Aku sembang dengan member hari tu. Dia kata “..Kita sekarang hidup dalam zaman jahiliah..” This is referring to the current trend of ‘suka-suka hati buang anak’. It’s a bitter pill to swallow. I agree with him. Tengoklah beberapa ramai ‘ibubapa’ bengap yang sanggup tinggalkan anak mereka di atas rumput, kelaparan, bermandi hujan dan panas terik lalu digigit semut-semut kecil sehingga hilangnya nyawa. Lebih perit, dihumban ke dalam jamban, tong sampah, longkang dan dilapah hidup-hidup oleh anjing dan kucing. Apakah semua ini? Istighfar banyak-banyak. Kejamnya binatang yang berakal ini. Binatang yang berotak kecil pun tidak sanggup meninggalkan anak mereka, Sampainya hati kamu.Dalam dunia ni, tahu tak ramai yang dah berkahwin tapi tak boleh nak dapat anak? Dan mereka ni bersungguh-sungguh mahu, bertahun-tahun mencuba, beribu-ribu wang dihabiskan, dah macam dapat, keguguran beberapa kali pulak…Ish..Memang celakalah mereka yang buang anak ni..
Sorrylah aku emotional sikit pasal issue-issue ni. Haritu on the way balik, hujan lebat gila..aku macam nak menangis bila nampak satu family ni meredah hujan lebat dengan motor cub. Si ayah di depan dengan anak sulung, maknya dukung baby (sebesar Umayr) payung dengan tudung dia je. Astaghfirullahalazim.. Hilang keceriaan aku petang tu. Aku cukup pantang dan sedih bila nampak family naik motor. Tak tahulah kalau mungkin mereka ada Porche Cayenne dekat rumah dan sengaja beriadah sefamili naik EX5 tua. Bersyukur aku banyak-banyak bila nampak benda-benda macam ni. Sampai rumah je, aku cium Umayr banyak-banyak, aku cakap kat dia, “Umayr, kena selalu bersyukur tau..bayangkan baby lain kena hujan, Umayr siap ada autogate untuk bagi Umayr kering.. jangan jadi Shazali tau..”
..Mata dia membulat je..

2 comments:
aku pun sejak dah jadi emak ni kan, memang sensitif bila baca berita-berita tentang bayi ni. buang anak, dera, sexual abuse etc
we need a good support system for these young pregnant mothers especially from the family. i mean, benda dah jadi kan, nak marah/hukum pun tak guna. it's better to get both mom and baby safe.
i agree..damage done.why make it worst by killing the child just to cover malu family??
Besides 'terlanjur Moms', Support groups must also reach the families as well..
Post a Comment