Wednesday 24 February 2010

Ada duit kecik?

Sometimes masa nak bayar di cashier counter, sungguh irritating bila dengar soalan ..”Ada duit kecik”? Aku bagi note besar tu, fasal aku takde duit kecik la!! Note besar tak laku ke?? Kalau aku sengaja nak bayar pakai duit besar tu pun, kau nak buat apa? Tak nak jual? Tak nak jual sudaaaaaaaah! Aku cari kedai lain!!

Dengar ni. Aku tak nak tau duit dalam cash register/drawer meja tu ada berapa. Sebagai seorang penjual/yang bertanggung jawab, ‘duit kecil’ ni kenalah sentiasa ada dalam simpanan..sebelum start business, pastikan ada small change!

Apa? Kau suruh aku tukar duit untuk kau?? Lu siapa? Gua siapa?? Dahlah aku nak bagi kau duit, kau suruh aku jadi kuli pulak!!? Tadi jadi sekali, dulu pernah jadi jugak.

Tadi:
Setelah meraba-raba segala pocket yang ada, Sharel (bukan nama sebenar) dengan nada kesal berkata kepada brader penjual, “sorry beb, takde duit kecik lah.” Lalu menghulur note RM 50 yang masih berbau ‘bank’. Brader tu sound balik: “Takde duit kecik ke?” Aku dan separa hangin. Takpa, aku tanya wife..”Yang, you got small change? Seringgit ke, dua ringit..?” Izza ada RM50 notes bau bank jugak. “ Sorryla beb, takde duit kecik la..” kata Sharel. Tapi budak tu insist nak aku ada duit kecik juga.Aku hulur sekali lagi 50, dia masih tak mahu! Dengan nada manja, aku cakap, “tak mahu jual, sudaaah!!!” Lantas kami brisk wall keluar dari kedai durjana dengan tangan yang kosong, hati yang sakit...

Dulu:
Masa bergelar student, aku pernah berpacaran dengan GF di sek 17 . Setelah habis makan, aku dengan baik hatinya bangkit, berjalan ke arah Mak Cik di cashier untuk membayar..”Takde duit kecik ke dik?” Dia bertanya. “ Takdelah makcik..ni pun baru keluar dari bank”. Dengan selamba,” dik, pergi tukar duit tu dulu..”. Agaknya terpacar jelas ketidak puasan hatiku..aku ambil balik duit tu, “Terima kasih”, dan blah!
Baru dia merayu pulak, “eh! Ni nak pergi mana?” aku menjawab ,” balik lah! Kita dah bagi duit dia tak mahu!..”..”eh! meh sini meh sini..pot pet pot pet..” makcik tu membebel..


Ada duit kecik?


2 comments:

gmah said...

tu org2 bodo tu.. mmg patut hangin pn.sib baik xpnah kne suh gi tuka.. aku dh la jenis x friendly

Unknown said...

diarong ni tau nak duit je..servis hampeh!! kalau kedai kat Jepun tu , kita sampai tak larat nak cakap terima kasih...

kena buat dasar pandang ke Timur balik ni..