Friday, 19 February 2010

Tasbih Kaffarah

Beberapa tahun lepas, kami ber-bos-kan seorang manager yang kerap berusrah, sesi-sesi 5 minit meningat Allah, sembahyang berjemaah dan sering mengajak kami pergi ‘3 hari’ di markas. Ada geng-geng yang tidak senang dan ada juga yang questioned method-method dia. Bagi aku, aku anggap kehadiran sementara dia, sedikit banyak membantu aku yang sungguh jahil ni.

Aku teringat ex-bos aku ni pasal masa buat 5S, aku ada terjumpa balik buku nota kecil aku dulu. Aku pernah bertanya ini:

“Bos, dari zaman sekolah sampai sekarang, setiap kali habis majlis/ usrah, ustaz tu mesti cakap ..Kita akhiri majlis dengan Tasbih Kaffarah dan Sulah Al-Asr..Surah Al-Asr tu saya tahulah..tapi Tasbih Kaffarah tu nak baca apa?”

Tahu jelah..aku kan jahil..

Lalu dia tulis atas kertas dan aku salin kembali dalam nota kecil aku tu:

SUBHANAKALAHUMMA
WABIHAMDIKA
ASHHADUALAILAHA’ILLAANTA
ASTAGHFIRUKAWA’TUBUILAIK


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

****
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.

****
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

****


Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

****

Surah Al-'Asr
وَالْعَصْرِ
1. Demi Masa!


إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


p/s: sempena hari Jumaat yang mulia ni kan...InsyaAllah kita...


No comments: