Wednesday, 17 June 2009

Yong Boon Chay

Bos! Sudah mau balik ka? Relaxlah dulu!..” Mr.Yong yang sedang kusyuk mengemas barang-barangnya beralih memandang ke arah ku. “Sudah 3 hari hari tau saya sudah sini!! Mau baliklaaah!!”. Aku pun mengangguk-angguk tanda setuju. Mr.Yong memakai “suit” lengkap. Boots dan seluar kulit, cewah! Macam rider berpengalaman! Tapi tu semua penting. Safety perlu diutamakan! Hanya baju je slack! Adake pakai baju Racing Boy?? Mana sesuai dengan Kawasaki Z750 dia!! Tapi nanti dia pakailah pulak jacket kulit atasnya. “Bos, saya jealous lah you all naik motor ni..” Dengan nada terujanya dia berkata,”You belilah satu!!“ Di meja sebelah sana, Marketing Manager, En. Amir, yang juga sedang bersiap-siap pula menyucuk, “ER-6 laaaa!!”..Aku membalas, “alaaa ER-6 mahal lah bos..saya ambil Super Four cukuplah.ambik kat Singapore murah lagi!”. Mr. Yong menyambung, “ Alaa Singapore registration susahlaa..You beli saja kat sini..lagi senang!!”. Aku pun senyum jelah sambil melihat gelagat “rider-rider” ni bersiap-siap nak balik KL tengahari buta tadi.



4:48 pm

Telefon berbunyi..

A: Assalamualaikum Tuan!
Aku: Wsalam! Hah! Awat hang balik awai tadi?
A: Kena balik awai la! Kita kerja punya orang!
Aku: E’eleh.. hah awatnya?
A: Ni aku nak habaq kat hang. Pak Yong baru ja meninggal dunia ni. Lori tibai dia kat highway Taiping. CEO ngan yang lain semua sempat elak..

(picture courtesy of :http://salihinr.blogspot.com/)

Deepest condolence to the family of late Yong Boon Chay, General Manager of Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS).. May he rest in peace.





Related story here



10 comments:

gmah said...

may rest in peace.. lori skang mmg kurang di ajar

abOt said...

perghh,sedih siall.at one time kita bckp dgn org tu, kemudian dia dah takder..emmmhhhh.cuba bygkan kalu org tu our relative....uwaaarrrggghhhhhh

Unknown said...

Yang atas tu aku depict je phone conversation dengan A. actually the real story- this guy nak overtake a lorry, lori tu menghimpit ke kanan, mungkin tak sedar ada Pak Yong yang tengah zoom in laju,Pak Yong lost control and crashed. Few kms after Bukit Merah R&R.

Unknown said...

Official Announcement from MODENAS


Salam sejahtera untuk semua,

Dukacita dimaklumkan bahawa En Yong Boon Chay, Pengurus Besar Jualan Dan Pemasaran MODENAS telah meninggal dunia akibat satu kemalangan jalanraya di KM196.4 Lebuhraya Utara selatan menghala ke Kuala Lumpur (berhampiran R&R Gunung Semanggol) pada sekitar jam 4.00 petang 17 Jun 2009.

Mayat mendiang telah di bawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh anak beliau pada awal pagi tadi dan telah di bawa ke Petaling Jaya untuk dibakar (cremate) dan disemadikan pada hari Sabtu 20 Jun 2009.

Kepada sesiapa yang ingin menziarahi beliau dan mengucapkan ucapan takziah kepada keluarganya bolehlah mengunjungi Gereja St. Ignatius, Kelana Jaya.

Untuk pengetahuan semua, mendiang yang telah kehilangan isteri tercinta pada sekita tahun 1996 akibat penyakit barah meninggalkan dua orang anak lelaki.

REST IN PEACE - MR. YONG BOON CHAY

abOt said...

cipan btul ko tikus

Unknown said...

loh..lu la dugong ngong ngong

Sandrap said...

Hello, my name is Sandra (Yong's late wife's sister). On behalf of the family I would like to convey my deepest THANK YOU to all at Modenas for your assistance and kindness during our time of grief... May God Bless you all and keep you all safe... THANK YOU...

Unknown said...

Dear Sandra,

We wish we could do more.

As a leader and as a friend, he will always be missed.

Zakriez@gmail.com said...

last dia sign TR aku.....

Unknown said...

tulah..nak buat macam mana..dah sampai masa dia..