Photoshop-less
Ini adalah hasil-hasil "flash photography" sekerat jalan..dah syok-syok setting, satu flash gun pulak habis battery..cis..so make do jela..sifoo?
------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa Hadapan
Saya banyak berfikir mengenai masa depan. Lebih-lebih lagi kerjaya ini memerlukan saya membuat kajian mengenainya. Reka bentuk otomotif khususnya motosikal mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk merealisasikan rekaan dari lukisan tangan kepada tahap prototaip. Apabila produk di jual ke pasaran, secara kasarnya, jangka hayat pengeluaran produk tersebut pula dianggarkan sekurang-kurangnya 5 tahun. Ini bermakna, pereka perlu memikirkan arus aliran reka bentuk sesebuah produk sekurang-kurangnya 7 tahun ke hadapan. Contohnya, jikalau proses rekaan bermula pada tahun 2008, hasil reka bentuknya perlulah bersesuaian dengan keadaan pada tahun 2015.
Isnin,2 November 2015
Malasnya nak pergi kerja pagi tadi. Lagi-lagi pula semalam hujan lebat..pukul 3 tadi terjaga sekejap, tutup air cond..tak tahan sejuk. Harap-harap bulan depan ini adalah bonus. Sejak harga petrol naik lagi ni, dah tak larat nak mengisi minyak. Rasanya dah tibalah masanya aku beli P409 tu. Walaupun elektrik bulanan naik, tapi takdelah pakai petrol lagi. kalau hujan je lah leceh sedikit. Tunggulah Proton keluar kereta elektrik pula. At least spare part senang sikit nak dapat. Sejak surat khabar naik harga ni, nasi lemak biasa pun naik harga sampai RM 3 sebungkus! mana taknya, depa nak bungkus pakai apa? Tapi baguslah depa nak kurangkan penggunaan kertas, tak payahlah tebas pokok-pokok yang dah berkurangan tu..la ni semua dah online dah. Mudah, murah. Ingat lagi dulu-dulu masa kecik, pagi-pagi apak dah suruh aku pergi kedai beli surat khabar. Hehe untung anak aku tu. Oh minggu ni turn Izza hantar ke nursery. Pagi tadi dia ada presentation. Jenuhla mak bapak dia ni tolong siapkan powerpoint dia semalam. Sampai pukul 11 jugaklah mengadap laptop dia tu. Tahun depan masuk sekolah dah dia. Kesian..muda-muda dah sekolah dah..tapi ada bagusnya jugaklah..masa umur-umur ni lah otak dia berkembang dengan cepat.
Hari ni kerja seperti biasa. Ramai dah mula menghabiskan saki baki cuti. Lenggang dan sunyi sedikit. Pejam celik sekejap je Izza dah nak habis kontrak 7 tahun dia. Aku rasa kalau Izza jadi ambil PHD dia, aku pun nak ikutlah. Sekarang ni pun orang dah tak pandang sangat dah dekat Masters ni..at least dapatlah jugak aku hidup kat negara orang! heheh tu pun kalau dapat overseas. Susah sedikit kot..la ni pun kat Malaysia dah berlambak universiti yang boleh buat PHD. Semoga dapatlah ke Overseas ye yang..
Aku sekarang macam dah susah nak terima lagu-lagu kat radio tu. Aku lebih senang dengar lagu-lagu favourite aku dulu-dulu. Adakah ini tanda-tanda aku dah tua?? heheh baru 33.ok lagi ni..tapi seriouslah kalau aku drive pergi kerja ke, aku buat kerja ke mesti dengar lagu-lagu lama dulu..kalau feel jazzy sedikit jamiroquai, rock skit Nirvana..ooh gila ol'school! deftones, weezer and super classic funks, Earth Wind and Fire dengan Jacksons 5..hmmm betullah aku rasa ni tanda-tanda umur meningkat tua..kalau tanya budak-budak sekarang bukannya kenal pun depa tu..ooh hari tu depa tayang The Matrix marathon! Gila cooool..classic gila..teringat zaman muda remaja aku pi wayang menonton.La ni susah la nak tengok wayang. Actually tengok kat rumah pun dah puas hati. Sound system pun dah nak ala-ala kat wayang dah..kalau dulu yela tv screen kecik..kalau cerita baru, kena tunggu setahun baru keluar kat HBO.. la ni tekan butang, bayar, dapat dah kat rumah..senang je..
Eh oklah..dah bunyi dah tu..aku kena balik awal ambik Jr. kat nursery..Dinner malam ni Izza mengidam spaghetti pulak!..pIzza Hut je laa kot..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kalu masuk photoshop kasi clean gi gi besh le..but overall buleh tahan.hang kene experiment placement flash..kiri..kanan..maybe hang kene letak mounting board..bounce mana yg patut...and kene tau gak ratio..1:2...1:4...dan sebagainya...teruskan berkarya..balik kl kite experimen lagi...hahahaha
roger!! kena menuntut lagi kat "bat cave" hang..
anyway happy birthday bro!
hehe jr je? nape x jr3? hehehehehe nnti kita try wat phd kat negara omputih k!!
negara omputih...aisehman...hujan emas di negeri orang..hujan batu kat bumi sendiri....
...
baik pi negeri org amek ujan emas.......balik sini buat banglo untuk cover dari hujan batu...mauhahahaha
ayang: jr. je yang skolah time tuu..hehee nanti kita pi negara omputih k..
jay: batu tu amik, extend dapur banglo..hehe
Post a Comment