Monday, 17 November 2008
"Hello..cuba teka siapa ni?"
Di suatu pagi yang indah, sedang ku mengamati reka bentuk 3D muffler yang hampir siap menggunakan Alias, tiba-tiba..
"..Sometimes you want to go..Where everybody knows your naaame.." telefon ku menyanyikan lagu theme song Cheers menandakan ada panggilan..
Aku : "Hello?"
Pemanggil: "Hello.."
Aku : "Siapa ni?"
Pemanggil: "Laaaaah takkan tak kenal?"
Aku mengamati nombor telefonnya.."ish..tak kenal..." kata ku di dalam hati
Aku: "Siapa ni??"
Pemanggil: "Cuba teka?.."
Itu adalah soalan yang paling aku benci sekali. Bila dah tanya "siapa", maksudnya kita tak kenal lah! Tak semua orang simpan nombor kau! Tambahan kalau kes yang phone baru reset ke, phone hilang ke, sim card rosak ke..ingat senang-senang boleh retrieve balik 200+ nombor?? Kena pulak kau ada 18 nombor telefon..kau ingat orang berminat ke nak simpan 18 nombor kau? buat habis memory je!.
"Cuba teka?"..kau ingat ni Pop Kuiz ke nak kita main teka-meneka? Kalau jawab betul pun, apa yang aku dapat? "Haaa! terror pun!" kau ingat kalau aku dengar kau cakap macam tu, hatiku gembira lah? Boleh keluar statement "you've made my day" la? Tambahan lagi, ingat suara kau tu hebat sangat ke sampai semua orang boleh kenal? Berdehem sikit je, "ooooh aku kenal..aku kenaaaal suara ni..."Satu lagi, kau ingat semua orang ada masa ke nak teka siapa kau??? Mana taulah masa tu orang tengah meeting ke, emergency..tengah drive..pasal kau buat Pop Kuiz bodoh ni, accident..tengah parah nak keluar dari kereta sebelum meletup, kau boleh tanya, "CUBA TEKA?"..
"..Sometimes you want to go..Where everybody knows your naaame.."
Aku: "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.."
Pemanggil: "Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera ke atas mu..Saya Black, teman sekelas anda dari tahun 2000 sehinggalah 2001 di Universiti Simpang Dua dahulu.."
Aku: " Oh! Black.. Apa khabar? Sudah lama saya tidak mendengar khabar dari mu"
Black: " Saya sihat. Terima kasih kerana bertanya. Tujuan saya menelefon adalah..."
Kan ke manis begitu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe..me too!!!
HEHE..
Post a Comment