sel darah merah..level yang selamat untuk normal adult adalah dalam lingkungan 42%-54%.
  • • I now have a greater respect towards hospital staffs and nurses. Bukan senang kerja depa ni..serious! Orang sakit ni macam-macam kerenah!
  • • Kalau nak tidur di hospital, specifically ward 21, HKL, bawalah baju sejuk. Sebab bila malam, bagi mereka yang tak tahan, memang sejuk air-condnya. Jangan lupa bawa kerusi malas sekali! Itulah “katil” paling selesa sekali!
  • • Mamat yang supply liquid IV tu memang kaya! Dalam dua hari, average at least kena tukar satu botol!



2. Ihm

I understand that it is risky to announce this early but kami tak tahan, plus berserah jelah..ada rezeki ada, kalau takda, kena ikhtiar lagi laa!

July3rd, Izza missed her period and symptom-symptom preggy mula terasa. So we bought the “magic” stick and sepantas kilatnya, the thin blue lines emerged.
Yes, Izza confirmed pregnant lagi! InsyaAllah kalau everything goes well. ETD march 2011. And automatically Umayr dapat promotion jadi “Abang”,

  • • Ramai kata, “kesian Umayr..kecik lagi..” FYI, it will be 2 years Gap. Umayr 2009. and Ihm 2011. Walaupun kami rasa 4 years gap tu perfect, tapi 2 years tu oklah..Umayr ada geng lah di sekolah esok..
  • • Why Ihm? Previous we called Umayr, Uhm..naturally after OOo is Iii…tak tahu lah..
  • • Ramai doakan Ihm a girl. Thank you..tipu lah kami kalau tak terdetik di hati untuk second one ni girl. But again semua ni rezeki Allah, kalau DIA nak bagi boy pun ok..InsyaAllah cukup sifat dan sihat cukup..
  • • Izza beritahu haritu, 1st Anniversary=berdua, 2nd Anni= berdua + Uhm, 3rd Anni= bertiga dan InsyaAllah 4th Anni= Berempatlah kami..Takkan 5th Anni nak berlima pulak kot? Haha..
  • • As per today, Ihm is about 10 weeks old..doakanlah both mom and Ihm dapat menempuh trimesters dengan jayanya! Sekarang ni risau sebab Umayr sungguh attached dengan Izza, dan si hero ni sungguh ganas! memanjat dan menendang perut Izza..

3. Umayr

Our son is entering 11th months.. sungguh cepat masa berlalu! In September, during raya holidays he will be 1 year old!!! Kami tengah plan his birthday party!
As soon as we have confirmed, we will reveal the plan..hopefully jadilah…hehe
At 10 months and 3 weeks old, Umayr masih tak bergigi, namun beliau merangkak dengan sangat pantas, thanks to the baby cot, dia dah mula asyik nak berdiri, 2 kali dah Nampak dia berdiri unsupported, tapi malas nak bertateh! Dah mula pandai nak demand, kalau tak dapat benda yang dia nak dia akan menangis gila-gila, dan rumah sungguh bersepah! Tak tahan!!! Kerap “bercakap” dalam bahasa dia, menjerit dan membuat bunyi serta sering memberi senyuman yang mencairkan hati..

4. Misfortunes
Bulan ni terlalu banyak misfortunes yang berlaku keatas kami.. especially melibatkan kewangan kami..

  • • Izza’s car kena langgar lori – RM700 melayang, pemandu lori tu cabut tak nak bayar
  • • Frequent KL trips – walaupun aku tak merungut sebab ia memang tanggung jawab aku sebagai seorang anak tapi ia sedikit sebanyak affect kewangan
  • • Windscreen Crack – Tiba-tiba kena batu..rasanya dari lori di opposite traffic,
  • • Tayar Pecah – Berlaku selepas tayar pecah
  • • Road Tax and Insurance – Mati bulan ni
  • • Summon- 3 speeding summons – blacklisted dan masih tak renew road tax (all 3 di kuala muda, dan aku rasa speed limit dia 60km/j..WTF!!!?)
  • • Izza’s Tyre pula pecah – tukar both front tyres

All that berlaku in July and early August..memang dugaan betul..bak kata bijak pandai, “Shit Happens”..Harap-harap aku tak crack under pressure..


5. Puasa
Alhamdulillah kita menemui Ramadhan kembali..bulan yang penuh hikmah, bulan untuk umat-umat Islam meng-‘kiasu’-kan diri untuk merebut pahala. Aku harap tahun ni aku akan lebih Kiasu..”Duit dan permata” telah disediakan untuk kita, takkan nak pandang je? Doakanlah semoga tulang-tulang kita ni ringan sikit untuk mengutip ganjaran-ganjaran tu ..

The household of Sharel ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa, dan tahanlah nafsu anda semasa berada di pasar Ramadhan tu..

4 comments:

Jay Ismail said...

ihm? welldone sharpshooter..hahahahaha!!!!!

twayblade said...

i do have great respect towards hospital staff, esp the govt servants. but i also do expect them to respect the patients' utmost basic needs e.g makan minum on time and at the very least, please announce any bad news to family members in a proper, courteous way. bukan mcm org baca berita takde perasaan hati batu.

arghh bila ckp pasal ni mesti aku emo.

ehh tahniah for the 2nd pregnancy. anda sgt hebat.

Unknown said...

Jay: haha (*blowing smoke off a smoking gun..)

Ida: banyak bad stories pasal depa yang aku dengar especially from friends yang deliver kat Gov.hospital.Statement paling kurang ajar ialah .." hah! mana laki dia?? oo masa nak beranak ni baru tau sakit..dulu masa buat tu tak sakit?? My neighbour, yang diuji dengan 3 kali D&C, finally after 4 years baru boleh dapat anak sulung dia, masa bini tengah sakit, dia pergi jumpa doctor, doctor pulak sound dia " awak tak payah ajar saya macam mana nak buat kerja..saya tahu lah apa nak buat.."

Tapi tulah, nak kata nila setitik, tak juga..mungkin banyak jugaklah titikan nila tu..Alhamdulillah masa my parents tu ok je..no big issue..

Thank you..Alhamdulillah rezeki..harap2 semuanya lancar..u bila pula??haha (soalan family2 yang sungguh lame)

p/s: from my perspective, statement "anda sgt hebat" tu sungguh pelik bunyinya..heheh

izza syahida said...

5th anniversary = 5??? gulp!

ayyooo dady...hahahaha!!