Selamat menyambut bulan Ramadhan. Khutbah Jumaat lepas telah mengingatkan jemaah bahawa betapa hebatnya bonus dan nikmat-nikmat yang dianugerahkan oleh yang Maha Besar Allah Hanya di dalam bulan Ramadhan berbanding bulan Syawal yang peliknya sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat kita sehinggakan baru seminggu berpuasa dah sibuk mengucapkan Selamat Hari Raya di TV. Contohnya seperti menolak hadiah wang tunai RM72 juta yang di depan mata tu, tapi ambil hadiah yang harganya RM1.20 je. Pelik kan? Bulan Ramadhan tahun ini, sama seperti 2 tahun lepas jatuh pada musim hujan. Alhamdulillah kurang sedikit bahang tengahari tetapi suasana dingin melaparkan perut. Kesian makcik dan brader-brader yang pulun nak dapatkan lesen pasar Ramadhan.
VIOBA Dinner & Merdeka Countdown @ Menara KL
30hb lepas saya dan isteri telah menghadirkan diri ke VIOBA Annual Dinner di Menara KL. Walaupun scale dinner kali ni agak kecil berbanding yang lepas (KL Convention Centre, Shangri La hotel etc), grand finale majlis itu sungguh hebat dan akan kami ingat sampai bila-bila. Bila lagi kami berpeluang untuk ke tingkat paling atas Menara KL, keluar dan mengelilingi menara melihat Kuala Lumpur di tembak bunga api Merdeka yang kosnya lebih daripada 20 juta! Yang hebat lagi, ini adalah kali pertama kami memandang ke bawah untuk melihat bunga api! Cool kan?
Anak Penakanz
Selain tujuan untuk berpuasa bersama keluarga, lawatan ke KL yang lepas bertujuan untuk melihat anak buah baru yang masa tu baru berumur 10 hari. Abang dah ada dua anak dah. Syabas! Balik rumah Izza, anak buah seorang lagi, Afrina pun ada. Malangnya tak sempat nak ambil gambar dia. Maknanya, Izza dan saya sudah ada 3 anak buah!
Naked Chef
Pernah dengar rancangan memasak "Wok with Yan"? Rancangan ini ditayangkan lama dulu semasa aku di sekolah rendah atau lebih awal daripada tu. Sebenarnya aku baru sedar, aku ada 'sedikit' minat dalam bidang masakan ni. Kenapa?
1. Aku baru perasan yang masa aku kecik dulu aku layan jugak tengok rancangan memasak. Tengah flip channel, kalau ada rancangan memasak mesti pause sekejap, tengok dia masak apa dulu.
2. Sekarang pun aku masih layan rancangan memasak, terima kasih Astro for the Asian Food Channel. Channel tu telah ku calit bintang putih di tepinya.
3. Kenduri kendara, aku akan sibuk tengok pakcik-pakcik tu masak dan kadanag2 aku pun menyibuk masak jugak. Sampai ada brader tu tegurlah yang aku tak berganjak duduk kat situ dari pagi.
4. Bila sampai hari malas aku, aku lebih rela masak daripada keluar makan. Hmm pelikkan?
5. Individu-individu yang membuatkan aku mula memegang periuk adalah:
a. Ambi - cousin aku (aku ingat lagi masa sekolah rendah dia ada masak nasi goreng letak kicap je. Aku cukup kagum tengok dia masak masa tu!)
b. Omar - Salah satu hobi Omar masa sekolah menengah dulu adalah membuli budak junior dan "bergurau senda" kasar dengan orang. Namun mamat macam ni pun tahu masak. So aku pun kagum lagi!
c. Yon - Housemate budak Sports Science. Selain mewakili negeri dalam memanah, skil masakan beliau juga hebat. Sungguh mengkagumkan.
d. Mak - Bila dah pegang periuk, kena belajar masak. Dalam dunia ni, masakan terhebat adalah masakan ibu. Tanpa masakan Ibu, siapalah kita? Resepi banyak dirujuk daripada mak.
6. Bukti lagi? Minggu lepas aku masak untuk berbuka. Dan minggu ni pun aku masak lagi. Bukannya aku terrer masak pun. Balik-balik lauk yang sama. Tunggu wife balik Kedah pulak untuk belajar masak dari dia!
Masakan yang telah dimasak setakat Puasa ni:
1. Nasi Putih Hebat
2. Kacang Buncis dan Cendawan Goreng Extravaganza
3. Telur Dadar Rangup Meleleh Air Liur
4. Steam Dory Fish Syabas!
5. Sweet and Sour Chicken Cinta
6. Kobis Cina masak lemak Baik Punya
7. Kobis cina goreng Sedap Gila
8. Ikan Dory Cendawan 3 Rasa Sayang Eh!
9. Mushroom Soup Walla! (untuk sahur)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
woah woah! syabas, encik chef!
hehe tq tq
Post a Comment