Thursday, 11 June 2009

Pengawas Sekolah

Setiap pagi ke tempat kerja, saya akan melalui 3 buah sekolah , sekolah menengah, rendah dan agama. Dan di setiap sekolah-sekolah itu saya akan ternampak “jaga-jaga” yang berbaju biru menunggu di pintu. Ada yang pakai kot, pakai vest dan berbaju biru dan bertali leher biru tua. Melihat gelagat-gelagat mereka ni mengingatkan saya ke zaman sekolah menengah saya. Ya, saya juga dahulu seorang pengawas sekolah. Tapi saya rasa, sistem dan konsep pengawas di sekolah saya, yang juga merupakan sistem pengawas tertua di Malaysia ni agak berlainan berbanding dengan yang lain. Ada yang baik dan ada yang buruknya. Tapi setelah umur ini semakin berpengalaman dan berpemikiran sedikit matang, saya dapat simpulkan sedikit sebanyak konsep sebenar “pengawas sekolah” yang unggul dan ada perlunya sistem ini diterapkan ke sistem persekolahan di Malaysia.


Sebelum itu, siapakah pengawas sekolah?


Menurut sini Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang.

Menurutnya juga, fungsi pengawas ini adalah

· membantu guru mengawasi pelajar-pelajar

· sebagai rakan pembimbing


Daripada pemerhatian penulis terhadap pengawas sekolah khusunya di sekolah menengah jenis kebangsaan di Malaysia adalah:

1. Pengawas memang merupakan pelajar-pelajar yang terpilih oleh guru-guru dan pemilihannya memang di atas tiket akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang.

2. kalau dilihat secara rambang, pengawas lebih banyak terpilih dari segi akademik yang cemerlang dan juga cemerlang dalam mengambil hati guru-guru berbanding mereka yang menonjol di dalam kokurikulum



Tidak semua tapi majoritinya, si cemerlang yang “terpilih” ini bersifat seperti ini:

1. Berkaca mata tebal, sikat belah tengah, buku, buku dan buku

2. “Baik cikgu, cikgu memang pandai, biar saya tolong bawakan buku cikgu ke bilik guru, takpe! biar saya jilatkan kasut cikgu yang penuh debu tu..”

3. Woof! Woof! wOOooooooOOF!

4. 2 Botol air 4 liter terlekat di badan



Dan mereka ini ditugaskan untuk membantu guru mengawasi pelajar-pelajar.

Persoalannya, mampukah mereka mengawasi pelajar-pelajar khususnya golongan hero dan heroin “istimewa”yang tahap kejahatannya melampaui Al Capone dan Hitler? Baru nak keluar pen kononnya nak tulis nama pelajar lambat, dah kena rodok dengan pembaris besi.

Sistem pengawas sekolah bagaimanakah yang sesuai diterapkan di sekolah?


1. Jikalau tugas pengawas ini untuk “membantu guru mengawasi pelajar-pelajar”, lantiklah Pengawas daripada golongan-golongan Al Capone dan Hitler ni. Sesungguhnnya tiada pelajar yang lebih nakal dan jahat daripada mereka ini.

2. Mereka juga mampu “membimbing” pelajar-pelajar supaya menjadi lebih baik dan berdisiplin di sekolah. Saya pasti mereka mempunyai cara “bimbingan” yang lebih efektif berbanding yang termaktub di dalam buku.

3. Janganlah lantik pengawas dari tingkatan satu. Bagaimanakah mereka ini ingin mengawal sekolah jikalau abang-abang senior boleh pijak je budak tu sampai lunyai. Senioriti itu penting. Pilihlah pengawas dari golongan Hitler yang senior.


Ada sesiapa yang setuju?

p/s: Warmup session sebelum menulis Thesis.. :(

2 comments:

Jay Ismail said...

boOOOoOOOooOOOo....

-anti pengawas-


hhahahaha

Unknown said...

booooo poyolah pengawas...heheh