Tuesday, 21 July 2009

Ibu Segala Maksiat


Aku ada seorang sahabat.

Dia baik orangnya.
Tapi baru-baru ni aku baru dapat tahu.
Sahabat aku ni dah tersimpang “sedikit”.
Apa yang dia buat?

Nabi Muhammad SAW bersabda,

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Aku tak kisah. Gua open-minded.
Sahabat aku ni pun dah besar panjang.
Aku percaya dia tahu nak bezakan
Yang baik dan buruk.

Tapilah kan,
Nak cakap aku tak kisah pun salah jugaklah.
Kalau tidak, buat apa aku susah-susah nak karang “entry” ni?
Tak sampai hati pula aku nak menutup sebelah mata.
Maknanya hati aku ni adalah kisah tu sedikit.

Macam nilah.
Aku bukan nak tunjuk baik, nak tunjuk hebat, pandai atau apa-apa je yang tengah bermain dalam otak kamu semua.
Aku hanya nak mengingatkan.
Selepas Ibubapa, tiada siapa lagi yang akan menegur kesilapan kita.
Melainkan member-member sendiri.

Di akhir zaman ni, kawan-kawan lagi mengenali kita daripada Ibubapa sendiri.
Sahabat yang baik, adalah sahabat yang menegur kesilapan kita.
Kalau aku buat salah, tolonglah tegur sebab aku tahu aku ni senang buta dan terpesong.
Kalau kawan aku buat salah, aku pun akan cuba tegur.
Setakat mana yang aku mampu.

Konsep ni senang je.Untuk memudahkan,
Sebelum kita nak buat sesuatu, cuba ambil masa sedikit masa untuk membuat analisis, dan menjawab persoalan tersebut:

1. Kalau Ibubapa kita tahu, diaorang marah tak?
2. Kalau anak kita esok buat jugak, kita marah tak?
3. Dalam agama pulak, agak-agaknya lah kan, kalau kita buat tu, Tuhan marah tak?


Aku nak meningatkan diri aku jugaklah kan,
Segala rezeki, bisnes, kesenangan, akal dan kreativiti,
Semuanya datang dari Allah yang Maha Besar.
Bila-bila masa je Dia boleh bagi dan bila-bika masa je dia boleh tarik balik semua tu dari kita.

Macamnilah..contohnya.
Satu hari, tiba-tiba je aku datang jumpa kau,
Tanpa memberi salam, aku belasah kau sampai terbaring dalam longkang,
aku pijak-pijak kepala kau sambil meludah kahak hijau sampai penuh telinga
Tengah aku membelasah kau tu, aku teringat kereta aku rosak, kena tinggal di bengkel.
Dengan penuh muka mengharap,
Aku minta jasa baik kau hantar aku ke Puduraya

Macam mana kau rasa?
“Kau dah belasah aku cukup-cukup, lepas tu nak minta tolong aku pulak..”

Samalah!..kau dah buat Dia marah, segala tegahan Nya kau main langgar je, tapi bila susah, kau nak mengharap Dia tolong kau balik. Kau tak tahu malu ke?

Kesilapan yang dah lepas tu, lepaslah. Orang nak cakap apa, biarkan.
Jangan takut untuk membuat perubahan kearah kebaikkan.

Semoga Tuhan sentiasa tunjukkan kepada kita yang betul itu betul, dan yang salah itu salah.


Ya adik-adik,
Sekian sahaja kata-kata nasihat dari Abang Sharel. InsyaAllah , semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan, di waktu dan ruangan yang sama.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

(Goreng Sitar Arab – fade out at 00:02:10)

2 comments:

Jay Ismail said...

aisehmen..terasa lak aku..aku ada gak 2-3 botol..tapi tak bukak la sebab tak minumm..aku beli untuk shoot je..tehehehehe

Unknown said...

Laaa aku buat entry ni target kat hang laaa! Hahahaha! no lah...joking joking..

Hari ni tiba-tiba gua terfeeling ustaz pulak..dan teringat kat member tu..