Tadi aku berborak-borak dengan member. Tanya-tanyalah pasal anak-anak depa nak masuk sekolah ni. Bukan mainlah terkejut dengan kos yang perlu ditanggung oleh para ibubapa ni!!
Kita ambil contoh anak si R ni la :
Anak bersekolah 2 orang-Lelaki
1. Shirt – RM 19.90 kali 2 unit = RM 39.80
kali 2 orang = RM79.60
Pertengahan tahun, baju dah menguning, clorox pun dah tak lut, tambah lagi 2 unit for each anak..
RM79.60 kali 2 = RM159.20
2. Seluar Sekolah – RM 29.00 kali 2 unit = RM58.00
Kali 2 orang = RM116.00
Pertengahan tahun, seluar dah koyak kat lutut time rehat jatuh kat kantin, biru gelap dah jadi grey, naik basikal, minyak hitam melekat kat hujung kaki, kena tambah 2 lagi..
RM116 kali 2 = RM232.00
3. Beg Sekolah – tengok anak jiran sebelah pakai Swan, nak swan jugaaaak.. – RM69 kali 2 orang = RM138.00
Beg KAFA pulaaaak- ambillah murah sikit, RM29.90 kali 2 orang
= RM59.80
Oklah kita anggap depa ni pandai jaga beg.. so “takde” yang koyak-koyak..(yeah right!)
4. Kasut kenalah Canggih ke, Pallas..RM39.90 kali 2 orang = RM79.80.
Pertengahan tahun, main bola, sepak batu, koyak..dah rebus pun tak putih-putih jugak, beli lagi… RM79.80 kali 2 = RM159.60
5. Tali pinggang - RM7.90 kali 2 orang = RM15.80
6. Baju melayu KAFA
RM13.90 satu set kali 2 orang RM27.80, baju seluar putih, belilah 2 set = RM55.60
Main bola chop, tak hilang kekotoran degil, belil lagi, RM55.60 kali 2 = RM111.20
Ni baru baju dan beg. Tak termasuk stationeries, pensil, pen, colour pensil, buku-buku latihan, yuran, cikgu mintak duit derma lagi...
Sekarang baru sedar..betapa banyaknya pengorbanan dan duit yang telah dibelanjakan oleh parents kita untuk menyekolahkan kita dari darjah 1 sampai tingkatan 5.. Tu tak masuk tadika yang yuran lagi berganda mahal? Tak masuk universiti lagi????
Sayangilah ibubapa anda..
Sources:
http://www.jusco.com.my/JuscoHome/html/jusco/promotions/backtoschool/sales_back2school.php
http://www.tesco.com.my/images/default/catalogue/latestpromo/pg18.jpg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pergh!
exactly..
Post a Comment