Monday 15 June 2009

Apa yang kita fikirkan di saat-saat nak mati?


(gambar ini di ambil dalam keadaan bergerak menggunakan camera pink isteri..dan of course telah di-exaggerate-kan)



Aku terfikir pasal ni pagi semalam. Di kala kedua-dua mata mula beransur gelap, neuron-neuron otak aku berkata:

1. Aduh kesiannya Isteri aku yang perlu menempuh hidup tanpa aku, si suami di sisi
2. Apa akan jadi kepada anak ku yang tidak dapat merasakan kasih sayang dari ayahnya
3. Cukupkah amalan-amalan aku untuk menempuhi alam kubur dan akhirat?
4. Badan aku akan terbujur kaku di perhentian bas ini yang terletak jauh di dalam perut kampung Sungai Yan. Bagaimanakah rakan-rakan aku ingin membawa ku ke hospital?
5. Bagaimana dengan Ibubapa, abang dan sanak saudara yang berada jauh di Kuala Lumpur?
6. Sudahkan aku memohon ampun daripada kedua ibubapa dan abang aku?

Al-Fatihah..

*Seorang kenalan yang sungguh healthy, tidak merokok dan hebat bermain badminton telah meninggal dunia Khamis minggu lepas semasa berjoging.

*Apabila seorang isteri ni mendapati suaminya masih lagi tidak pulang ke rumah daripada berbasikal, si isteri ini pun keluar mencari dan menjumpai suaminya terbaring kaku dalam keadaan berehat di bangku perhentian bas.

*Sepupu jauh ayah saya yang juga aktif bersukan, meninggal dunia semasa bermain badminton.

Cameroon Footballer , Marc-Vivien Foé, meninggal dunia semasa dalam perlawanan bola sepak.

Hidup dan mati terletak di tangan Allah yang Maha Berkuasa. DIA nak ambil nyawa kita ni, bila-bila masa je.

Adakah kita sudah bersedia untuk DIA?


p/s: Exercise ni bagus untuk kesihatan. Tapi janganlah pulun sangat. Ketahuilah limit dan batasan anda. Seeloknya, carilah teman untuk exercise bersama.



2 comments:

izza syahida said...

uhuhu..jgn wat wife seram sejuk lg tau..klu penat cycling, stop dulu..

Unknown said...

aight captain!!aku pun tak nak buat u seram sejuk jugak..