Wednesday, 28 April 2010

Kekalutan Kami



Anak kami menangis.

Menangis dan susah nak berhenti.

Semua kami cuba, susu, nenen, jalan-jalan dalam kereta, bola warna-warni,

Tangisan masih tak berhenti

Sehingga serak suara, basah-basah pipi


Kebetulan minggu lepas kami ke KL lewat malam hari

Dalam perjalanan kami perasan badannya ’heaty’.

Nak sedapkan cerita, ”penyakit” ini bermula sesudah kami pulang ke SP.

Orang tua-tua cakap, ”keteguran ni..”

Diperkukuhkan lagi, anak kami aktif menangis setiap kali berada di dalam rumah kami.

Orang tua-tua cakap, ”takut ada benda ikut ni..”

Aku pandang Izza, Izza pandang aku, kami saling mengerti.

Kami pun carilah orang yang bijak pandai ubat-mengubati

Mintalah tolong “scan” anak dan rumah kami.


Rakan pula menabur bakti, ”nak tumbuh gigi ni..”

Pengalaman yang sama macam pernah dia lalui.

Aku pun seperti ’agree’.

Air 7 masjid, beras kunyit, limau purut, garam kasar pun sudah ada pada kami.

Walaupun macam sudah tidak perlu, tidak salah berusaha..apa nak rugi?

Ustaz tu pun bukan yang jenis minta pulut kuning, ayam betina berkokok panggang dan wang bersegi-segi.

Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat dipelajari

Selain ’scan’ dan rumah dipagari,

Sekurang-kurangnya dapat dengar tazkirah untuk santapan hati


Nak pendekkan ’story’

Alhamdulillah Ustaz kata anak kami ’keteguran-free’

Mak bapak tak berpengalaman, duduk jauh pula dari famili

Sekurang-kurangnya kami tidaklah sesusah hati

So what is the moral of the story?

Aku pun tak berapa pasti

Hanya Ustaz tu pesan, “beringat-beringatlah selalu kepada Yang Maha Mengetahui..”

”Jauhkan diri dari perkara-perkara yang agama larangi..”



Demam, Gatal gusi, air liur keluar tak henti,

Petandanya, Umayr mula nak tumbuh gigi..



Additional:

Umayr tumbuh gigi,
Izza mimpi ngeri!

8 comments:

Tootee said...

Bonjela harus ade

Unknown said...

lama tak pakai bonjela..harus kena beli..

twayblade said...

owhh, been there done that.

mak mentua aku siap pi beli air penawar yg jual kat skolah2 pondok tahfiz kat kelantan. kebetulan plak lepas minum 2-3 teguk tu anak aku pun berenti nangis. not to mention gak several attempts by her to send my son to a bomoh.

aku guna kuasa veto aku: NO!

Unknown said...

hahaha...tu dia.. masing-masing kalut gilaaa..

tapi yang aku pelik ni, atuks and neneks sepatutnya lebih tahu lah since diaorang berpengalaman..

twayblade said...

hehe, let's just say when it comes to grandchildren, our parents tend to be come ilang akal skit. semua benda nak dicubanya. dah sah2 laa aku ni golongan liberal yg tak pecaya kat bomoh. haishh.

Unknown said...

heheh..true true..at times kita jadi serba salah pulak..nak ikut cakap diaorang, lari pulak dari prinsip, tak ikut nanti kata tak hormat orang tua pulak..

tapi so far Alhamdulillah aku belum sampai betul-betul ke phase yang tulah..mintak simpang..

Anonymous said...

cepatnya dah tumbuh gigi...nnt time dia gatai nak gigit tangan org tu...haa..diap laa..berbirat tangan..biru..

Unknown said...

ni takde gigi pun dah menggigit bersungguh2~..ganas..