Thursday, 18 February 2010

5 bulan sudah bah..

Fatherhood
5 bulan dah aku bergelar ‘Ayoh/Aboh/Pok’.Macam mana rasanya? Best..Memang best! Nak cakap macam mana lagi? Aku nak describe pun susah. To get the real feel of ‘fatherhood’, one must go through all the process-from making to caring. Masuk labour room! Masuk labour room!

Seronok bermain dengan Umayr Ver.5.0 ni. Dia dah pandai mengguling, meniarap, angkat kepala tinggi-tinggi, gelak tawa “ bercakap”- bunyi-bunyian ala Gremlins. Menangis bersungguh-sungguh bila lapar dan mengantuk. Pandai bermain ‘peekaboo’, macam dah kenal orang, asyik nak duduk dan minum dengan sendiri..alaahai rindu pulak kat anak aku seorang ni..tak sabar nak balik..



Umayr sekarang adalah paling kaya dalam family. CNY memanglah kami expected he’ll get ang pow tapi kami langsung tak menjangka yang majlis cukur jambul pun dapat ang pow dan presents juga! Alhamdulillah murahnya rezeki Umayr. Semoga murah rezekilah semua orang yang telah menyumbangkan hadiah kepada Umayr. Dan aku pun akan cuba “memurahkan” rezeki aku di masa hadapan.

Kaya
Masa di ‘kampung’ haritu, hampir semua orang yang aku jumpa aku akan bagi statement ni, “ Orang Malaysia ni kaya-kaya ye?”. Mana taknya, on the way ke KL berapa banyak Porsche Cayenne yang aku jumpa, sampai KL, Porsche Panamera, VW Sciroco baru, Hummer H3, Audi Q7, BMW X5, balik ke SP jumpa lagi Cayenne beberapa biji..Semua tu aku panggil “House on Wheels”. Kereta yeither sama or lagi mahal dari harga sebiji rumah!! A double story bungalow in Sg Buluh is selling for RM520,000.00. Another bungalow in Seremban, single story, is selling for RM 200,900.00.

The cars I saw on the road few days ago are more expensive than the bungalows.

PORSCHE CAYENNE S FL. – RM 765,000.00
PORSCHE PANAMERA S - RM 998,000.00
BMW X5 3.0SI (CBU) - RM 548,000.00
AUDI Q7 3.0 TDI - RM 580,000.00
AUDI TT COUPE 2.0T FSI S-TRONIC -RM368,000.00
VW SCIROCCO – RM 243,888.00
MINI COOPER S - RM 239,000.00
NISSAN MURANO 350XV - RM370, 000.00

Kaya kan? Bila lah agaknya turn aku nak spend duit macam tu..



Happy 5 Months Old Umayr!

More of him at :365 of Umayr Sharel

2 comments:

hafsha said...

wah stylo lah umayrnye hair cut..cayalah!cute cute cute..

sharel said...

rambut dia sekarang macam naughty boy..hehe