Anak kami menangis.
Menangis dan susah nak berhenti.
Semua kami cuba, susu, nenen, jalan-jalan dalam kereta, bola warna-warni,
Tangisan masih tak berhenti
Sehingga serak suara, basah-basah pipi
Kebetulan minggu lepas kami ke KL lewat malam hari
Dalam perjalanan kami perasan badannya ’heaty’.
Nak sedapkan cerita, ”penyakit” ini bermula sesudah kami pulang ke SP.
Orang tua-tua cakap, ”keteguran ni..”
Diperkukuhkan lagi, anak kami aktif menangis setiap kali berada di dalam rumah kami.
Orang tua-tua cakap, ”takut ada benda ikut ni..”
Aku pandang Izza, Izza pandang aku, kami saling mengerti.
Kami pun carilah orang yang bijak pandai ubat-mengubati
Mintalah tolong “scan” anak dan rumah kami.
Rakan pula menabur bakti, ”nak tumbuh gigi ni..”
Pengalaman yang sama macam pernah dia lalui.
Aku pun seperti ’agree’.
Air 7 masjid, beras kunyit, limau purut, garam kasar pun sudah ada pada kami.
Walaupun macam sudah tidak perlu, tidak salah berusaha..apa nak rugi?
Ustaz tu pun bukan yang jenis minta pulut kuning, ayam betina berkokok panggang dan wang bersegi-segi.
Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat dipelajari
Selain ’scan’ dan rumah dipagari,
Sekurang-kurangnya dapat dengar tazkirah untuk santapan hati
Nak pendekkan ’story’
Alhamdulillah Ustaz kata anak kami ’keteguran-free’
Mak bapak tak berpengalaman, duduk jauh pula dari famili
Sekurang-kurangnya kami tidaklah sesusah hati
So what is the moral of the story?
Aku pun tak berapa pasti
Hanya Ustaz tu pesan, “beringat-beringatlah selalu kepada Yang Maha Mengetahui..”
”Jauhkan diri dari perkara-perkara yang agama larangi..”
Demam, Gatal gusi, air liur keluar tak henti,
Petandanya, Umayr mula nak tumbuh gigi..
Additional:
Umayr tumbuh gigi,
Izza mimpi ngeri!